CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan Hektar Tanah Palestin Dirampas Secara Haram Oleh Rejim Zionis

1-4-2024 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5207| Komen: 1

Description: RAMALLAH, Tebing Barat – Rejim Zionis merampas kira-kira 2,700 hektar tanah secara haram di Tebing Barat yang dijajah Israel, dan memaksa 25 komuniti Palestin berpindah sejak permulaan perang Gaza pa ...



RAMALLAH, Tebing Barat – Rejim Zionis merampas kira-kira 2,700 hektar tanah secara haram di Tebing Barat yang dijajah Israel, dan memaksa 25 komuniti Palestin berpindah sejak permulaan perang Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, lapor agensi berita Anadolu kelmarin.

Menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajah dan Tembok Israel (CWRC), Rejim Zionis menggunakan permusuhan sengitnya terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dengan menjalankan operasi rampasan tanah secara besar-besaran. 

“Ia melibatkan 2,700 hektar tanah wilayah Palestin,” kata ketua agensi di bawah pihak berkuasa Palestin itu, Moayya Sha’ban.

Tambah CWRC, keluasan tanah Palestin tertakluk kepada ukuran ditetapkan oleh Israel yang berjumlah 2,380 kilometer persegi.

“Ia membentuk 42 peratus daripada keseluruhan Tebing Barat dan 69 peratus daripada jumlah kawasan yang diklasifikasikan sebagai C.

“Kawasan C merupakan kawasan penjajahan yang tertakluk di bawah pemerintahan tentera (Zionis),” ujar Moayya dalam satu kenyataan akhbar bersempena Hari Tanah Palestin.

Tambahnya, Israel telah mula mewujudkan zon penampan di sekitar penempatan di Tebing Barat menerusi beberapa siri perintah tentera.

Katanya lagi, Rejim Zionis turut memberi amaran yang menentang pengasingan lebih banyak tanah selain menghalang penduduk Palestin daripada mengaksesnya dengan menggunakan alasan ‘ketenteraan dan keselamatan’.

Selepas 7 Oktober tahun lalu apabila serangan Israel bermula di Gaza, Moayya berkata, pihak berkuasa perancang Israel tertakluk untuk melakukan kajian terhadap 52 rancangan struktural bagi membina sejumlah 8,829 unit kolonial di kawasan seluas 6.8 hektar.

Sebanyak 1,895 daripada unit tersebut telah pun diluluskan.

“Langkah-langkah Israel dan keganasan militia penjajah telah membawa kepada pemindahan 25 komuniti Badwi Palestin yang terdiri daripada 220 keluarga termasuk 1,277 individu sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Ia turut menghalang akses penduduk Palestin kepada lebih 50,000 hektar tanah pertanian,” tambah Moayya.

Tegasnya, semua langkah itu bertujuan untuk mengawal tanah Palestin dan menghapuskan sebarang kemungkinan untuk menubuhkan negara Palestin.

Beliau memberitahu, ia juga bertujuan untuk mengasingkan kota Baitulmuqaddis daripada Palestin dan mengetatkan kawalan ke atasnya menerusi penempatan dan pengusiran penduduk.

Berdasarkan Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), wilayah Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kawasan A, B dan C.

Kawasan C berada di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Rejim Zionis sehingga perjanjian status muktamad dibuat dan dicapai dengan rakyat Palestin.

Namun, menurut undang-undang antarabangsa, penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur adalah haram. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 1-4-2024 01:13 PM
Hamas itu hanya alasan
Yang sebenarnya genocide tamakkan tanah dan kuasa
Semoga 21 ramadhan Allah angkat doa2 hamba yang berdoa kemusnahan Yahudi dan zionis hancur sehancur2nya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

12-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.039419 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top