CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“We Love You Always..” – Syasya Undur Diri Dari Kumpulan DOLLA Atas Sebab Peribadi

9-4-2024 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20515| Komen: 104

Description: Menerusi satu hantaran di Instagram, kumpulan DOLLA ada mengeluarkan kenyataan bahawa salah seorang daripada ahli mereka, Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan itu ...

Menerusi satu hantaran di Instagram, kumpulan DOLLA ada mengeluarkan kenyataan bahawa salah seorang daripada ahli mereka, Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan itu.

Perkara itu dimaklumkan Dolla menerusi satu hantaran di Instagram rasmi mereka untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosial mereka.

"Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua."

"Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli DOLLA di atas sebab peribadi."


Meskipun begitu, ketiga-tiga ahli yang lain iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby tetap meneruskan perjalanan mereka dalam DOLLA dan akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang sentiasa menyokong Dolla selama ini.

Berita itu kemudiannya menjadi tumpuan terutamanya kepada peminat kumpulan itu yang tidak menyangka berita pengunduran Syasya memandangkan persembahan cemerlang mereka di China mendapat perhatian peminat.

Ramai yang tidak bersetuju dengan pengunduran Syasya dan berharap syarikat rakaman DOLLA, Universal Music Malaysia untuk ‘memujuk’ gadis lincah itu untuk kekal bersama dalam kumpulan muzik terkenal Malaysia itu.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 9-4-2024 05:25 PM
Mana la tau lps ni bertudung berjilbab mcm mizznina
Netizen lupa la sekejap rupa bentuk pusat dan peha beliau
Quote SalenaGomez 9-4-2024 05:59 PM
Aneem replied at 9-4-2024 05:25 PM
Mana la tau lps ni bertudung berjilbab mcm mizznina
Netizen lupa la sekejap rupa bentuk pusat dan pe ...

Kiranya skrg yg tinggal dlm group tu semua non muslim la kan
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 06:15 PM
SalenaGomez replied at 9-4-2024 05:59 PM
Kiranya skrg yg tinggal dlm group tu semua non muslim la kan

Ada si sabronzo tu...sskjp lagi
Quote hyie 9-4-2024 06:18 PM
SalenaGomez replied at 9-4-2024 05:59 PM
Kiranya skrg yg tinggal dlm group tu semua non muslim la kan

sabronzo tu muslim noks, nama sheols sabrina tak silap..ke apa entah tu. Lagi dua tu tabby n angel cina.
Quote cicicumel 9-4-2024 06:20 PM
Nape ek?baru je nk warm up kat China...tiber je..sheols nk kahwin ke atau she dapat hidayah sempena Ramadan?
Quote SalenaGomez 9-4-2024 06:42 PM
cmf_premierleag replied at 9-4-2024 06:15 PM
Ada si sabronzo tu...sskjp lagi

Lorrhhh…hahahahha ingatkan keturunan portugis gitcchewwwww nama pon kan
Quote SalenaGomez 9-4-2024 06:42 PM
hyie replied at 9-4-2024 06:18 PM
sabronzo tu muslim noks, nama sheols sabrina tak silap..ke apa entah tu. Lagi dua tu tabby n angel ...

Selama ni ingat non. Baju pon seksi mcm non. X sangka sskjp uollsss
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 06:44 PM
SalenaGomez replied at 9-4-2024 06:42 PM
Lorrhhh…hahahahha ingatkan keturunan portugis gitcchewwwww  nama pon kan

Nama asal Wan Sabrina
Penah baca yg parents sheols asal sskjp..tp she asal kolompo la..tp dia ni pandai la..ada degree dr US sana..so takde la aku nk kecam sgt pun sbb bijak gak la budak ni
Idok le mcm ruhainis kemut stadi pun x abih tu
Quote beatgirlX 9-4-2024 06:46 PM
Maybe sb perjalanan karier skg terlebih liberal yg dia x sanggup?

Eh.. Tekaan je.. Apa pun all the best
Quote SalenaGomez 9-4-2024 06:50 PM
cmf_premierleag replied at 9-4-2024 06:44 PM
Nama asal Wan Sabrina
Penah baca yg parents sheols asal sskjp..tp she asal kolompo la..tp dia ni ...

Dolla ni semua member mmg further study kalau x silap. Maybe syasya ni nak sambung habiskan belaja kot
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 07:10 PM
SalenaGomez replied at 9-4-2024 06:50 PM
Dolla ni semua member mmg further study kalau x silap. Maybe syasya ni nak sambung habiskan belaja ...

Ha ah..grup dolla ni sume ada degree gitu
Idok le bimbo2 gitu
Quote sukanyanyi 9-4-2024 08:10 PM
Ala.. iols suka sya2 tu, selain tabby
Quote _kelly 9-4-2024 09:20 PM
dia ni yang perasan lisa bp tu kan
Quote asfaz 9-4-2024 09:34 PM
Cucu pelakon kan.
Quote jihah_kudat 9-4-2024 10:56 PM
aku baca ada kata dia kene keluar sebab label yg keluarkan sebab dia lagi famous antara ahli lain macam tak logic.patut label happy la lisa wannabe famous..adalah she bakalan buat solo acah2 lisa....sayang group dah start famous kat china tapi tibe2 undur diri masalah peribadi pulak tu..so fishy..
Quote mzzenma 10-4-2024 12:55 AM
dekat tiktok baca komen kata sheolls nak focus study..mmg tak dpt nak bagi komitmen kat dolla dah. She study something medical related tapi tak ingat benda apa..
Quote Aneem 10-4-2024 12:33 PM
SalenaGomez replied at 9-4-2024 05:59 PM
Kiranya skrg yg tinggal dlm group tu semua non muslim la kan

Sabronzo
Takleh brain bila org kat adia cantik
Quote amyza 10-4-2024 02:17 PM
Baru je viral video perform dekat china tu. Ntah lepas ni boleh lagi bagus ke makin melingkup. Tu yg payah group wanita, mesti berpecah. Mcm feminin/elite.
Quote aldinaa 10-4-2024 11:11 PM
Aneem replied at 10-4-2024 12:33 PM
Sabronzo
Takleh brain bila org kat adia cantik

Tapi cantik la, takde la buruk.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.226976 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top