CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Memang Saya Beri Ceramah Percuma..” – Berjaya Direman, Tiga Jam Naim Daniel ‘Basuh’ Individu Komen Ugut Bunuh Ibu Bapa

11-6-2024 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1839| Komen: 4

Description: Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akhirnya berkesempatan untuk bersemuka dengan lelaki yang telah direman polis setelah dilaporkan meninggalkan komen berunsur ancaman kepada keluarga penyanyi tersebut.

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akhirnya berkesempatan untuk bersemuka dengan lelaki yang telah direman polis setelah dilaporkan meninggalkan komen berunsur ancaman kepada keluarga penyanyi tersebut.

Menurut Naim, ketika berjumpa dengan pelaku berkenaan, dia telah meluangkan masa selama tiga jam ‘membasuh’ individu tersebut untuk memberi kesedaran.

"Pada waktu itu, saya lihat dia dalam keadaan bergari. Saya terus tanya pada dia, ‘kau tak menyesal ke masuk penjara semata-mata kecam aku?’ Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya dia sedar dengan apa yang dia buat.
 
"Namun, dia hanya jawab pada saya tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut-ikut dengan orang lain. Terus saya rasa macam tergamam sekejap."

Pada masa yang sama, penyanyi ini turut memberitahu dia telah memadam ribuan komen negatif yang ditinggalkan di hantarannya. Malah, dia telah berdamai dengan netizen dengan menganggap setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.



"Saya dah padam 2,000 komen berbaur negatif dalam video saya. Malah, saya pun dah mula berdamai dengan masyarakat dan mungkin fahaman mereka agak berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan pada waktu itu."
 
"Saya tidak menyalahkan mereka. Mungkin cara penyampaian sendiri pun salah sehingga mereka berani melakukan tindakan sebegitu rupa."

Sebelum ini, Naim telah membuat laporan polis terhadap individu yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih susulan Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2023 di media sosial.

SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-6-2024 09:20 AM
tiga jam? apa je yang ponen ni membebel tiga jam? ye ye dok si nonok ni... mulut dia kat twt(x) pun macam ponen indenial dia ponen... hahahha
Quote jalfa 12-6-2024 09:46 AM
Tiga jam..cikgu cikgu yg kuat membebel pon paling paling dua jam dah serender
Quote supernaturalee 12-6-2024 03:53 PM
prince_marhaen replied at 12-6-2024 09:20 AM
tiga jam? apa je yang ponen ni membebel tiga jam? ye ye dok si nonok ni... mulut dia kat twt(x) pun  ...

kannn obviously
Quote HappyGumbira 12-6-2024 03:56 PM
bagus la jugak ambik tindakan, kadang2 netizen ni melampaui batas, just because duduk belakang keyboard

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 2.100372 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top