CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Dedah Ibu-Bapa Tanam Ganja Dalam Rumah

8-7-2014 05:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14370| Komen: 55

Description: Dia Menjelaskan Dengan Terperinci Mengenai Jenis Dadah Yang Tidak Mungkin Diketahui Kanak-Kanak Lain.
Saint Paul (AS): Sepasang suami isteri ditangkap kerana menanam dan menghisap ganja selepas anak mereka membongkar kegiatan ibu bapanya.

Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini.

Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.

LADANG ganja di bawah rumah kanak-kanak itu.



Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.

“Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa,” kata jurucakap polis, Ryan Beattie.

Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya.

Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain.

Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan.

Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine.

Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.
20

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
42

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 8-7-2014 04:44 PM
bagus adik ni
slalu budak2 baya mcm ni akan terpengaruh dgn mak bapak
Quote kentel 8-7-2014 04:47 PM
gekkou posted on 8-7-2014 04:44 PM
bagus adik ni
slalu budak2 baya mcm ni akan terpengaruh dgn mak bapak

geliga kepala otak dier...
Quote xtahumenahu 8-7-2014 05:07 PM
jangan mak bapak die pukul ngan kayu sampai pengsan sudahhh
Quote nsmj 8-7-2014 05:14 PM
Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.


Penyayang ko dik.
Quote fiezameysekali 8-7-2014 05:15 PM
wah bgusnye
nnt sape nk jage budak ni kalo parent die kene tgkap
Quote enchikfitz 8-7-2014 05:25 PM
Bijak budak ni. Jrg ada kat Malaysia.
Quote apam 8-7-2014 05:28 PM
Nanti makbapak dia cakap, pasal ko hidu asap ganja hari-hari la kau jadi cerdek......hahaha
Quote ladydutch 8-7-2014 05:36 PM
sekarang budak itu tinggal dengan mak dan ayah dia ?

tak kena pukul ke?
Quote gnote_2 8-7-2014 06:57 PM
ladydutch posted on 8-7-2014 05:36 PM
sekarang budak itu tinggal dengan mak dan ayah dia ?

tak kena pukul ke?

mak pak dia kan kena tahan daa..

smua2 duit2 hasil jualan depa dpt kat dia laa.. pandai budak ne game kn parent dia
Quote freebird 8-7-2014 06:57 PM
tak lah bijak sangat budak ni...lepas ni budak ni masuk pusat jagaan kanak2 lah...parents found to be unfit...
melainkan dia tahu ada makcik pakcik yang kaya raya...
Quote merrissa 8-7-2014 07:04 PM
anjing dia la jaga kot.....
Quote adi143 8-7-2014 07:12 PM
bagus budak ni, semoga dapat ibu bapa angkat yang baik
Quote the_killer 8-7-2014 07:16 PM
dia jadi bijak sebab ganja tu kot....evolution
Quote Centurion 8-7-2014 07:23 PM
the_killer posted on 8-7-2014 07:16 PM
dia jadi bijak sebab ganja tu kot....evolution

Ada possibility...
Quote kodokke 8-7-2014 08:10 PM
Cantik aku nak tnmla
Quote rdzaccess 8-7-2014 08:20 PM
guna sistem drip ...
Quote alinone78 8-7-2014 08:34 PM
Budak malaysia umur 9 tahun akan buat report juga tak kalau parents tanam ganja?
Quote naina 8-7-2014 08:38 PM
Pokok ni leh hdup tanpa chy matahri ek
ke guna lampu je
Quote shachihata33 8-7-2014 08:40 PM
anak murid aku 4-5-6 rhn lagi geliga sampai mak bapak bergaduh baling remote pun dorg cerita detail

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.186772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top