CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ Bakal Berlangsung Ogos Ini Di Genting Highlands!

19-4-2024 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14224| Komen: 33

Description: Adakah anda peminat lagu ‘Purnama Merindu’, ‘Cindai’ dan ‘Anta Pernama’? Jika ya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati persembahan langsung daripada penyanyi tersohor negara, Datuk S ...

Adakah anda peminat lagu ‘Purnama Merindu’, ‘Cindai’ dan ‘Anta Pernama’? Jika ya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati persembahan langsung daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’.

Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini, jam 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Higlands.

Siti Nurhaliza merupakan ikon muzik Malaysia yang telah melangkah jauh dengan bakat vokalnya yang mantap sekali gus merupakan nadi penting dalam industri muzik negara.

Prestasinya yang gemilang dalam menerima pelbagai penghargaan muzik termasuklah anugerah tempatan dan antarabangsa seperti empat anugerah di MTV Asia Awards, tiga di World Music Awards, dan dua di Anugerah Muzik Indonesia membuktikan kejayaannya yang mengagumkan.

Ibu kepada dua cahaya itu juga pernah memenangi juara utama dalam pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan dan pemenang anugerah emas iaitu juara di pertandingan Shanghai Music Festival di Shanghai.


Kini, dia adalah antara artis yang paling berpengaruh dan diminati di Malaysia dengan penjualan rekod melebihi 6 juta unit. Siti Nurhaliza yang diberi jolokan sebagai ‘Voice of Asia’ dengan koleksi 20 album studio telah mencatat sejarah sebagai penyanyi Asia Tenggara pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall di London pada tahun 2005 dengan diiringi oleh London Symphony.

Selain itu, anak kelahiran Pahang itu terkenal kerana sering berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi tersohor antarabangsa seperti David Foster, Michael Bolton, Katharine McPhee, dan Gareth Gates dalam pelbagai acara muzik dan konsert.

Para peminat berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan diva terkenal itu sambil menikmati lebih daripada 20 untaian hits sepanjang karier muziknya sejak lebih dari 25 tahun pada malam konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’.

Saksikanlah persembahan yang menakjubkan penyanyi sensasi Malaysia yang akan turut menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Sitism. Nantikan malam fenomenal bersama Siti Nurhaliza di Arena of Stars pada 10 Ogos ini!

Tiket untuk konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ akan tersedia untuk dibeli pada 25 April ini mulai jam 12 tengah hari. Harga tiket adalah RM688 (VIP), RM498 (PS1), RM388 (PS2), dan RM248 (PS3).

Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan mata ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, kunjungi laman web rwgenting.com atau
myticket.asia.

Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-4-2024 10:17 AM
meols tak mampu noks...eh kat genting tu ada grab tak? pastu hotel mur2 belah mana?
Quote KamikuP 19-4-2024 10:28 AM
Byknya Siti buat konsert tahun ni termasuk kat Spore.. atok K tersunyum sinis sambil kira duit masyukkkk.. ekekekek
Quote jalfa 19-4-2024 10:30 AM
Ada je grab turun naik genting tu ......sakan tok t berkonsert tahun ni.
Quote Orix 19-4-2024 10:52 AM
Arena of stars ni iols x suka sbb panas meskipun Genting tu sejuk tp bila dah 5k dalam tu panas berpeluh hurkeh ! Ke sebab ms iols pegi dlu aircond diorg rosak ? [em:10:]
Quote freyayong 19-4-2024 10:57 AM
nak pergi ke tak eh... rasa nak sgt pergi... tp dlm masa yg sama berkira2 sbb genting tu jauh gak la... adoii
Quote badai 19-4-2024 11:01 AM
tak bosan ke
Quote Duta lover 19-4-2024 11:35 AM
Baru tahu masa ramadan aritu..ada je a few concerts kat Indonesia. Teringat time ctdk nk buat konsert, belum ramadan lagi pun dah kena kecam.
Quote mamaneesa 19-4-2024 11:50 AM
uish...dari thn lepas tokti non stop buat konsert ni, all out betul ni...
Quote tintin22 19-4-2024 11:57 AM
Duta lover replied at 19-4-2024 11:35 AM
Baru tahu masa ramadan aritu..ada je a few concerts kat Indonesia. Teringat time ctdk nk buat konser ...

i see,konsert retis local ke?
Quote ezacbee 19-4-2024 03:38 PM
Tengah ada stamina kasi lenjan laa.. kang dah semput xde konsert dah.

Quote sleepandream 19-4-2024 04:19 PM
iols sarankan kpd yg jarang pergi konsert sila lah pergi...
sementara suara sheols masih padu... besok2 umur sheols dah 50an stamina pun dah tak sama punya... penyanyi bbnu la ni nyanyi satu lagu pun pengsan2 la demam la nafas pendek la... choiii sgt...


nak hotel mur mur rasanya chuols kena duduk bawah area GPO tu... tapi take note yach cable car tutup pukul berapa... rasanya mmg kena bawa naik kereta sampai atas...
Quote Tukul.Besi 20-4-2024 02:07 PM
Jom booking Amber Court alang2 dekat
Quote noor2 20-4-2024 02:56 PM
Selagi ada permintaan.  Peminat2 siti mmg x jemu2 lagu2 CT...untung lah..artis lain2 x de pun mcm ni..
Quote noor2 20-4-2024 02:58 PM
Ko ni kan cari-HBZ...thread ko bila ada org komen ko tahu pulak gerakkan kat atas
..thread org lain terutama forumer biasa ko letak kat situ je kan....elokla ko dipanah petir salah guna kuasa
Quote cikenit2007 20-4-2024 07:12 PM
Konser lagi...untung lagi...wow wow wow...hahahaha
Quote Cokoro 20-4-2024 08:21 PM
Peminat2 ct mmg tak jemu2 kan pergi konsert ct. iols mcm wowzer jgk lah
Quote Aneem 20-4-2024 08:25 PM
Aku sorang je ke rasa tokti bekerja berhempas pulas. Penat aku menengokkan beliau. Aku peminat tokti ya wpun bukan ctzoners.
Quote chanthik 20-4-2024 08:41 PM
Aneem replied at 20-4-2024 08:25 PM
Aku sorang je ke rasa tokti bekerja berhempas pulas. Penat aku menengokkan beliau. Aku peminat tokti ...

sementara boleh bekerja sis, nak ikutkan lama jugak sheols rehat dari aktif macam ni , tahun ni baru menggila sikit

I speku konsert-konsert ni motivasi dia untuk tak terbabas berdiet, selalu kan sheols akan kurus kejap lepastu gemuk balik, sekarang ni back to back konsert, haruslah makin slim

Bila slim, vokal pun padu! Masa Epitome tu pun dah cukup meremang dengar vocal dia

Quote krustykrab 20-4-2024 08:43 PM
KamikuP replied at 19-4-2024 10:28 AM
Byknya Siti buat konsert tahun ni termasuk kat Spore.. atok K tersunyum sinis sambil kira duit masyu ...

Kaya ..kaya ..kaya
Selamat hari kaya
Kami ucapkan kepada pemenat bodoh

Habih la kejap lagi mesti troopers dtg kecam iols

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049556 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top