CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan Tegas Individu Cabar Institusi, Perlembagaan Negara – Anwar

6-4-2024 06:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7146| Komen: 1

Description: GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mencabar institusi dan perlembagaan negara.


GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mencabar institusi dan perlembagaan negara.

Anwar berkata, ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang bertindak sedemikian.

“Jadi saya telah tegaskan dan tekankan, kita tidak akan tolak ansur. Tidak peduli siapa, kedudukan dia, parti mana.

”Jangan diugut sekiranya diambil tindakan, apalagi kalau menyentuh 3R (agama, kaum dan raja-raja),” katanya selepas menghadiri taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tonggak institusi negara ini perlu dipertahankan termasuk prinsip Perlembagaan, hak Islam dan bukan Islam.


“Jika menyentuh kedudukan Raja-Raja terutamanya (itu yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja), jangan kita bertolak ansur.

“Institusi negara tonggaknya mesti dipertahankan, termasuk prinsip Perlembagaan, hak islam, hak bukan Islam, semua itu tertera dalam Perlembagaan.

“Sekiranya mencabar, kita akan ambil tindakan tegas dan kalau disiasat, ditangkap, didakwa dan dihukum, itu jangan pertikai,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau percaya Akmal dipanggil untuk siasatan dan bukannya ditahan polis.

”Saya rasa itu bukan tangkapan, dia (Akmal) dipanggil untuk disiasat,” katanya. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adizero11 6-4-2024 09:35 AM
Gambar pakai spek hitam tu nak troll PMX dengan headline yg ditulis ke??huhu mcm kena plak..hahahaha

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039169 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top