CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fadhlina Sidek Sudah ‘Move On’, Anggap Isu Kafir Selesai

1-4-2024 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5303| Komen: 0

Description: SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan isu kafir yang mengaitkan dirinya sudah selesai biarpun ia dipetik di luar konteks.


SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan isu kafir yang mengaitkan dirinya sudah selesai biarpun ia dipetik di luar konteks.

Menurutnya, beliau sudahpun ‘move on’ dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasnya dalam memastikan isu-isu reformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan berjalan lancar.

“Saya sudah jawab (isu) dan kenyataan saya itu harus dibaca dan diterima sepenuhnya. Jadi, abaikan isu-isu yang akan ganggu kerja kita apatah lagi di hujung Ramadan ini.

“Jangan buat fitnah dan tumpu amal ibadah serta kejar Lailatul Qadar, Insya-Allah semoga amal kita diterima,” katanya ketika ditemui pada Program Jaulah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh, di sini hari ini.

Dalam program sama, KPM dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara memberi sumbangan kepada 100 pelajar asnaf di sekolah terbabit.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Fadhlina menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan terbabit di rumah.


Susulan penyebaran video itu, Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen sehingga keselamatan dirinya turut terancam. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

12-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045293 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top