CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4874|Reply: 2

Kini Anda Boleh Memuat-Turun Data Berkaitan Sejarah Carian Google Anda

  [Copy link]
Post time 21-4-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Google melalui perkhidmatan Google Takeout sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk para pengguna memuat-turun sejumlah data-data yang disimpan pada perkhidmatan Google. Kini, mereka turut menawarkan kemudahan untuk para pengguna untuk memuat-turun data berkenaan sejarah carian Google mereka.


Sebelum ini, untuk perkhidmatan carian, Google menawarkan sebuah halaman yang memperlihatkan sejarah carian anda, dan ia hanya boleh diakses melalui online sahaja. Kini, dengan penawaran kebolehan memuat-turun data, anda boleh memuat-turunnya dan mengaksesnya secara offline pada komputer anda.


Untuk memuat-turun data carian anda, anda hanya perlu ke halaman Google Search History, dan klik pada butang “Gear” pada penjuru kanan, dan seterusnya memilih “Download”. Anda akan diperlihatkan dengan sebuah pop-up amaran berkenaan anda akan memuat-turun data-data peribadi yang sensitif. Seterusnya, anda akan menerima emel mengatakan arkib sejarah carian anda sedia untuk dimuat-turun.
Mungkin penawaran kebolehan memuat-turun data ini tidak akan digunakan ramai. Tetapi, penawaran perkhidmatan ini memperlihatkan kebolehan dan kebebasan untuk para pengguna memuat-turun pelbagai data mereka daripada perkhidmatan Google.
Layari : Google Search History
kredit:www.amanz.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 11:03 AM | Show all posts
ini adalah satu informasi yang bermanfaat bahwa kita punya hak untuk menghilang dari google
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:31 PM | Show all posts
With a reliable and cheap dedicated server, you can have peace of mind knowing that your data is secure and accessible whenever you need it. Take control of your data and make informed decisions about your digital footprint.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078741 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list