CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?’ – Bella Astillah

5-4-2024 05:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22176| Komen: 175

Description: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan kenyataan Aliff yang memaklumkan dirinya enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan dirinya.



Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan kenyataan Aliff yang memaklumkan dirinya enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan dirinya.

Ketika ditemui OhBulan, Bella berkata sekiranya benar Aliff masih sayang, dia tidak patut membuka aib dirinya bersama pelakon meningkat naik, Muaz Zabir sebelum ini.

"Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak.

"Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?”

"Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati.”

Bella berkata demikian seusai proses sebutan kedua sebutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayaj Persekutuan pada Khamis.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini enggan memberikan sebarang komen mengenai persoalan adakah Aliff enggan melafazkan cerai kerana mahu melunaskan dendam kepadanya.

"Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?”


Ketika ditanya adakah suaminya ada pulang ke rumah selepas kemelut yang berlaku, Bella memaklumkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut kerana sedang sibuk menguruskan anak-anak.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber : OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 5-4-2024 05:43 AM
Tahu pon sendiri ada aib...dia bukak aib ko satu...kau berpage pages reputs kena kover aib ko londeh...tak cukup sehari depa tulis berita sampai penuh timeline  dgn berita bodo korang berdua
Quote matjerk 5-4-2024 05:47 AM
Aib bella - curang.
Aib yg bella bukak - berkajang2... smpai jenuh nak kena tgk sana sini utk compile.. sbb portal2 up clips by clips..sampai now..aku tak jjmpa yg complete lagi.. tahu dari forumer2 jer..
Tahniah Bella... puas hati kan dpt bukak semua aib termasuk aib darah daging sendiri
Quote doubleA 5-4-2024 06:00 AM
Iols tak rasa aib yg nabellah buka berkajang2 tu sebab tak tahan ke dah meletop ke tapi sebab nak “justify” perbuatan curang dia tu. Memang dia minta maaf dan mengaku tapi betapa dia nak justify kesalahan dia tu sampai petik nama adik, mil selain alep bertubi2 menunjukkan rumah tangga deme memang parah
Quote doubleA 5-4-2024 06:02 AM
Kalau betul sheols tak tahan, dah lama sheols angkat kaki, sejak dicurangi banyak kali, sebelum buang adik sendiri. Tapi tetap memilih jadi bodo demi cinta padahal sheols tau cinta sheols one sided. Entah kenapa nak potray diri mulia demi job ke
Quote Nurul8001 5-4-2024 06:03 AM
Aib maib.
Kenapa laki tak nak lafaz cerai, dah ada kat court.
Masa kat luar court, kenmain bagi tarikh sekian2 nak ceraikan bini.
Quote Nizleen86 5-4-2024 06:14 AM
Dia lg sedih sebab putik bukak aib dia je. 11 kali tu tak berbekas pun utk nabelah ni. Yela dah terbiasa kan. Makin lambat la bella nak duduk di pangkuan muaz sbb igtkan terus kena cerai. I think the reason why putik taknak ceraikan dia kot. Kutunggu jandamu kekdahnya.
Quote matjerk 5-4-2024 06:25 AM
doubleA: Iols tak rasa aib yg nabellah  ...
bapa gula nunies pun kena petik. Bella ni definisi ko travel dgn dia 1 mlm je pun.. the whole story rumah tgga 10tahun dia ko akn tahu.
Quote aint 5-4-2024 06:33 AM
aib??? so betul la kan ko menyundal dgn jantan lain heheh...

nway, kalo betol dia syg alep, knp buka aib alep yer...

mmg sejenis manusia manipulative... bahaya org pangai camni.. sbb suka backstab
Quote noor2 5-4-2024 06:41 AM
Tang mana Bella ni manipulative., backstab...sampai sekarang aku x faham...kalau 2 ekor tu ya aku nampak backstab dia..si alip dan ruhainis tu
Quote sukanyanyi 5-4-2024 07:58 AM
matjerk replied at 5-4-2024 05:47 AM
Aib bella - curang.
Aib yg bella bukak - berkajang2... smpai jenuh nak kena tgk sana sini utk compil ...

Dia memang silap ar skendel tipu2 dgn muaz utk jeleskan alip tu.. kalo tak, dia bole nampak suci.. tp kalo alip taknak lepas sheols sbb tercabar tgk ade laki len nak ke sheols (wic taktau tol tak sbb taktau apa dlm ati muaz tu), then berjaya la jgk taktik sheols. Still, mcm kapel yg saiko addicted to hurting each other tp takmo lepas.
Quote MatDeghem 5-4-2024 08:10 AM
bg mat dah kata si katik kemek ini yg saiko. plus bodoh.
dia punya obses dgn alif over the moon.

belikan kereta. tahu alif ulang alik ke rumah ruhaines. yet bila alif nak ceraikan dia, merayu tak mahu di cerai. aliff dah kata tak ada perasaan towards her. tapi ada dia kesah. toxic relationship.

harap aliff ceraikan dia. walau tak terus lepaskan.



tak padan kemek ....kuat immunity nya. gigih tenaga nya.

Quote dagusengett 5-4-2024 08:15 AM
Aikkk tak dpt cerai jugak
Make sure lawyer buat kerja la cari jalan lain
Quote dewi_rina 5-4-2024 08:22 AM
Betapa bella sayang alifffff

Tapi dalam sayang tu berapa kali ek kecoh alip curang
Quote dewi_rina 5-4-2024 08:32 AM
sukanyanyi replied at 4-4-2024 11:58 PM
Dia memang silap ar skendel tipu2 dgn muaz utk jeleskan alip tu.. kalo tak, dia bole nampak suci.. ...

Yg i tahu laki kalau bini ada skandal, dia mmg taknak cerai ye.. Kalau cerai lagi senang pempuan tu boleh happy2 dgn skandal baru tu, so benda ni akan drag.. Kalau senang lepas gitu seronok lah, lepas cerai je boleh geder2.. Sbb dah cerai kan
Quote sukanyanyi 5-4-2024 08:38 AM
Edited by sukanyanyi at 5-4-2024 08:41 AM
dewi_rina replied at 5-4-2024 08:32 AM
Yg i tahu laki kalau bini ada skandal, dia mmg taknak cerai ye.. Kalau cerai lagi senang pempuan t ...


Haa ada terpikir jugak mcmtu.. stuju2..

Kecuali kalo dah tahap memalukan cam bini tu kena tangkap khelwet, nanti nampak dayus kalo tak lepas, mcm longcham ngan zila dulu.
Quote kepompong 5-4-2024 08:46 AM
doubleA replied at 5-4-2024 06:02 AM
Kalau betul sheols tak tahan, dah lama sheols angkat kaki, sejak dicurangi banyak kali, sebelum buan ...

demi hidup mewah & limelight... drp kecik bekerja keras masih tak mewah job & tak dikenali, kecuali masuk court meroyan & berita entah apa2

seswai la ngan alep sejenis ambik kesempatan kat pompuan2 malaya

alep tu.. lelaki ter-terok merempat di negara orang ... pompuan2 tu ter-suka je. tapi kalau suruh kawen ? dorang nak ke. for real?

campak la dia balik negara dia
Quote eslimau 5-4-2024 08:49 AM
dia ni boleh diam jap tak dari bagi statement.
Quote KamikuP 5-4-2024 09:00 AM
Alip takank cerai sbb nak duduk mSIA lama2.. kalau cerai dia dah takde apa2 dah kat sini.. mau dia balik Sinjiapura terjun flat HDB .. ekekekek
Quote Nur_happy 5-4-2024 09:05 AM
matjerk replied at 5-4-2024 06:25 AM
bapa gula nunies pun kena petik. Bella ni definisi ko travel dgn dia 1 mlm je pun.. the whole story ...

Sape bapa gula nunies? Iols smpi skrg x dpt solve puzzle

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.206310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top