CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Jual Tempoyak RM6 Pun, Orang Kata Artis Jual Mahal, Apo!" - Sharifah Shahira

16-8-2019 04:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17080| Komen: 123|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: shiera-lum "Asal artis ja jual mahal, tak nak sudah, namamu Dollah, hehekmu sebelah. "Comel ja gurauan dari aktres, deejay dan pengacara Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan Syira Ijoy. Cer ...
shiera-lum

"Asal artis ja jual mahal,  tak nak sudah,  namamu Dollah,  hehekmu sebelah. "

Comel ja gurauan dari aktres, deejay dan pengacara Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan Syira Ijoy. Ceritanya Shiera menjual tempoyak yang dibuatnya sendiri,  tetapi ramai pula yang mengata kalau artis yang menjual,  mesti cekik darah. 

Walhal produk tersebut dibuat bermula dengan membeli durian dari Pahang, kemudian  ibu mertuanya pula membuat tempoyak sehingga akhirnya dibungkus oleh Syira sendiri. 

Jadi proses tersebut memakan masa, wang dan tenaga. Harga RM6 sebekas pun dikatakan mahal oleh sesetengah pihak. 



Jadi,  apabila ianya habis dijual, Syira merasakan ianya tidak berbaloi dengan tenaga dan masa yang dicurahkan kerana ada yang minta diskaun setelah membeli 4 bekas. Syira turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakannya yang tidak berkira. 

foto : IG

Lagi pula suaminya, Ijoy turut memarahinya kerana cuma untung RM6 sahaja membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak berniaga lagi.

foto : IG
Bagaimanapun, hari ini Syira menjelaskan yang dia kembali berniaga tetapi terpaksa menaikkan harga dari RM6 kepada RM9 untuk sebekas tempoyak. 

Maklumlah, tidak mudah untuk meniaga sebenarnya,  tetapi setelah berbincang dengan suaminya,  ia akan diteruskan memandangkan isi durian pun masih banyak lagi. 

Comel ja Syira membebel-bebel. Jadi,  bagi siapa yang nak membeli silakan, yang tak nak janganlah mengata.  Sebab rasanya ia harga yang berpatutan dan tidaklah mencekik darah seperti yang diperkatakan.  Jangan putus asa ya! - CARI 


3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-8-2019 04:39 PM
Aku suka tempoyakkkk.. Yummyyyy
Quote seri_mawr 16-8-2019 04:45 PM
ok la rm9 tu....ingat senang ke nak buat..tu blm kira yang buat selekeh lagi...

rm40-60 sekilo klu area2 kg....
tu silap gaya ada yang campur dgn pisang la...tepung la...
bukan 100% durian...



Quote Telolet 16-8-2019 04:46 PM
so murah ke mahal sebenarnya rega tempoyak tu? iols tak penah beli tempoyak lol
Quote zie_indah 16-8-2019 04:49 PM
Murahlah sebekas gitu Ada yg jual rm10.
Quote prettyuglybabe 16-8-2019 04:54 PM
nak murah buat sendiri la..
dah tentu kita tau pure durian takde campur apa..
kebersihan pun terjamin..
tengah musim ni, ada berpuluh balang tempoyak kitaorang..
penuh satu peti dah..
pakai sikit beli buat tambahnya banyak
Quote cewekbopot 16-8-2019 04:54 PM
seri_mawr replied at 16-8-2019 04:45 PM
ok la rm9 tu....ingat senang ke nak buat..tu blm kira yang buat selekeh lagi...

rm40-60 sekilo kl ...

tak penah bli tempoyak...ada pula campur2 ngan pisang/tepung?????
aduhai laaa


Quote lyza2474 16-8-2019 05:00 PM
murahlah harga tu
Quote sukacactus 16-8-2019 05:04 PM
Sebagai pemakan tempoyak, aku rasa dia jual murah dah ru
Apa, org igt retis ni kaya, tu yg mintak2 diskaun tu
Quote sarah82 16-8-2019 05:05 PM
Aku x makan tempoyak.. Sebab makan ja demam.. Makan ja demam.. Jadi aku tak tau harga.

Tapi aku rasa murah la.. Sbb biasanya bekas tu mau dekat rm8 - rm10.

Quote noraidil_06 16-8-2019 05:08 PM
Aiyo jgn la jual rm6. Murah amat
Quote buapakperut 16-8-2019 05:09 PM
sedapnya tempoyakkk
Quote fa1982 16-8-2019 05:12 PM
Murah dah tu harga utk seorang retis jual
Quote jerukkedondong 16-8-2019 05:22 PM
Murah lh bekas besar tu 6 rm...hari tu gi kenduri anak murid teman nginggah di pekan Parit..mokkkkkk deme juai poyak bekas beso tu le..15 rm...nahhhhh..yg juai nya pun acik comot je...idok seksi pun...ughh
Quote palmolive 16-8-2019 05:24 PM
yg kata mahal pasal nak mintak free
Quote piep 16-8-2019 05:45 PM
ok la harga tu, ingt nak kupas nak durian lagi.. dah x ditimbang tempoyak tu pakat senduk je.. nmpk banyak jugak la dengan harga tu. MIL kt pulak bagi tempoyak dulu sebekas besar, tak habis separuh pon dikasi lagi sebekas hahah
Quote clara_nur 16-8-2019 05:54 PM

yg jual mahal tu mcm CIKB..
Quote ezacbee 16-8-2019 05:57 PM
Ni kira murah laa rm6.
Tempat aku rm10.
Dorg ni nak harga singgit ke free
Quote umbut 16-8-2019 06:02 PM
6.00??? Murahler
Biasa 10.00 .. ada yg 15.00


Quote AwanCikDania 16-8-2019 06:13 PM
Murah dah tu acik shiera jual. Nak minta diskaun pun beragak lah.

Huhuhu nasib baik lah mil yg ada dusun durian always bekalkan tempoyak. Kualiti pun terjamin. Nak beli kat luar mahal uollss. Yg packing dlm plastik kecil je dah 5 hinggit. Itu pun klu buat sambal sekali mkn je.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.339018 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top