CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Natasha Hudson tukar nama anak

2-7-2013 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22721| Komen: 70

Description: Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.



UMUM
mengetahui bahawa pelakon dan model Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu.

Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.

Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu.

Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.

"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 2-7-2013 09:59 AM
comelnye nama baru dia
Quote berun 2-7-2013 10:22 AM
berusjamban posted on 2-7-2013 10:20 AM
tolong jgn hina i ok...
nama berun tu sedap sgt kah????

bukan hina la.. tp dlm forum nama2 mmg aneh la hehehe
Quote tapibukanaku 2-7-2013 10:23 AM
bagus lah ada kesedaran utk bertanya kpd yg lebih arif
Quote poyohabis 2-7-2013 10:24 AM
tak de masalah pon nak tukar nama anak kan...cousin aku pon ada tukar nama anak dia...pegi je ke jpn tak lama lps tu dpt ler tukar nama...janji mak bapak rasa gembira gan nama baru anak mereka serta membawa maksud yg baik dah ok dah...pd aku ok jer tak jd masalahpon
Quote wafeenaulia 2-7-2013 10:38 AM
bagus2 tasha ni..
Quote biozipstar 2-7-2013 10:41 AM
kalila.. ok je.. sedap
Quote ihtisyam 2-7-2013 10:41 AM
alhamdulillah.... semoga diberkati dunia akhirat
Quote berun 2-7-2013 10:50 AM
wafeenaulia posted on 2-7-2013 10:38 AM
bagus2 tasha ni..

taw siapa suami dia x?
Quote wafeenaulia 2-7-2013 11:17 AM
berun posted on 2-7-2013 10:50 AM
taw siapa suami dia x?

taw nama jer

knp berun?
Quote PITTSBURGH 2-7-2013 11:26 AM
ek ele
ok lah dah tukar dr menimbulkan fitnah dan umpatan
Quote supernaturalee 2-7-2013 11:37 AM
smpi umo brape yg blh tukar nama ni?
dh tue² gini blh tuka nama lg tak? (mula verangan nama pelik² nih)
Quote caplimau 2-7-2013 11:42 AM
supernaturalee posted on 2-7-2013 11:37 AM
smpi umo brape yg blh tukar nama ni?
dh tue² gini blh tuka nama lg tak? (mula verangan nama pe ...

xsilap aku procedure nk tukar name smpi 1thn je kot.. klo da tua2 ni klo name pelik2 boleh la kot..

dgn syarat name ko pelik la.. hahahahha
Quote rosmahisham 2-7-2013 11:44 AM
Sedapnya nama anak sheols...x tau lak sng2 boleh tukar nama,igtkan kalo tukar x dibenarkan tambah/@ boleh lar...contoh suppiah@sofia gittew...
Quote applemy 2-7-2013 11:48 AM
Ai tgk, ramai betul awek2 nama Zulaikha & Balqis, bukan ke nama tu tak elok especially Balqis??
Quote supernaturalee 2-7-2013 12:03 PM
caplimau posted on 2-7-2013 11:42 AM
xsilap aku procedure nk tukar name smpi 1thn je kot.. klo da tua2 ni klo name pelik2 boleh la kot. ...

copy from website JPN

PERMOHONAN PINDAAN BUTIRAN KAD PENGENALAN

4.        DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
        4.1.        DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

4.1.1        Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, Akuan Berkanun hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa atau*penjaga.*Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
4.1.2        Kad Pengenalan pemohon.
4.1.3        Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Permit Masuk (yang mana berkaitan).
4.1.4        Pasport (jika ada).       
4.1.5        Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti:                                                                                               
(i)        Kad Memeluk Agama Islam daripada Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam Negeribagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau mengekalkan nama asal; atau
(ii)        Perintah Mahkamah Syariah atau Pengesahan Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam; atau
(iii)        Sijil Baptisma atau Surat pengesahan memeluk agama Buddha atau Hindu atau Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama. Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran "A" di kaunter dan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti di atas; atau
(iv)        Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonan untuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin dengan warganegara asing sahaja; atau
(v)        Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.

Quote PrinCessMaya 2-7-2013 12:03 PM
ini kalilah..hehehe
Quote supernaturalee 2-7-2013 12:10 PM
copy dr JPN


PERMOHONAN PEMBETULAN MAKLUMAT SEKSYEN 15 (1) DALAM SIJIL KELAHIRAN BAGI PENGUBAHAN NAMA KANAK-KANAK BERUMUR DI BAWAH (1) TAHUN (SEMENANJUNG MALAYSIA)

PENERANGAN PERMOHONAN
Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

SYARAT PERMOHONAN
1.        Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
2.        Penjaga kanak-kanak yang sah;

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
1.        Borang JPN.LM21 yang lengkap;
2.        Surat Akuan Sumpah JPN.LM22  dan JPN LM07.
3.        Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
4.        Borang MyKid;
5.        Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
6.        Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
7.        Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
1.        Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
2.        Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

BAYARAN
1.        Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
2.        Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
3.        Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00


Dikemaskini pada 28 Mei 2013
Quote pakwetizzaqyah 2-7-2013 12:21 PM
nampak sangat pendidikan Islam dan bahasa Arab minah ni cetek... apasal letak dabel E..sounds bery the mamak la( saja buat ayat standard inggeris2)
Quote mizsrose 2-7-2013 12:48 PM
baby nomei..hope membesar jadi solehah jugak..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.192861 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top