CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Peduli Kata Orang, Sarah Kini Guna Harness Untuk Anaknya

12-1-2017 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10046| Komen: 51|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Selepas insiden menakutkan kehilangan anaknya, Zakira Talita Zahra, 3 tempoh hari penyanyi Siti Sarah nekad untuk melakukan sesuatu bagi membendung kejadian serupa berulang.

Selepas insiden menakutkan kehilangan anaknya, Zakira Talita Zahra, 3 tempoh hari penyanyi Siti Sarah nekad untuk melakukan sesuatu bagi membendung kejadian serupa berulang. 


Memetik laporan Berita Harian, Sarah kini menggunakan abah-abah keselamatan atau harness bila membawa anak keluar berjalan atau bersiar-siar. 

"Biarlah apa orang kata kerana yang penting keselamatan anak-anak saya. Saya tidak mahu membawa anak keluar tanpa bantuan 'harness'. Saya enggan mengambil sebarang risiko lagi. 

"Saya akui salah saya kerana tidak mengambil langkah keselamatan sebegini lebih awal lagi. Sukar untuk saya gambarkan insiden cemas yang berlaku dalam sekelip mata itu. Alhamdulillah anak saya, Talita ditemui dalam keadaan selamat di stesen monorel berdekatan. 


"Mustahil anak saya yang berusia tiga tahun boleh keluar sendiri dari pusat membeli belah dan menuju ke stesen monorel. Namun, saya tidak dapat mengumpul butiran lanjut kerana kelemahan televisyen litar tertutup (cctv) di premis berkenaan," terangnya. 

Benar kata Sarah, yang penting keselamatan anaknya terjamin dan bukannya kata-kata negatif orang lain yang diambil berat. - CARI 

Foto: IG Sarah
35

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
29

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Budakmomok 12-1-2017 11:53 AM
alamak nasib x naik monorel.
Quote munchkin 12-1-2017 12:05 PM
Lahhh tak sangka sampai ke situ. Ingatkan hilang kat tempat tu saja.

I pun rasa anak dia takdelah boleh sampai ke monorel seorang diri. Scary oi
Quote nuralisa 12-1-2017 12:09 PM
ada ... shuib ada bgtau kat radio.. yg bapak mertua dia gi tanya org ..
anak dia sampai stesen monorel  ..
Quote mesmerize 12-1-2017 12:17 PM
anak dia jalan sendiri sampai ke monorel ke? ke ada orang buat cubaan culik tapi tinggalkan kat monorel je?

scary nya.. dah la budak2 skrg bole tahan hyper n explorer.. kena pandang dia je 24 jam.. kalau tak segala benda2 pelik dibuatnya.. bagus la sarah guna harness kat talita skrg.. ikat ketat2.. dulu schawal pakaikan harness kat lara ramai orang kecam.. nah skrg harap semua boleh paham kenapa certain anak mm patut dipakaikan harness.
Quote cassriena 12-1-2017 12:20 PM
Sbb Msia ni tak selamat dah...So aku sokong aje pakai harness. Alangkan budak sekolah menengah pun boleh hilang, apatah lg anak Sarah nii yang tadika pun belum
Quote gadiz 12-1-2017 12:31 PM
Mana nk cari harness ni ye?
Quote mrsT 12-1-2017 12:50 PM
gadiz replied at 12-1-2017 12:31 PM
Mana nk cari harness ni ye?

ahah... maner nak carik errkk

Quote asmara_me 12-1-2017 12:53 PM
Kat meletop Sarah cakap, mmg masa tu dia tengah tengok baju, dia ada panggil, anak dia sahut, nthen after 5 10 second panggil balik, terus takde berbalas sahut Sarah .. seram weh ..
Quote makneng 12-1-2017 01:13 PM
Pakai kan aja. Dulik apa org nak kata.  Better safe than sorry ye
Quote Hana 12-1-2017 01:16 PM
sarah ni sopping kat mana aritu?
Quote Jentayupink 12-1-2017 01:36 PM
mrsT replied at 12-1-2017 12:50 PM
ahah... maner nak carik errkk

Kat kdi barangan baby ade jual...kat manjakau baby..QQ baby shop..online pun ade...skrg harness byk stail...  
Quote pocongkiutss 12-1-2017 01:38 PM
Omg seramnya..camne leh sampai ke monorel

Memang sah ada org yg tarik anak dia
Quote babydoll 12-1-2017 01:41 PM
mak ai!! scary nye! pakaikan je Sarah. do whatever u can to protect your own child. klo jadi ape2, bukan org yg dok mengata tu tanggung. org lain pandai ckp je
Quote Jentayupink 12-1-2017 01:42 PM
Memula mmgla org tgk pelik siap pndg mcm kita bwk hape je...klu anak yg jns xnk kene pegang..lari sana sini..dah tu berat smpi 14 15 kg sanggupke dok dukung aje...duk stroller ke troley ke klu xmau jgk kan payah tu...
Quote lasagna 12-1-2017 02:35 PM
haaa beli jer harness tu.. berlambak jual kat laz*da. murah ada mahal ada.. ok sarah?
Quote takayama 12-1-2017 03:01 PM
xper sarah, jgn dulik org nk kata apa, itu anak ko kang klu jadik lagi mahu haru biru jdnya
hanya org yg dah rs terhilang aje yg paham camner perasaan seorg mak ni
Quote azimodin 12-1-2017 04:46 PM
Aku baru nak traain anak pakai harness tapi risau jugak sebab dia asyik berlari. karang tersungkur. Mungkin kena train pakai masa jalan2 playground dulu sebelum cuba kat shopping mall. anak aku pon baru 2 tahun, nak explain pasal safety pon dia bukan faham.
Quote bobok_berhabok 12-1-2017 04:49 PM
biaq p la ape orang nak kata , bukan kita tambat anak kat pokok kelapa pon
Quote ReginaGeorge 12-1-2017 05:50 PM
Kecuaian boleh berlaku pada sesape pon. Langkah yang bagus sarah

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.080537 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top