CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Aliff Aziz Jawab Tindakan ‘Unfollow’ Bella Astillah, Ajak Orang Ramai Cari Pahala Di 10 Malam Terakhir Ramadan

5-4-2024 05:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15362| Komen: 66

Description: Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.

Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.

Ketika ditemui OhBulan! Hafiza turut mengajak semua orang untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan.

"Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

"Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan."

Hafiza berkata demikian ketika ditemui sejurus sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah membabitkan Aliff dan Bella di mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Hafiza berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella.


"Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja."

Sementara itu, disoal mengenai komen netizen yang membuat perbandingan antara dia dan Datin Patimah Ismail, Hafizah menjawab dia hanyalah seorang ibu kepada Aliff Aziz.

"Fasal itu no komen, saya hanya syukur dan ucap alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz."

Hafiza juga hanya menyatakan ‘insya-Allah’ apabila ditanya adakah dia masih mahu melihat Aliff bersama Bella.

Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis dengan alasan masih sayang.

Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya pada 4 Jun.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 5-4-2024 05:43 AM
Jauhkan diri dari acik spesis ni.. acik ni sama cam mak aduh pelakon tu sapa nama.. yg taik lalat kat dahi.. lupa daa..

Quote Sesuatu… 5-4-2024 05:55 AM
Ugama rider
Quote bawaku_terbang 5-4-2024 05:57 AM
engko & anak engko boleh balik temasek,jgn dtg2 dah kat sini
Quote Manusiabesa 5-4-2024 06:04 AM
Aku ada dgr iv tu. Dia mcm jwb " its personal choice" pastu baru dia sambung ajak kita beramal soleh 10 mlm trakhir.
So mmg kekwat lagi sombong la mkcik  singa ni
Quote doubleA 5-4-2024 06:05 AM
Bangga bethol dia macam anak dia superstar/idola masyarakat. Tapi kenapa la produser2 malaysia ni masih ambil alep ni berlakon, perangai hauk macam takde hero lain
Quote Hoola 5-4-2024 06:29 AM
acik2 xyh main nedia soc la achik oiiii
dia pun up

bila org tnya xbrani ckp pulop
Quote noor2 5-4-2024 06:42 AM
Hek elehhhhh....
Quote bulalof 5-4-2024 07:23 AM
boyan terpaling.......
Quote MadameOnion 5-4-2024 07:24 AM
seronok acik akhirnya dapat limelight setelah berhempas pulas merentan rentan meroyan di social media..tahniah acik..now ko boleh bawak anak sampah ko balik singapore jual nasi lemak di hawker centre..dah la putik...suara lembik..putik jagungggg eeeuwwww
Quote missbigrockstar 5-4-2024 07:27 AM
Makcik toxic positivity
Quote asfaz 5-4-2024 07:29 AM
ezacbee replied at 5-4-2024 05:43 AM
Jauhkan diri dari acik spesis ni.. acik ni sama cam mak aduh pelakon tu sapa nama.. yg taik lalat ka ...

Mak ex tunang mukhsin?
Quote BoongaKertas 5-4-2024 07:40 AM
hahaha! dah kantoi mengata, alih2 sheols suruh kita +ve? are u kidding makcik
Quote papadomku 5-4-2024 07:47 AM
doubleA replied at 5-4-2024 06:05 AM
Bangga bethol dia macam anak dia superstar/idola masyarakat. Tapi kenapa la produser2 malaysia ni ma ...

Kann.. tak faham kenapa masih amik dia berlakon. Tgk si hafidz rosdi tu ada la jugak mcm kena cancel. padahal dia mencurang sekali je. Yg ni mencurang byk kali kot
Quote dua_chzy 5-4-2024 07:50 AM
Kenapa air muka acik ni cam hepi la pulak? Sebab kau dapat media limelight? Lansung tak nampak sugul ka hapa bila anak jantan buat hal?
Quote kuzaime 5-4-2024 07:53 AM
Aku cuma nak doakan, semoga Allah x kurniakan anak2 ppuan aku nanti dengan spesis mertua mcm mkcik ni.
Quote helicornia 5-4-2024 07:55 AM
doubleA replied at 5-4-2024 06:05 AM
Bangga bethol dia macam anak dia superstar/idola masyarakat. Tapi kenapa la produser2 malaysia ni ma ...

Kan. Tiap Kali berlakon ada je kontroversi. Atau producer suka sbb dpt free merketing
Quote SedihPedih 5-4-2024 07:58 AM
ewwww...achik nk glemerrr jugaaakkk...
Quote selipar_hijau 5-4-2024 08:03 AM
Poyo la mak dia ni tak padan dgn rupa
Quote Pak.dolla 5-4-2024 08:06 AM
.
.
.
aku byk jumpa mak dan pak metua yg species teruk yg lagi kejam dari drama tv pun ada...

mak pak mertua yg baik mak pak aku je...tp itulah dpt pulak menantu hantu hahahaha..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.163279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top