CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggung Banyak Kerugian Setiap Bulan, Kafe Terpaksa Ditutup. Review Minta Ustazah Asma’ Harun Perbaiki Servis – “2 Jam Kami Tunggu Makanan”

28-2-2024 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18732| Komen: 213

Description: Pendakwah terkenal yang dikenali sebagai ustazah Asma’ Harun baru mengumumkan penutupan restoran miliknya, Momen Kafe yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.


Pendakwah terkenal yang dikenali sebagai ustazah Asma’ Harun baru mengumumkan penutupan restoran miliknya, Momen Kafe yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Ujar penceramah bebas berusia 40 tahun itu, pihaknya menanggung kerugian yang banyak setiap bulan sejak ia dibuka setahun yang lalu.

Susulan itu, tular pula tangkap layar mempamerkan reviu orang ramai yang pernah berkunjung ke restoran tersebut dan merasai makanan yang dijual.

Menerusi hantaran di Twitter itu, Momen Kafe hanya mendapat 3.4 rating di Google dan ramai yang memberikan reviu dilihat berkongsi pengalaman tidak memuaskan masing-masing.

Seorang individu mencadangkan agar Asma’ memberi lebih perhatian kepada bahagian dapur kerana makanan diberikan tidak memuaskan.

"Macam mana harga nasi beriani RM22 tapi yang dihidangkan ke kami nasi yang sejuk?"



Sementara itu, ada yang memberikan komen tentang servis daripada pekerja restoran berkenaan di mana mereka menunggu makanan terlalu lama.

Meskipun akui kedai tersebut cantik dan selesa namun seorang individu tidak memberikan rekomendasi untuk orang lain datang mencuba makanan di restoran itu.

"Kami yang dah sampai lama ni tunggu makanan hampir 2 jam, yang abru sampai 20 minit dah dapat makanan. Boleh improve la servis dan bahagian dapur tu."



Berdasarkan tangkap layar yang tular itu, kebanyakan pengunjung dilihat melalui pengalaman yang sama iaitu menunggu makanan terlalu lama.



Tinjauan kami mendapati seramai 79 individu telah memberikan reviu mereka tentang restoran itu namun tidaklah semua melalui pengalaman yang sama.

Terdapat beberapa pengunjung yang memberikan reviu positif dan memuji restoran tersebut daripada segi rasa makanan, portion dan keselesaan.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 26-2-2024 03:39 PM
aik setjah pun amek huntong ke? ingat bersadakahhhh membuat pahale
Quote kakikuDibibirmu 26-2-2024 03:42 PM
Kitty_catz replied at 26-2-2024 03:39 PM
aik setjah pun amek huntong ke? ingat bersadakahhhh membuat pahale

Sadaqallahul 'azeem kekdahnya
Quote Thunderclouds 26-2-2024 03:50 PM
Kitty_catz replied at 26-2-2024 03:39 PM
aik setjah pun amek huntong ke? ingat bersadakahhhh membuat pahale

Setajah pn teringin p umrah balik hari
Quote dua_chzy 26-2-2024 03:53 PM
Banyak duit tazah.
Quote makita 26-2-2024 03:53 PM
Sazah kan byk doa2 murahkan rezeki, time niaga lah kene apply.
Quote Orix 26-2-2024 03:55 PM
cakap jelahhh ko bodo meniaga.... panjang nau sexplanation nya... kalo dah tahu ko busy dakwah bagai pekejadah pegi bukak bisnes fnb yg melibatkan daily operation... ko pggil je la mawla ko tu dtg makan kedai ko, mintak tlg pentaksub dia yg sekapal dgan kau tlg promote kedai kau ...
tapi kalo masak x sedap pun x guna
Quote jazaa100 26-2-2024 04:03 PM
Kuarkn prod- PKF (Penawar Kentut Faraj).lah ustazah .....

Cari majakani, halia bara, temulawak etc
Quote makadek 26-2-2024 04:14 PM
Orix replied at 26-2-2024 03:55 PM
cakap jelahhh ko bodo meniaga.... panjang nau sexplanation nya... kalo dah tahu ko busy dakwah bagai ...

Kureng kick kot alasan dia tk leh handle tu aku tk brpa nk brain.. Ckp je la tk laku... Org tk masuk.. Tk masuk akal laa.. Org lain elok je niaga
Quote makadek 26-2-2024 04:15 PM
Orix replied at 26-2-2024 03:55 PM
cakap jelahhh ko bodo meniaga.... panjang nau sexplanation nya... kalo dah tahu ko busy dakwah bagai ...

Inijam dia kena jemput geng asatizah ke maula ke ebit ke sapa2 je la review nk paling letops KHAIRUL AMING.. marketing tak pawah
Quote pokokmeranti 26-2-2024 04:18 PM
bila masa dia ada restoran? xde promosi ke?
Quote Kitty_catz 26-2-2024 04:20 PM
Thunderclouds replied at 26-2-2024 03:50 PM
Setajah pn teringin p umrah balik hari

haaa ghopernyierrrr setajah pun maknusia biasa


ingat setajah maksum, level 7 petala langit ... rupa2nya sama hangitttt
Quote makadek 26-2-2024 04:20 PM
pokokmeranti replied at 26-2-2024 04:18 PM
bila masa dia ada restoran? xde promosi ke?

Nampak kt tt sekali je masa mula2 bukak astu hari ni nk tutup. Actually aku kesian gak kt dia. Bkn senang nk meniaga dh la dia modal besar utk deco interior menu dia aku rasa ada laksa.. Patut buat marketing seyes la dia pn conection pn power kan
Quote rosmahisham 26-2-2024 04:22 PM
Sekarang bkn masanya nk bukak biz baru...org berjimat..yg dh kukuh pon menanti rebah..lg  yg baru2 nk berjinak..mmg x balik modal.tp zmn skrg ni klu viral..terus lakuuu..walopn x sdp!
Quote pokokmeranti 26-2-2024 04:23 PM
makadek replied at 26-2-2024 04:20 PM
Nampak kt tt sekali je masa mula2 bukak astu hari ni nk tutup. Actually aku kesian gak kt dia. Bkn ...

kena cari idea baharu nak buka restoran. sekarang ramai minat masakan kampung + sambal belacan. makan pula bawah pondok dalam hutan. kelainan mesti ada.
Quote kerunai 26-2-2024 04:29 PM
elok dia pelawa awla gi restoran dia ..bisnes ni kena ada strategi jugak ...
Quote syamzana 26-2-2024 04:35 PM
sesia je deco2 kedai smpai 100k, takkan la meniaga 3/4 bulan terus katup. normal la 6bulan pertama tu tak untung, ke kedai dia ni org tak dtg lgsg?
Quote belilies 26-2-2024 05:28 PM
Karma sebab mulut cam longkang
Quote glump 26-2-2024 05:39 PM
Dia dok sibuk sana sini,husband dia tu PA dia ke
Quote nini_azmi 26-2-2024 05:39 PM
pokokmeranti replied at 26-2-2024 04:18 PM
bila masa dia ada restoran? xde promosi ke?

I rasa kurang promosi. Team nya mcm tak kompetent je. Ustazah pun sll tego team dia dlm live.
Dr dulu i rasa ustazah ni ptt fokus. Semua benda buat dgn ceramah lg, perkampungan hijrah lg, sekolah lg. Mcm tak buat planning betul je. Nasib baik follower ramai bg sumbgan.

Selain benda yg i sebut kat atas tu, ustazah ni ada kedai mkn yg nk katup, ada kedai perabot dan galery jual produk muslim/muslimah, ada travel agensi. Better fokus je yg mana boleh bwk untung. Meniaga ni kena ada skill dan strategy juga, bukan main hantam.

Mlm td i tgk sekejap live tu, panjang lebau dia explain which is tak perlu pun. I suka ustazah asma punya ceramah tp dia kdg meleret berjela cerita benda tak perlu.

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.115508 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top