CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ragu-Ragu Nak Pasang Pelita Raya? Ini Penjelasan Hukum Daripada Ustaz Azhar Idrus

8-4-2024 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7213| Komen: 0

Description: Salah satu tradisi masyarakat Melayu ketika menyambut hari raya adalah memasang pelita. Budaya ini telah lama dilakukan terutama di kawasan kampung bagi memeriahkan lagi sambutan aidilfitri.


Salah satu tradisi masyarakat Melayu ketika menyambut hari raya adalah memasang pelita. Budaya ini telah lama dilakukan terutama di kawasan kampung bagi memeriahkan lagi sambutan aidilfitri.

Namun, timbul kemusykilan dalam kalangan umat Islam tentang hukum memasang pelita raya. Justeru itu, OhBulan! kongsikan dengan anda pencerahan berkenaan isu ini.

Menerusi perkongsian daripada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, beliau berkata setiap perkara yang tidak dinyatakan tentang suruhan atau larangan daripada Nabi Muhammad SAW, maka ianya bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan.


"Bila nabi tak suruh atau larang, segala pekerjaan kita bergantung kepada tujuan.


"Apa tujuan pasang pelita malam raya? Jadi di situ akan adanya hukum."

Ustaz Azhar kemudian memberikan contoh situasi dan menjelaskan tentang hukum memasang pelita bagi sambutan hari raya.

"Kalau pasang pelita raya supaya cerah laluan ke rumah, tak ada masalah.

"Supaya meriah nak sambut raya, nak penghujung Ramadan, anak-anak dan cucu suka tengok rumah cantik..hukumnya harus."

Bagaimanapun, jika tujuan memasang pelita adalah untuk mengikut tindakan orang kafir maka hukumnya haram.

"Kalau tujuannya tengok orang kafir buat dan nak ikut, itu haram."

Kami harapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda supaya melakukan sesuatu perkara dengan niat yang betul.


Sumber: TikTok/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.040170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top