CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akmal Saleh Bebas Selepas Beri Keterangan 3 Jam Di Kota Kinabalu

6-4-2024 06:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7210| Komen: 4

Description: KOTA KINABALU – Selepas lebih tiga jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan sebentar tadi.



KOTA KINABALU – Selepas lebih tiga jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan sebentar tadi.

Selesai memberikan keterangan dan dilepaskan sekitar pukul 2.04 petang, Dr Muhamad Akmal memaklumkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan satu laporan polis ke atas dirinya di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan video ceramah di Kelantan.

“Memang ada laporan polis dibuat ke atas diri saya di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan video ceramah di Kelantan.

“Laporan itu di Kuala Lumpur. Oleh itu, saya tertanya-tanya kenapa perlu cepat. Sebab tiada langsung laporan dari Sabah. Semuanya berlaku di Semananjung.

“Apa yang penting sangat…..Bukan saya tidak balik. Saya balik dan kita akan bagi komitmen,” katanya ketika ditemui media di perkarangan IPD Kota Kinabalu.


Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal memaklumkan dirinya sepatutnya dijadualkan diambil keterangan pada hari esok (6 April 2024) namun beliau tidak pasti sebab utama dipanggil lebih awal di Sabah.

Menurutnya, kedatangan beliau ke Sabah hari ini adalah bagi menghadiri program berbuka puasa bersama Pemuda UMNO di Beaufort petang.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar pukul 10.30 pagi, seterusnya dibawa ke IPD Kota Kinabalu menaiki kenderaan polis untuk diambil keterangan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 6-4-2024 06:41 AM
Demi ketuanan kapir, mana boleh tunggu. Polis kena segera bertindak.

Lain la kalau kes marhein. Kena tipu dgn scammer tunggu bertahun2 baru pihak berwajib ambil laporan.
Quote Belibis 6-4-2024 04:13 PM
Dia ni watak baru pengganti jamal jamban ke apa?? Semua isu berkait dia mesti panas.
Quote Nenasketum 13-4-2024 07:32 PM
Drama Umno, PH & DAP. Komedi & Madanon memang dah lama bergandingan bahu. Depa suma tau majoriti rakyat masih melayu bukan liberal. Janganlah kome percaya drama depa ni yeob & yong.
Quote tobobon 13-4-2024 09:01 PM
nasib sabah, kalau negeri jiran depa terpaling harmoni rasa2 heols dah flight balik straight to kl dah ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.035927 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top