CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yatt_takez

[2016] ROCK BRO [ROCK 3] - 27 Oct 2016

[Copy link]
Post time 25-10-2016 09:39 AM | Show all posts
what happen to tgv..
iols nak advance book..tetibe takde cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 02:53 PM | Show all posts
lil_honey replied at 6-10-2016 08:14 AM
Sinopsis
‘Rock Bro!’ diceritakan melalui naratif Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman ini era  ...
apabila Zul Kapan (Soffi Jikan) mula beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.
4URU
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 05:45 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 06:51 PM | Show all posts
disappointment.aku bagi 2 bintang je

1)ketiadaan amy mat piah mmg dirasai.jijoe ok...cuma rasenya kalau ada amy mat piah..lagi best.
2)aku terpikir  gak apakehe si zul kapan tu nyah bottom sgt kelakuan dlm filem neh....rupa2nya dia ngan black......
3)bagi aku mamat khalid boleh buat lebih kreatif dan lebih terkesan utk ending.execution ending filem nih wasted.kalau hasnul rahmat unavailable..fine.tak payah buat  langsung scene zack jumpa slash..cari closure yg lebih membuat kan Rock will be missed...bukannya ending tu ...  something missing...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:50 AM | Show all posts
3.5 bintang bg aku..
kecewa pada mula cerita..maybe sebab amy mat piah takde
macam celaka je..bunyi amy dok main sabun dlm toilet.
cerita jijo yang start jadi ahli muzik tu..boring pada aku..tak sebest amy mat piah yang dulu atok dia main ghazal

dah masuk second phase..jijo jumpa ella..situ dah okay sikit..watak ella tu menjadi..
tapi tak rasa cinta tu berkembang antara diorang.
kejap sgt scene jijo bercinta dengan ella tu..

kehadiran dio & che nod, tak dapat bantu apa2...stakat meriahkan cerita je..

masa jijo ngn slash gado tu, aku dah start rasa sedih..
jijo dah sehabis baik kekalkan kumpulan tu..dari start zack, dia ngn black ahli tetap..
betul ckp slash, korang invite aku cara baik, buang aku cara tak elok..just sebab kesilapan jijo je.

last tu memang sedih la..
aku tak rasa zaman rock will be missed but that story itself will be missed. maybe sebab aku bukan hidup dlam zaman rock tu..

bab black boleh ckp balik aku terkejut. so memang mamat khalid dari plan dari awal zaman si zack dulu ada buat black ni takleh ckp, rock oo dia sengau, rock bro dia boleh ckp.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok tadi..agak mengecewakan bagi aku..tak suka zul kapan jadi pondan bela si black tu pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk.juga..

Dah abis tgk baru la i tahu.kena katam tgk rock and rock uuu dulu.. patut la i kurang paham jalan cite walaupun i dah tengok rock n rock uuu tu

Dlm citer ni jijoe yg banyak ckp compare pelakon lain termasuk word kan kan kan dia tu..
Byk adegan yg i tergelak..sbb ade babak2 mengimbau kenangan  mcm kak melah lakonan jihan pakai baju Love she.. tak bole blah zul.kapan masuk ajaran sesat guru yahya..last2 balik kpd rimba bara.. kumpulan 4uRu tu yg kelakor.. jadi la untuk gelak2...lagu2 selingan dlm filem ni mmg best2..i ikut nyanyi ms lagu berkumandang..overall i bagi 4 bintang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 06:56 AM | Show all posts
Mamat Khalid silap .....

Bro bukan perkataan otai rock zaman 80 an ,90 an ...

BRADER.............

Bro baghu lahir zaman millenium.

Aku baca byk komen dlm FB ,RockBro ni slow tp endingnya sayu .................


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 10:51 AM | Show all posts
ok ceritanya namun macam ada yang tak sampai..
kenapa mamat dalam pilem dia suka selitkan watak watak LGBT
realiti watak tersebut atau mamat ni sendiri memang LGBT dalam lemari
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 11:56 AM | Show all posts
mamat khalid bila buat film sekuel mmg ke laut jadinya...hahha..

genre rock skrg cm dah mati...setakat layan lagu2 rock lama je la skrg...tp x taula 10 tahun akn dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 12:38 PM | Show all posts
pisang69 replied at 1-11-2016 11:56 AM
mamat khalid bila buat film sekuel mmg ke laut jadinya...hahha..

genre rock skrg cm dah mati...se ...

Hantu Kak Limah tu sekual Zombie Kg Pisang, best pecah panggung apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:38 PM | Show all posts
rock oo tu pun lagi pecah panggung berbanding rock 1 ..

rock bro tk tgk lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 06:59 PM | Show all posts
‘Rock Bro!’ Pengakhiran Indah Sebuah Trilogi Rock


[size=0.98em]FILEM: Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan

PENGARAH:
Mamat Khalid

PELAKON:
Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet, Azmi Bahron dan Kamarool Haji Yusof

GENRE:
Komedi

DURASI:
119 minit

PENGEDAR:
Primeworks Studios

TARIKH TAYANGAN:
27 Oktober 2016

DALAM
senarai filemografi pengarah kreatif, Mamat Khalid, satu perkara yang harus diakui adalah filem Rock yang diarahkannya pada tahun 2005 bukanlah filem yang menjadi kegemaran penulis.

Bukan bersikap prejudis ketika itu, tetapi filem berkenaan bukan santapan jiwa penulis jika hendak dibandingkan dengan filem-filem Mamat yang lain.

Walaupun ketika itu, ramai teman yang memuji filem berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai salah satu karya agung (masterpiece) Mamat, namun, ia masih belum mampu membuka hati penulis untuk menyukainya walaupun pernah menontonnya di televisyen.

Namun, semuanya mula berubah selepas penulis mula menonton filem sekuelnya, Rock Oo! tiga tahun lalu menerusi saluran, Astro First.

Biarpun tidak ketawa berdekah-dekah tetapi penulis masih mampu tersenyum sepanjang menyaksikan Rock Oo! yang telah mencatatkan kutipan hampir RM4 juta sewaktu tayangannya sambil memuji kebijaksanaan Mamat dalam menghasilkan filem berkenaan.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Salah satu adegan filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan yang mendapat sambutan hebat daripada penggemar filem tempatan.
[size=0.98em]Justeru, apabila Mamat kembali dengan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi Rock yang diberi judul Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan atau Rock Bro!, penulis tidak mahu melepaskan peluangnya menonton di pawagam.

Sementelah, ia mendapat kritikan positif dan mendapat kutipan luar biasa (setakat artikel ini ditulis, Rock Bro! sudah pun mencatatkan kutipan lebih RM2 juta dalam tempoh seminggu), ia memberi keyakinan kepada penulis bahawa Rock Bro! pastinya memiliki sesuatu yang tidak wajar dilepas pandang.

Selepas hampir dua jam menonton di pawagam, bayaran tiket sebanyak RM18 yang dilaburkan untuk Rock Bro! ternyata berbaloi dan penulis harus akui ia adalah filem terbaik dalam trilogi Rock.

Dalam erti kata lain, Rock Bro! adalah pengakhiran terindah untuk mengkhatamkan siri filem tersebut agar ia menjadi filem yang akan terus dikenang peminat sekali gus melekat di hati peminat tegar trilogi Rock.

Jalinan cerita yang kemas dan pembentangan lakon layar yang divisualkan dengan baik oleh Mamat terus menguatkan Rock Bro! dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya banyak boleh dikupas.
[size=15.008px]


[size=0.98em]
[size=0.98em]Babak konfrontasi antara Jijo (Khir Rahman) dan Ella (Amy Juliet).
[size=0.98em]Apatah lagi, filem ini memiliki banyak momen penting yang penulis sifatkan satu cerminan realiti dalam dunia hiburan tempatan yang tidak pernah berkesudahan.

Bagi penulis, hanya mereka yang berada dalam industri hiburan sahaja tahu bagaimana hendak menzahirkan sebuah naskhah tentang realiti industri itu sendiri.
[size=15.008px]Namun, segala permasalahan itu diperhalusi oleh Mamat menerusi humor dan jenaka yang sederhana dan tidak berlebihan yang masih mampu membuat audiens ketawa.

[size=15.008px]Dalam erti kata lain, Rock Bro![size=15.008px] bukanlah sebuah filem komedi slapstik yang memaksa audiens ketawa dengan gerak tubuh mahupun dialog merapu tetapi ia terbit dengan sendiri.

[size=15.008px]Mamat masih mampu membuat penonton berfikir biarpun Rock Bro![size=15.008px] adalah genre komedi yang sekali gus membuktikan ia bukan sebuah naskhah kosong.

[size=15.008px]Seperkara yang harus diakui tentang trilogi Rock[size=15.008px] adalah rangkaian lagu-lagu rock popular yang pernah mencetus fenomena pada awal tahun 90-an yang membuatkan ketiga-tiga filem itu melekat di jiwa audiens.

[size=15.008px]Biarpun pada hemat penulis timeline[size=15.008px] atau garis masa Rock Bro!
[size=0.98em]tidak begitu tepat menerusi beberapa babak dan momen terutama lagu-lagu yang menjadi latar filem ini yang boleh dipertikaikan, tetapi kelompongan itu ditutup dengan subjek filem itu sendiri.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan juga mengambil subplot kisah hidup Jijo Alfonso Pareira Abdullah.
[size=0.98em]Apa yang Mamat mahu tonjolkan adalah kisah tentang survival anak seni yang hakikatnya bukanlah semudah yang disangka meskipun perkara itu tidak pernah menemui jalan penyelesaiannya.

Pastinya sebagai seorang karyawan, Mamat mahu masyarakat sedar dan membuka mata akan kebenaran di sebalik keseronokan dan hiburan yang menjadi santapan mereka selama ini.

Sindiran tajam dan pedas yang seringkali menjadi taruhan Mamat dalam setiap filemnya masih lagi berbisa dalam Rock Bro!.
[size=0.98em]Malah, watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini juga mempunyai simbolisme tersendiri dalam menterjemahkan karakter sebenar mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri.

Disebabkan itu, Rock Bro! juga adalah homage kepada industri muzik dan hiburan tempatan secara keseluruhannya dan sindiran Mamat untuk filem ini pastinya akan terkena diri mereka yang terlibat itu.

Umpama pepatah lama, siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Di sebalik berhibur dan bergelak ketawa menonton Rock Bro!, Mamat telah mengimbangi perasaan itu dengan menyuntik elemen sedih pada babak-babak akhir yang membuatkan audiens terdiam dan hilang kata-kata.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Mamat Khalid sewaktu di lokasi penggambaran filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan.
[size=0.98em]Jika lawak jenakanya bukan kosong, begitu juga perasaan sedih yang terbit adalah luhur dan ikhlas.

Impaknya benar-benar menjadi lalu menjadikan Rock Bro! berakhir dengan penuh syahdu tetapi juga indah lalu membuatkan audiens tersenyum sendiri.
[size=15.008px]Pun begitu, ada juga yang beberapa babak akhir itu dilihat seperti berlebih-lebihan terutama melibatkan Zul Kapan (Soffi Jikan) dan Black (Azmi Bahron) tetapi mengenali Mamat, itu adalah lesen kreatifnya untuk menggeletek audiens.

[size=15.008px]Apa yang pasti, bagi peminat tegar trilogi Rock[size=15.008px], mereka sudah pun melalui dan merasai pengalaman indah menerusi perjalanan Rimba Bara dalam memperjuangkan seni muzik mereka.

[size=15.008px]Semoga pihak Mamat dan Grand Brilliance dapat melakukan sesuatu untuk mengekalkan dan mengabadikan trilogi ini sebaik mungkin menerusi pelbagai medium.

*** Penulis ialah bekas wartawan hiburan dan graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

-MSTAR


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 09:30 AM | Show all posts
jadi patut nonton ke tidak ni?

nak gi esok tapi tak tau nak nonton Ouija ke rock bro
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 12:46 AM | Show all posts
cerita sampai tahun 2020
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 12:28 PM | Show all posts
tergelak2 aku nengok citer ni. Btw, cerita mamat khalid kena betul2 hadam baru faham maksud dia.. yang tak boleh blah:
1. adegan amy mat piah dengan sabun
2. zul kapan join guru yaya..pastu lari lintang pukang selak kain
3. baju lip lap jihan musa
4. Che man dgn che nod
5. Z and the G boys

bab mengalir air mata:
1. bila jijo masuk islam
2. masa jijo ngan slash gaduh
3. masa jijo mati, walhal baru je ella confess cintakan dia
4. masa slash nyanyi sambil dakwah (masa ni slash dah tua..)
5. masa slash dgn zack jumpa bab last sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 03:45 PM | Show all posts
Zul Kapan boleh jadi lembut auww pulak dalam citer ni yer. Daripada seorang yang ganas black metal malaikat maut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkesan pula tengok cerita ni (ke haku memang camni). I rasa perjuangan rimba bara ni ada sipi-sipi few rockers zaman dulu. Yang meninggal accident semua tu... macam kumpulan massa.

Btw, slash memgingatkan iols pada 1 of guitarist msia yang very close to my heart.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 4-11-2016 09:30 AM
jadi patut nonton ke tidak ni?

nak gi esok tapi tak tau nak nonton Ouija ke rock bro

Tgk je rock bro, mmg best giler

Selain jijo yg semua sedia maklum akan mati, ada dua org lagi watak yang mati dalam citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 10:54 AM | Show all posts
RED 666 replied at 7-11-2016 07:55 PM
Tgk je rock bro, mmg best giler

Selain jijo yg semua sedia maklum akan mati, ada dua org lagi w ...

rock bro tayang lambat. malas nak tunggu so divert tengok ouija.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.373012 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list