CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Beruang Itu Berada Betul-Betul Di Belakang Saya’ - Wanita Diserang Beruang Sempat Hubungi 911

8-4-2024 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7210| Komen: 6

Description: ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang wanita yang diserang seekor beruang sempat menghubungi talian kecemasan dengan tenang bagi memberitahu bahawa haiwan itu membenamkan gigi pada kepalanya, lapor akhbar Da ...

ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang wanita yang diserang seekor beruang sempat menghubungi talian kecemasan dengan tenang bagi memberitahu bahawa haiwan itu membenamkan gigi pada kepalanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Karen Osbourn, 63, berhadapan detik ngeri selama 30 minit semasa diserang seekor ibu beruang yang ketika itu berada bersama anaknya.

Dalam kejadian itu,  Osbourne hanya  berjalan beberapa meter dari rumahnya di Frederick, Maryland apabila dia diserang tiga kali dari arah yang berbeza. 

Dalam satu panggilan kecemasan kepada talian 911, warga emas itu memberitahu bahawa dia mendengar bunyi dengusan beruang di belakangnya. 

“Beruang itu berada betul-betul di belakang saya. Ia mendengus dan menghentak serta menggali tanah seperti bersedia untuk menyerang lagi,” katanya. 

Tambah Osbourne dalam panggilannya, lengan dan kakinya patah.


“Saya digigit di belakang kepala. Ia datang lagi! Tolong jangan tinggalkan saya,” katanya kepada pegawai 911.

Anggota keselamatan tiba di tempat kejadian dan menembak mati beruang hitam seberat 91 kilogram itu, manakala anaknya yang berlari ke atas pokok diberikan tembakan pelali. – Agensi 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 9-4-2024 02:25 AM
fuhhh ngeri weh.. sempat lagi dia call 911, kalau tak mesti dh mati..
Quote Tinot7 9-4-2024 05:58 AM
Eh skeri... dia dok kat utan ka?
Quote Dwdrum 9-4-2024 07:00 AM
Edited by Dwdrum at 8-4-2024 03:03 PM

Black bear jumpa kena takut kan depa balik.. Shout.. Scream...kena tunjuk kita lebih fierce dari depa.. If run depa akan hunt/chase...tips ini untuk black bear.... Brown bear lain pula... Polar bear memang innalillah..
Quote Nurul8001 9-4-2024 07:32 AM
Teringat baca,sekeluarga cuti2, pancing. Datang beruang, bunuh bapa. Mati on the dot, yg anak kena bawa lari. Mak masa tu jauh sikit, jadi, masa kejadian tak sempat selamatkan anak. Tapi, dapat dengar anak jerit2 sampai takde suara. Dan, lamaaaaa. Bila polis datang, anak tak dijumpai langsung.
Quote ninja boy 9-4-2024 07:58 AM
Jho low sampai sekarang x dijumpai
Quote MissVixen 9-4-2024 10:44 AM
Ngeri tengok beruang. Apex predator sangat sampai dia tak perlu pun bunuh mangsa dia sebelum makan. Terus je lapah mangsa hidup2.

https://www.dailymail.co.uk/news/article-2026914/Mum-bear-eating--Final-phone-calls-woman-19-eaten-alive-brown-bear-cubs.html

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038730 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top