CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5557|Reply: 27

CERPEN : MENGIDAM AYAM HUTAN (tamat)

[Copy link]
Post time 1-7-2014 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Ni nak tepek kisah yang ipo karang setahun yang lalu. Nak cuba kisah zaman dolu2
tapi pendek je tau..tak dok nak sambung dah.. dan bukan kisah chenta



MATAHARI terik memancar tembus ke celah-celah pokok-pokok. Suara burung  berkicau jelas kedengaran. Sekawan burung riang berterbangan dan hinggap di dahan pokok yang  lebat berbuah di hujung dahan.

“Hamba sungguh tenang melihat burung mematuk buah di atas dahan sana..” Daeng Kenut mendongak melihat burung asyik mematuk buah di atas pokok.

“Benar bagai dikata wahai tuan hamba. Penat meredah hutan bagai sudah tidak dirasa” Daeng Kesut turut mendongak.

Bila merasa penat sudah semakin reda, lalu mereka berdua pun segera menyambung kembali meredah hutan belantara. Tombak dan keris turut dibawa bersama. Sesekali Daeng Kesut betulkan tengkolok lusuh yang sudah semakin senget melurut. Semak samun di kiri kanan ditebas dengan keris. Peluh keringat di dahi dikesat dengan hujung baju Melayu yang disingsing hingga ke pangkal siku.

Setiba di hujung hutan, masih belum tampak kelibat ayam hutan  berbulu pelangi sebagaimana yang diidamkan oleh permaisuri Sultan.

“Hamba rasa elok kiranya kita berehat barang sekejap di sini wahai  Daeng Kesut.” Daeng Kenut mula melabuhkan punggung di tebing sungai.

Daeng Kesut hanya menurut langkah Daeng Kenut yang kelihatan sudah tidak bermaya. Sudah sepagi mereka meredah hutan mencari ayam hutan berbulu pelangi seperti yang dititahkan oleh Sultan. Sudah banyak ayam hutan dijumpai namun masih belum ada tanda-tanda ayam hutan berbulu pelangi muncul di depan mata.

“Tuan hamba rasa ayam hutan  berbulu pelangi itu masih wujudkah di hutan sebegini?” Daeng Kesut pandang Daeng Kenut yang mula membasahkan badan dengan air sungai yang mengalir perlahan.

“Hamba pun tidak berapa pasti wahai  Daeng Kesut. Pada firasat hamba, ayam hutan berbulu pelangi memang payah ditemu. Err..apakah tuan hamba tahu warna pelangi itu bagaimana?”

Daeng Kesut mula menggaru kepala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana rupa warna pelangi.Terkial-kial dia mencari jawapan. Sesekali dia memandang Daeng Kenut yang kelihatan serius merenungnya. Permintaan permaisuri Sultan dirasakan begitu pelik.Dia merenung air sungai yang mengalir perlahan menuju ke muara hilir. Sesekali air sungai berkocak bila menghempas batu dengan kuat di hujung sungai.

“Apa yang tuan hamba sedang fikirkan?” Daeng Kenut mula pandang Daeng Kesut yang masih menggaru kepala dari tadi.

“Hamba masih memikirkan permintaan  permaisuri yang  hamba rasa memang tidak munasabah.Seumur hidup hamba, tidak pernah hamba melihat warna pelangi. Hamba hanya tahu warna biasa-biasa sahaja. Pada fikiran hamba yang hina ini, permaisuri Sultan mungkin sudah tidak siuman. ” Tutur Daeng Kesut  penuh yakin.

Daeng Kenut angguk-angguk tanda setuju. Dia juga sebenarnya merasa begitu sejak dipanggil mengadap Sultan di istana kelmarin.

Last edited by Ipo on 1-7-2014 11:44 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2014 11:29 AM | Show all posts
“Sungguh benar kata-kata tuan hamba. Hamba juga merasa tidak munasabah. Ayam hutan berbulu pelangi tidak pernah hamba jumpa seumur hidup hamba. Warna pelangi juga hamba tidak pernah lihat! Apakah warna pelangi benar-benar wujud atau hanya khayalan permaisuri sultan semata? Memang benar. Permaisuri Sultan sudah tidak siuman!”

Daeng Kesut dan Daeng Kenut meneruskan memburu ayam hutan berbulu pelangi. Mereka meredah lagi hutan belantara sambil mencari kelibat ayam hutan berbulu pelangi. Matahari masih terik memancar yang menembus ke celah-celah ranting pokok yang tinggi.Daeng Kesut dan Daeng Kenut mula berlari untuk berteduh di bawah pokok yang rimbun bila hujan renyai mula turun.

“Wah!Cantiknya!”

Daeng Kesut turut mendongak ke langit bila melihat Daeng Kenut mendongak begitu.

“Sungguh cantik! Warna apakah itu wahai Daeng Kenut?”

“Hamba juga tidak pasti wahai Daeng Kesut! Tetapi warnanya sungguh cantik! Inilah pertama kali hamba melihat warna pelik sebegini!” Daeng Kenut masih melihat warna pelangi yang terbentuk akibat biasan cahaya matahari yang masih memancar terik dalam hujan renyai begitu. Ternganga mulut masing-masing.

“Benar sungguh bagai dikata! Sungguh cantik walaupun warnanya sungguh pelik!”

Mereka meneruskan lagi perjalanan memburu ayam hutan berwarna pelangi bila hujan sudah mula reda.

“Nampaknya hari pun sudah semakin senja. Hamba rasa elok kita bermalam di sini sahaja. Biarlah pemburuan itu kita teruskan sahaja sebaik matahari menjenguk esok.” Daeng Kesut pandang langit yang sudah mula kelihatan berbalam-balam menandakan hari sudah semakin merangkak senja.

Maka,bermalamlah keduanya di tepi sungai. Unggun api dibuat di celah batu untuk menghalau nyamuk dan unggas yang hinggap menyengat.

“Hamba hairan sungguh! Jika benar bagai dikata, mengapa masih belum ketemu ayam hutan berbulu pelangi di hutan ini? Masih ingatkan tuan hamba akan pesan sultan pada memanda menteri?” Daeng Kenut masih berkerut kening memikirkan segala kehendak permaisuri Sultan.

“Ya! Hamba masih ingat! Sultan telah memerintah memanda menteri mencari ayam hutan  berbulu pelangi di hutan belantara ini.Disuruh pula kita berdua meredah hutan ini demi memenuhi  kehendak permaisuri sultan. Tidakkah memanda menteri tahu, kita hanyalah orang biasa-biasa sahaja?” Daeng Kesut turut berfikir sambil menggosok-gosok dagu. Keris dan tombak diletak di tepi. Jika musuh datang menyerang, senjata sudah tersedia menyodok.

Daeng Kenut juga mengangguk. “Ya! Benar kata-kata tuan hamba! Kita bukan hulubalang yang gagah,bukan juga pemburu yang berani! Hamba sungguh hairan!”

“Hmm…hamba juga turut hairan. Apakah kelebihan kita hingga memanda menteri memberi kita tugas ini?” Daeng Kemut menoleh Daeng Kenut.

“Itu yang hamba tidak mengerti. Sepengetahuan hamba, hamba hanyalah seorang pengawal istana.Tuan hamba pula bagaimana?” Daeng Kenut pandang pula Daeng Kesut.

Last edited by Ipo on 1-7-2014 11:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 11:34 AM | Show all posts
“Hmm..jika tuan hamba pengawal istana, maka hamba pula hanyalah penjaga taman bunga di istana!”Daeng Kesut juga turut hairan.

Masing-masing diam memikirkan titah memanda menteri. Keduanya tidak pernah memburu binatang di hutan apatah lagi keluar berperang. Daeng Kesut hanya pandai membela dan menjaga pokok-pokok bunga di taman istana. Daeng Kenut pula hanya pandai tercegat di depan pintu besar istana. Sultan juga tidak pernah tahu kewujudan mereka di istana.

“Apa..tuan  hamba pernah melihat ayam hutan berbulu pelangi?”Daeng Kenut pandang Daeng Kesut yang berbaring di sebelah berbantalkan lengan kanan.

Daeng Kesut hanya geleng. “Rupa ayam jantan hamba tahulah! Tuan hamba bagaimana pula?”

Daeng Kenut turut menggeleng. “Hamba pula hanya tahu terpacak di depan pintu istana sahaja!”

Kini kedua-duanya termangu-mangu memikirkan rupa ayam hutan berbulu pelangi. Hari sudah semakin gelap. Sultan memerintahkan mereka berdua memburu ayam hutan berbulu pelangi di hutan itu dan diberi tempoh hanya dua hari.

“Pelik sungguh permaisuri Sultan mengidam. Isteri hamba tidak pernah mengidam benda yang pelik-pelik begini.” Daeng Kesut teringat isteri yang ditinggal di hujung kampung.

“Hmm…isteri hamba pula hanya mengidam buah kelapa muda” Daeng Kenut turut merasa pelik dengan kehendak permaisuri Sultan.

Daeng Kesut dan Daeng Kenut mula memikirkan cara terbaik untuk memburu  ayam hutan berbulu pelangi. Malam itu mereka berdua mula mencari jalan bagaimana untuk memerangkap ayam hutan berbulu pelangi.

“Hamba bingung wahai Daeng Kenut, apa yang kita boleh buru dengan hanya sebilah keris dan sebatang tombak! Ayam hutan pula lajunya begitu sukar dikejar. Hamba tidak berpuas hati!” Tiba-tiba Daeng Kesut mula merungut.

“Huh! Hamba juga begitu! Permintaan Sultan sudah keterlaluan rasanya. Elok jika kita batalkan sahaja memburu ayam hutan berbulu pelangi itu!” Daeng Kenut mula merengus sambil membelek keris pendek dan tombak kontot.

“Benar bagai dikata wahai Daeng Kenut! Ayuh! Kita buru sahaja ayam hutan yang ada! “ Daeng Kesut mula teringat ayam hutan berbulu hitam yang dijumpai banyak berkeliaran di dalam hutan.

“Ayuh!”

Daeng Kesut dan Daeng Kenut mula memburu ayam hutan di sekitar sungai. Berpeluh mereka mengejar dan mengepung ayam hutan yang mula berkeliaran di situ.

“Liar juga ayam hutan ini. Apa kata kita tunggu sahaja waktu malam?” Daeng Kenut mula semput mengejar ayam hutan yang begitu laju berlari.

“Waktu malam? Biar benar tuan hamba! Bukankah waktu malam tidak nampak?” Daeng Kesut menggaru-garu kepala.

Last edited by Ipo on 1-7-2014 11:36 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 11:39 AM | Show all posts
“Apa yang hamba tahu, ayam akan bertenggek atas dahan pokok bila malam menjelma!” Daeng Kenut senyum.

Daeng Kesut angguk. “Jika benar, baiklah! Kita tunggu saja malam nanti!”

Mereka berdua mula berehat di perdu pokok tualang di tebing sungai sambil menanti hari gelap.Sebaik sahaja matahari mula terbenam, Daeng Kenut dan Daeng Kesut mula memerhati di atas dahan pokok.

“Ha! Itu dia ayam hutan bertenggek atas dahan sana!” Jerit Daeng Kesut sambil menuding kearah dahan pokok di sebelah kanan.

Maka bermulalah mereka menangkap ayam hutan yang bertenggek di atas dahan pokok di tepi sungai. Beberapa ekor ikan juga turut ditangkap menggunakan tombak. Daeng Kesut dan Daeng Kenut mula memanggang ayam hutan dan ikan. Seharian mereka meredah hutan,perut mula terasa kosong. Permintaan permaisuri sudah tidak dihiraukan lagi.

“Hmm..hamba rasa, agaknya daging ayam hutan berbulu hitam ini sama sahaja rasanya dengan daging ayam hutan berbulu pelangi. Kita bawa sahaja ayam hutan yang sudah siap dipanggang. Tidakkah tuan hamba setuju?” Daeng Kenut mula beri cadangan.

“Hamba setuju dengan cadangan tuan hamba. Jika kita bawa pulang ayam hutan yang masih hidup,tentu kepala kita akan dipancung nanti! Di hutan belantara seperti ini, mana hendak dicari ayam hutan berbulu pelangi?” Daeng Kesut senyum.

“Hamba rasa elok kita makan sahaja ayam hutan ini. Seekor lagi kita tambat di pokok sana.Perut  hamba teringin  benar menikmati daging ayam hutan ini. Jika tidak cukup, ikan di sungai juga kita boleh tangkap. Apa pandangan tuan hamba?”Daeng Kenut mula terliur dengan rasa enak ayam hutan.

“Hmm..bagus juga cadangan tuan hamba itu. Hamba juga teruja menikmati keenakan daging ayam hutan.” Daeng Kesut turut senyum.

Mereka berdua mula senyum sambil meratah daging ayam hutan yang sudah siap dipanggang tadi bersama beberapa ekor ikan.

“Eh! Apasal rasa ayam hutan ni macam ayam golek pasar malam je??” Daeng  Kesut tenung paha ayam panggang di tangannya.

Ha’a la! Aku rasa macam ayam Kenny Rogers pun ada!” Daeng Kenut senyum.






CUT!!! “ Jerit tuan pengarah.

“Hoi! Mana skrip korang ambik ni?! Aku tahu la ayam tu aku beli kat pasar malam tadi sebelum datang shooting sini!”

Ayam panggang yang berada di tangan Kamil hampir terjatuh bila disergah pengarah. Dia pandang pengarah yang mula bercekak pinggang.

“Sorry bos! Tak tahan la tengok ayam panggang ni! Err..boleh kita shoot semula scene ratah ayam tadi?“ Kamal pula menyampuk. Tersengih-sengih.




TAMAT dah...selamat berbuka dengan ayam panggang Last edited by Ipo on 1-7-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:45 AM | Show all posts
hahahahaha... shooting rupanya... kelakarnya Ipo... lawak2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:35 PM | Show all posts
I likeeee! Teringat salah satu cerita dlm novel RAM.... Aku Bercerita...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 12:43 PM | Show all posts
Okay...sat gi iols beli ayam panggang kat Giant buat menu buka....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:43 PM | Show all posts
sengal betui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 12:51 PM | Show all posts
Ipo....
Terbaek !!!  
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 04:21 PM | Show all posts
Nama dia sempoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:35 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 1-7-2014 11:45 AM
hahahahaha... shooting rupanya... kelakarnya Ipo... lawak2...

setia zamzam membaca nukilan ipo ni ya..banyak2 terima kasih..

sekadar halwa bacaan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:36 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-7-2014 12:35 PM
I likeeee! Teringat salah satu cerita dlm novel RAM.... Aku Bercerita...

cik Lady minat ke RAM? eh eh..salah..minat ke novel RAM?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:37 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-7-2014 12:43 PM
Okay...sat gi iols beli ayam panggang kat Giant buat menu buka....

owh nak makan ayam panggang ke?..huhuhu..

ipo hari buka ngan daging masak lada hitam uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:38 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 1-7-2014 12:43 PM
sengal betui

sengal pun dpat gak makan ayam golek pasar malam

@cmf_conan   terima kasih tacang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:39 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 1-7-2014 12:51 PM
Ipo....
Terbaek !!!

lama ya menghilang...ke mana?

Menyibuk plak kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 06:40 PM | Show all posts
cegitu posted on 1-7-2014 04:21 PM
Nama dia sempoi...

cegitu, siapa yg sempoi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai....suspen...rupa2nya shooting...kelass
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 07:14 AM | Show all posts
Ipo posted on 1-7-2014 06:35 PM
setia zamzam membaca nukilan ipo ni ya..banyak2 terima kasih..

sekadar halwa bacaan .. ...

yalah Ipo... nak mengarang sendiri confirm kelaut... karya kt cni termasuk Ipo punya made my day... menceriakan hidupku... I salute u guys for that...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 10:55 AM | Show all posts
Ipo posted on 1-7-2014 06:36 PM
cik Lady minat ke RAM? eh eh..salah..minat ke novel RAM?

Minat sgt2.... Novel jek tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:30 PM | Show all posts
mula2 baca terasa macam bangsawan dah..sekali last2 ayam kenny rogers...

Balik nanti Cik nak carik ayam golek kat bazaar lah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.231833 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list