CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tergamak Tolak Kekasih Jatuh Dari Tingkat 23 Apartment, Mangsa Sempat Jerit Sebelum Bunyi Kuat Terhempas Ke Lantai

29-2-2024 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23170| Komen: 141

Description: Seorang lelaki dipercayai tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah apartment di Setia Alam dan telah ditahan polis. Apa kes ni?


Seorang lelaki dipercayai tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah apartment di Setia Alam dan telah ditahan polis. Apa kes ni?

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku pada 10.02 malam semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

"Menurut saksi, dia terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek serta melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh di kondominium tersebut.

"Pada Rabu pukul 10.10 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di tempat kejadian."

Suspek yang berusia 37 tahun itu merupakan seorang pemandu lori dan wanita yang maut pula berusia 32 tahun  adalah seorang warga Thailand.

Suspek yang akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam itu juga didapati positif dadah jenis Canabis dan ada 7 rekod jenayah, 1 rekod dadah. 




Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pada awalnya, tular satu video menunjukkan pasangan kekasih sedang bergaduh dimuat naik seorang penghuni apartment di media sosial.


Kalau korang tengok video itu, memang dengar bunyi yang kuat apabila wanita itu jatuh dari tingkat 23 dan terhempas di atas lantai. 

Kredit: mStar | X (Video) | Oh Media


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 29-2-2024 11:05 AM
di tolak atau di doggy?
Quote shernazz 29-2-2024 11:10 AM
Ayoyo...
Hancur terus.organ dalaman..
Quote exclusive_vvip 29-2-2024 11:12 AM
dgr mcm pompuan tu sebut “let me in”..ke i salah dgr..balkoni apartment ni kecik je..agaknya pompuan tu nak masuk tapi jantan tu tolak2 tak bagi masuk..sekali terjatuh terus..sedihnya masa tgk pompuan tu terhempas..
Quote prettyuglybabe 29-2-2024 11:16 AM
pompuan simpanan ke?
driver lori pun mampu duduk trefoil..
Quote pokokmeranti 29-2-2024 11:18 AM
bila baca tajuk dan perenggan awal, dah terdetik mesti pelaku geng dadah.... mmg betul rupanya
Quote akies 29-2-2024 11:21 AM
Kejamm nya
Quote Mary_jane 29-2-2024 11:26 AM
Bakalan dihantui lah residents situ dengan suara mangsa jerit before jatuh.
Quote edayildiz 29-2-2024 11:33 AM
omg ngeri nyaaaa..
laki tu bangsa apa
Quote ifanonline 29-2-2024 11:39 AM
antara yg akan spoil sesuatu kwsn adalah kes bunuh...alamat berhantu la apartment ni
Quote TeropongThaico 29-2-2024 11:53 AM
Ganasnya
Quote margo20 29-2-2024 11:58 AM
Dekat sebelah mall ni huhu
Quote Carcosa 29-2-2024 12:09 PM
Screenshot_20240229_120614_X.jpg
Screenshot_20240229_120601_X.jpg

Haiyooooo, dahla minah Thai. Hantu Thai seram wooo. Dahla masa dia menangis sebelum jatuh tu, mendayu2 mmg sebijik cerita antu Thai oiii. Seram mak, nyaaah.
Btw, meols cedok gambar ni drpd X, mcm lawa and hensem, couple ni, walaupun pixilated.
Bawak lori hapo mampu duduk Trefoil??
Quote mrsbale 29-2-2024 12:09 PM
prettyuglybabe replied at 29-2-2024 11:16 AM
pompuan simpanan ke?
driver lori pun mampu duduk trefoil..

Trefoil eh? Mcm pnah baca kes org jatuh kat trefoil SA nih.
Google2 jumpa nih.
Almost exactly 2yrs ago.
Bezanya dulu suicide vs murder semlm.
But still. Scary siot trefoil ni.


IMG_5303.jpg
Quote Supersirap 29-2-2024 12:12 PM
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote black_handbag 29-2-2024 12:14 PM
sedih dengar dia menangis mendayu2 sebelum ditolak tu. macam ponti /langsuir menangis2.. seram pun ye.. tp tgk gmbr tu macam lawa perempuan thailand tu, yg laki pun macam ada rupa.

kesian tapi i yakin ramai saksi malam tadi. kuat kot bunyi menangis. pukul 10 mlm biasa warga kota belum tido lagi.. ramai boleh jadi saksi
Quote mawarkhayalan99 29-2-2024 12:23 PM
seram tengok mangsa jatuh bunyi dia terhempas tu hmmmm
Quote ezacbee 29-2-2024 12:35 PM
TT dah xde. Baru nak tengokkk
Quote sharlenetexas 29-2-2024 12:40 PM
Dalam masa lapan minit dapat tangkap.


Quote JunkMail 29-2-2024 12:40 PM
Tak sempat aku nak tengok bideo

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070057 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top