|
PASUKAN menyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid, Beluran, Sabah, semalam.
BELURAN 4 Mac - Seorang wanita, Noorlilah Masli, 25, yang baru beberapa hari melahirkan bayi perempuannya dan sedang menuju pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital maut dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, turut terkorban ialah suaminya, Ridzuan Basnu, 30, manakala ibu mangsa, Gaya Gudang, 50, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Beluran.
Bayi perempuan pasangan berkenaan yang baharu berusia lima hari juga tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada pukul 8.50 malam ini.
Anak sulung pasangan itu, Ahmad Kidam Rizuan, 4, pula dilaporkan cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Beluran termasuk adik kepada Noorlilah, Mohamad Hazawan Masli, 16.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V. Sivananthan berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung iaitu Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama keluarganya serta pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki dan tunangnya.
Jelasnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu pacuan empat roda tersebut yang dari arah Telupid sedang menuju ke Beluran hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Ketika itu, mangsa sekeluarga dari arah Beluran dan menuju ke Telupid. Kedua-dua kereta itu bertembung di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid. Akibat kejadian itu, kedua-dua kenderaan hancur teruk di bahagian enjin depan manakala kereta Perodua Myvi tercampak ke sebelah kiri jalan dan terbalik.
“Noorlilah dan suaminya maut di tempat kejadian manakala ibu mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau memberitahu, pemandu pacuan empat roda berusia 30 tahun itu kemudiannya hadir ke Balai Polis Beluran selepas berlakunya kemalangan tersebut.
“Dia dan tunangnya yang berusia 25 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.4FqiJlav.dpuf
xpasal-pasal 4 terkorban siap ada bayi kecil lak tu turut terkorban.. lebih malang lagi..anak sulung yang cedera parah tu..apabila tersedar nanti..mak, ayah, adik n nenek dah xder..siapa nak besarkan dia??kalau dia cacat lagi naya..siapa nak bantu dia??
|
|