CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penganjur Buat Permohonan Maaf, Tarian Dangdut Diva AA Jadi Punca Festival Raya Diarah Tutup

2-4-2024 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12670| Komen: 14

Description: Tindakan selebriti versatil, Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA yang melakukan tarian dangdut di Karnival Fiesta Raya Baling 2024 mengundang padah apabila festival berkenaan diarahkan tutup ser ...



Tindakan selebriti versatil, Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA yang melakukan tarian dangdut di Karnival Fiesta Raya Baling 2024 mengundang padah apabila festival berkenaan diarahkan tutup serta merta oleh kerajaan negeri.

Terbaharu, pihak penganjur bagi karnival berkenaan, Maju Kedah Resources mengakui kekhilafan pihaknya dan tampil membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Loading FB Post...


Menerusi hantaran tersebut, persembahan yang dilakukan Diva AA bersama beberapa orang lelaki lain di atas pentas adalah di luat jangkaan mereka memandangkan persembahan tersebut bukanlah salah satu daripada atur cara program mereka.

"Merujuk kepada video tular memaparkan Azwan Ali yang menari di atas pentas Fiesta Raya Baling 2024 baru-baru ini, pihak kami memohon sejuta kemaafan atas isu tersebut."

"Perkara tersebut berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentaas memandankgan Azwan Ali tiada dalam senara jemputan rasmi program.

"Beliau hadir atas jemputan sahabat TikTokers beliau yang turut sama berniaga di festival tersebut."

Susulan daripada insiden tersebut, pihak mereka mendedahkan ada menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob yang turut mengarahkan supaya festival tersebut ditutup.

"Dengan kejadian yang telah berlaku ini, pihak kami juga telah mendapat teguran keras daripada Adun Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan beliau telah mengarahkan agar Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung perkara yang telah berlaku.

"Oleh itu, kami dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut dan akur untuk menutup terus penganjuran festival ini."

Di akhir hantaran tersebut, pihak Maju Kedah Resources sekali lagi membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melanda.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Diva AA bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada festival tersebut.

Perbuatan mereka itu meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan mereka tersebut yang dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan.

Sumber: Facebook Fiesta Raya Baling/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:01 AM
kesian peniaga2. patut ban jer lah heshe dari masuk memana festival. yg lain tu tak berdosa kot.
Quote MatDeghem 2-4-2024 08:05 AM
Si alif belut pun harus di ban! Jgn benarkan Siar lagu and persembahan nya. Semua in sewel punya org
Quote debab_78 2-4-2024 08:10 AM
aku macam ada baca semalam.. sepatotnya EXCO tu arah tutup yg aktiviti pentas je... tp penganjur tutup terus semua....
Quote laksmanabentan 2-4-2024 09:06 AM
kesian ler peniaga tu... da ler kena bayar sewa tapak semua...
then takde hasil pendapatan pulak....
Quote princessmiang 2-4-2024 09:18 AM
Walaun walauntit shaking
Quote riyadhK 2-4-2024 09:38 AM
princessmiang replied at 2-4-2024 09:18 AM
Walaun walauntit shaking

Stim gamaknya tengok dibah menggelitat
Quote izzah_mia 2-4-2024 10:35 AM
ada nampak video kat tik tok katanya bukan sbb diva AA bergelek  festival ditutup tapi sebab penganjur. tunggu dan lihat jelah
Quote LipasComel 2-4-2024 10:41 AM
sejujurnya iols tengok mcm takde apa pun AA tu joget2. bukan vulgar sgt mcm dancer alif shukri tu. ke ada isu lain, tapi AA dikambing itamkan ni...
Quote beni_nikaido 2-4-2024 10:52 AM
debab_78 replied at 2-4-2024 08:10 AM
aku macam ada baca semalam.. sepatotnya EXCO tu arah tutup yg aktiviti pentas je... tp penganjur tut ...

ha....betul. tutup pentas saje, bukan karnival tu
netz bising2 libatkan politik
why nak politik semua benda? cari la penganjur yang tutup karnival tu
Quote prizadane 2-4-2024 10:56 AM
Iols tengok video AA menari tu. Tarian dia to be honest bukan sejenis kau akan menyampah tengok macam Alep Sokri n gang. Ni menari ala-ala nak buat lawak. N tu macam takde membangkitkan perasaan berahi pun or acah acah terberahi.

Tu baby shima tu… bukan main menari menggoda sana sini. Takde lak kena banned. Diva AA menari camtu pun jadi kontroversi. Apoooo
Quote Pujangga22 2-4-2024 11:41 AM
kambeng itam jer dibah AA ni
Quote pembacagosip 2-4-2024 11:44 AM
BoongaKertas replied at 2-4-2024 08:01 AM
kesian peniaga2. patut ban jer lah heshe dari masuk memana festival. yg lain tu tak berdosa kot.

yang penganjur pun x ada retis lain
bayar murah ke
Quote BoongaKertas 2-4-2024 01:03 PM
pembacagosip replied at 2-4-2024 03:44 AM
yang penganjur pun x ada retis lain
bayar murah ke

hahaha! jgn memacam chuols. meroyan dibaAA baca komen chuols.
Quote DianaSaksen 2-4-2024 01:25 PM
Kat indo bulan Ramadan pun ada hiburan..time malam berjoget

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

12-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047978 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top