CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Salah Saya - Rebecca Nur Al Islam Minta Maaf Dedah Rambut

12-1-2017 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 21188| Komen: 124|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Baru-baru ini pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dikritik kerana memuat naik gambar yang menampakkan sebahagian rambutnya menerusi Instagram.

Baru-baru ini pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dikritik kerana memuat naik gambar yang menampakkan sebahagian rambutnya menerusi Instagram. 


Gambar tersebut diambil ketika Rebecca bersama keluarga bercuti di negara Matahari Terbit, Jepun. Pelakon ini memang diketahui sudah berhijrah mengenakan hijab sejak 2014 lagi sekaligus menyebabkan ramai tertanya-tanya dengan tindakannya itu. 

Menerusi portal Astro Gempak, Rebecca mengakui itu merupakan salah dirinya kerana memuat naik gambar yang menunjukkan seolah-olah tudungnya 'terbang' ketika di Jepun. 

"Gambar itu diambil ketika saya dan keluarga bercuti di Jepun. Untuk memudahkan pergerakan saya di sana serta keselesaan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, saya memakai anak tudung dan menutupi kepala saya dengan hoodie.

“Keadaan di sana juga sangat berbeza berbanding Malaysia. Cuaca juga sangat sejuk dan angin pun bertiup sangat kencang. Saya tidak perasan rambut terkeluar.


“Menjadi kesilapan saya sendiri apabila saya memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. Adat menjadi manusia, tiada yang sempurna,” terangnya. 


Dia juga meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dirinya yang kini masih lagi dalam proses belajar. 

“Apa yang penting, saya mahu menjadi diri sendiri. Walaupun saya sudah berhijab, saya masih dalam proses pembelajaran. Perubahan yang berlaku dalam diri saya terjadi secara perlahan-lahan. Perubahan ke arah kebaikan terjadi setiap hari, sedikit demi sedikit. Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk diri saya,” ujarnya lagi. - CARI 

Foto: IG Rebecca
26

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
30

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bini_fl 12-1-2017 10:41 AM
Apa pulak minta maaf pada manusia..minta maaf pada Tuhan laa bekah cc @kerani_je .. *mode setazah
Quote mieymiey 12-1-2017 10:48 AM
Memang la salah diri sendiri, takkan salah akak akak forum pulekkkk
Quote amyainsamad 12-1-2017 10:49 AM
BOOOOOO......
Quote cikperiukkera 12-1-2017 10:50 AM
Oh wellll...kt luar negara xde tuhan agaknya. Statement pn bimbo pdahal anak dh berderet2..feeling bbnu gitewww. Matilanak iols kne lahar dgn robekah kerani jerrr skjp lg
Quote juecy 12-1-2017 10:50 AM
Hanya Allah Maha mengetahui apa pun jua alasan hamba2 Nya...
Semuga Allah senantiasa memberikan hidayah buat dia, saya dan kita semua... Aamiin
Quote neez_cookies 12-1-2017 10:51 AM
Apa ingat Tuhan ada kat Malaysia je ke
Quote neez_cookies 12-1-2017 10:51 AM
Apa ingat Tuhan ada kat Malaysia je ke
Quote tobobon 12-1-2017 10:53 AM
kesian sheols dah minta maaf pun masih dicerca
Quote mewo 12-1-2017 11:17 AM
Iya la bekah.. Yang penting mesti sedondon..

Quote user2012 12-1-2017 11:17 AM
bini_fl replied at 12-1-2017 10:41 AM
Apa pulak minta maaf pada manusia..minta maaf pada Tuhan laa bekah cc @kerani_je .. *mode setazah

Dah manusia pon feeling boleh jatuhkan hukuman harus dia pon confuse
Quote doubleA 12-1-2017 11:21 AM
Angin sangat kencang sampai rambut terkeluar typhoon kah

Typhoon kalau tak keluar rumah dah
Pape jelah bekahhhhh
Quote matchstick 12-1-2017 11:22 AM
luasnya dahi
Quote kodoksilver 12-1-2017 11:25 AM
kutip tacang
Quote kiah_mai_pulak 12-1-2017 11:28 AM
Drp duit habis pegi melancong and beli beg mahal2 apa kata bekah ko tolong bawak laki ko tu p operate mata., biar nmpk senonoh sikit berkepit ngn kau..
Quote CrowneGlory 12-1-2017 11:29 AM
tgk muka laki sheolls teringat erma panggil berudu...tetiba akak nk setuju plak dgn erma...
Quote seattle 12-1-2017 11:29 AM
ada satu video dia amek pat jepun baru baru ni,  kejutan tengah malam bawak cake masuk bilik kawan dia.  masatu, memang tak berselendang lansung, rambut megerbang macam pontianak tengah malam      ada angin kencang tiup dalam bilik jugak ke   
Quote mieymiey 12-1-2017 11:34 AM
“Apa yang penting, saya mahu menjadi diri sendiri"

Statement sheols pun dah ala-ala nak mengidolakan Uqasha.
Quote meklalala 12-1-2017 11:39 AM
apa yang perati kan kebanyakkan public figure dekat malaysia ni bila pergi ke luar negara yang mana bertdudung tu mesti tudung entah kemana, bukan buang terus, ada tetap ada atas kepala tapi mesti akan tunjukkann rambut..mek pelik lah! kenapa ya? boleh sesiapa tolong jawabkan..
Quote whadda 12-1-2017 11:41 AM
pilihan di tangan kite sebelum nak publish gambar kat medsoc..

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069226 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top