CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hampir Enam Bulan Hafidz Tak Jenguk Anak, Kali Terakhir Pada Ogos Tahun Lalu. - Nurul Shuhada

7-2-2024 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30697| Komen: 393

Description: Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, mendedahkan Hafidz sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan dua anaknya, Humairah, 7; Umar, 3.


Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, mendedahkan Hafidz sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan dua anaknya, Humairah, 7; Umar, 3.

Shuhada turut mendakwa, Hafidz juga seolah-olah tidak mengambil peduli terhadap anak-anak yang kini menetap di rumah keluarganya di Perlis.

"Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu. Malah sebutan baharu kes hak penjagaan (hadanah) pada 23 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sebelum ini juga dia tidak hadir.

"Saya pun tak tahu apa yang dia nak. Sekarang dia sudah kembali mendirikan rumah tangga, jadi mungkin buat apa dia nak fikir mengenai semua ini.

"Saya harap dia percepatkan segala kes yang berlangsung kerana lagi banyak kes di mahkamah lagi banyak duit keluar.

"Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka," katanya.


Menurut Shuhada, di fasa sekarang dia ingin memberi lebih tumpuan dan membahagiakan dua anaknya.

"Apa yang berlaku selama ini saya turut menyalahkan diri sendiri sehingga emosi anak-anak terganggu. Saya pun tak sanggup melihat anak-anak yang semakin membesar terus sedih dengan apa yang berlaku.

"Saya nak lihat mereka gembira dengan kehidupan di sekeliling selain nak nikmati hidup bersama-sama," katanya.

Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-2-2024 04:50 PM
Ko nk pasangan ko atau ex ko baik dgn anak2..ko kena dulu betulkan diri ..ni dah asyik melukakan hati org tu mmg la x kuasa ex ko nk dtg..bukan sb x syg anak..
Quote Manusiabesa 7-2-2024 05:05 PM
Laki hg mmg ingt je kat anak2 dia...tp ngenangkn kena hadap hg tu mmg spoil trus xjdi...
Herherherher lahanot
Quote prince_marhaen 7-2-2024 05:09 PM
ex-laki malas nak hadap muka & perangai psiko hang la ...tak paham lg ke.
Quote 3chanceno 7-2-2024 05:16 PM
Edited by 3chanceno at 7-2-2024 05:18 PM

Lagik nak play victim  kalo jumpa anak2 jauh ke peghelih & tak boleh bawak keluar dari rumah, memang dak apiz pikir berkali2. Setakat jumpa 1 jam kat luar rumah dgn takde privacy& dgn ko dah tulis macam2 pasal dia, susah ler dia gi peghelih.   
Quote telracs 7-2-2024 05:20 PM
Kenapa buka lagi benang pasal pempuan annoying ni?
Dia bukan retis, hockkay!!!!

Yiiiiiiiiiiiiieeeeeeehhhhh

Quote telracs 7-2-2024 05:23 PM
Cerita lah Shu
Ceritalah semua pasal kehidupan ko kat public
Nak terkenal sangat
Semua cerita pun pasal yang negatif belaka
Manalah maruah ko ni Shu
Bila ko nak berubah

Quote lilacomot 7-2-2024 05:34 PM
laaa ade gk benang pasai shuringai...bru je nama d sebut kt benang retis
Quote Parit.Hilton 7-2-2024 05:37 PM
dah kena hadap muka hang yg fake tu, memang idok la dia nak jenguk anak2
Quote emera 7-2-2024 05:37 PM
Bukan ko ke punca dia x jenguk anak? Cuba ko pos je budak2 tu ke bapak dia time cuti sekolah. Senang ko nk keje.
Quote ninnamina 7-2-2024 05:38 PM
cuba korang zoom gambar tu mekap berkuping ke bawah bibir tu
Quote lolipopmanish 7-2-2024 06:52 PM
Makin meluat iols dgn peel ngai ni
Quote matjerk 7-2-2024 07:05 PM
Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka," katanya.


-dan boleh jugak saya pergi berjalan2 menjelajah dunia.
Kheeennnnnnn? Tp kalau sebut mcm tu..x kedengaran ibu terpaling pulak kan.....
Quote matjerk 7-2-2024 07:08 PM
noor2 replied at 7-2-2024 04:50 PM
Ko nk pasangan ko atau ex ko baik dgn anak2..ko kena dulu betulkan diri ..ni dah asyik melukakan hat ...

Guane bini ex nak baik2 dgn anak2.. ia adqlah satu cabaran yg bsr.. belum apa2... anak2 dah call mamabaru "bad girl"..... thirah ni..aku tgk berkerjaya bagus...nape lah sanggup kawen dgn HR..bukan sebab HR ni sakit mental ke apa... tp sebab cabaran yg ko kena hadap..nak hadap shu n anak2... bukan mudah ye.. tambah2 ada anak sendiri nanti.. berkongsi bapa dgn anak2 shu.... hmmmmm..
Quote matjerk 7-2-2024 07:11 PM
telracs replied at 7-2-2024 05:23 PM
Cerita lah Shu
Ceritalah semua pasal kehidupan ko kat public
Nak terkenal sangat

Sbb dia x de bende positif yg nak di up kan...
Semua kena drag nama ex..anak2..
She alone tak boleh bikin apa2 csrita..
Cerita psl kurus... pun kena kecam.. sebab kurus sampai melengkung dinding2 butik2 jln bukit bintang tu...
Cerita juai biskut pun.. biskut harga x hagak2....
So mcm mana.. kena la up cerita2 dgn bekas suami
Quote she 7-2-2024 07:20 PM
Entah lah Shu

Bapak tu mungkin rindu dan sayang anak
Tapi sebab malas berdepan dengan muka ekau
Bapak tu tunggu anak besor sikit kot
Sebab malas dengar ekau jadi orang tengah
Quote Tunakimchi 7-2-2024 07:23 PM
Si apiz tu nak je anak. Kau yg rumitkan keadaan. Si apiz xnak hadap perangai psiko kau je.
Quote noor2 7-2-2024 07:25 PM
matjerk replied at 7-2-2024 07:08 PM
Guane bini ex nak baik2 dgn anak2.. ia adqlah satu cabaran yg bsr.. belum apa2... anak2 dah call m ...

Tapi kan mat...budak2 ni kita brain wash depa, masa kecik boleh la depa percaya..tp makin depa besar, depa akan nampak mana yg baik mana yg buruk...mcm kita juga..
Quote matjerk 7-2-2024 07:50 PM
noor2 replied at 7-2-2024 07:25 PM
Tapi kan mat...budak2 ni kita brain wash depa, masa kecik boleh la depa percaya..tp makin depa bes ...

Betol2..
Pnh gak dgr cerita2 org... yg masa kecik dimomokkan dgn cerita2 palsu mak/ayah/sedara..bila besar... dpt menilai sendiri kebenarannya.
Quote matjerk 7-2-2024 07:51 PM
Muka shu depan tu... ni masa make up guna MUA kan... apa bercapuk sgt make up nya

Lihat semua komen(393)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-3-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.145149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top