CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Tinggalkan Nota Kononnya Pelarian Rohingya Yang Mencuri

20-8-2019 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2454| Komen: 19

Description: Seakan rasa bersalah, seorang penjenayah yang memecah masuk tiga premis di Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Alor Gajah meninggalkan nota mohon maaf.Bagaimanapun, ...
Seakan rasa bersalah, seorang penjenayah yang memecah masuk tiga premis di Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Alor Gajah meninggalkan nota mohon maaf.


Bagaimanapun, nota berbunyi "Maafi ya bersepah Rohinga" dipercayai ditampal pada dinding bertujuan untuk mengelirukan polis, petik laporan Harian Metro. 

“Penjenayah dipercayai memecah masuk pada waktu malam atau awal pagi tadi dengan mengumpil tingkap dan mengopak besi jeriji sebelum melarikan seunit komputer riba, seunit telefon bimbit, lampin pakai buang dan duit syiling.

Kredit foto: Harian Metro

“Yang peliknya beg plastik berisi bahan makanan seperti beras, gula, susu dan seumpamanya dikoyakkan tetapi yang dicuri hanya gula, kata Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Zairi Suboh. 


Dipercayai nota itu bertujuan mengelirukan pihak polis kononnya jenayah dilakukan oleh pelarian Rohingya. 

Selain pejabat, turut dipecah masuk Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Mawaddah dan TADIKA Permata Negara yang bersebelahan pejabat berkenaan. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 20-8-2019 06:55 PM
Jahatnya manusia jenis ni, dah buat jahat tuduh orang lain pula.
Quote mata_kucing 20-8-2019 08:15 PM
Maafi = jawa word
Quote Kurex 20-8-2019 08:20 PM
Yindonnnnnnn
Quote glump 20-8-2019 08:31 PM
Emm nk mencuri balik kg naik feri, jenuh cari.. Gitu ke...
Quote Pink_Purple 20-8-2019 08:41 PM
siap tulis lagi tu, ingt polis bodo mcm dia...
Quote Lalalili66778 20-8-2019 10:29 PM
Alhaiiii.. cerdiknyaaa
Quote matchstick 20-8-2019 10:59 PM
Rohingya menulis dlm bahasa Indon
Quote shernazz 20-8-2019 11:28 PM
Naseb xde milo.habis licin disebat dek indon penyamun tarbus neh nnt
Quote lilynadia 20-8-2019 11:43 PM
https://www.youtube.com/watch?v=PFQTHHDCQfo
Quote Belanga_Tefal 21-8-2019 12:14 AM
Hang curi hg tuduh org pulak noh... celaka punya perangai!
Quote buapakperut 21-8-2019 12:32 AM
Indon ni nak try ilmu
Quote diss69 21-8-2019 09:39 AM
Senang je tuduh2 org rohingya..
Quote diggerr 21-8-2019 10:13 AM
Nice try hahahah
Quote ketambangkang 21-8-2019 10:51 AM
pampers pon dia curi? ala mcm kesian lah pulak..mesti xde duit nk beli pampers ank
Quote Loloq89 21-8-2019 11:46 AM
haha..

pndai dia buat lawak
Quote Artemesiaa 21-8-2019 11:50 AM
Dah macam jadi kebiasaan kebanyakan orang sendiri buat salah orang lain juga dituduhnya untuk tutup kesalahan sendiri
Quote Foxey 21-8-2019 01:13 PM
Eja Rohingya pun tak betul, ada hati nak tuduh orang

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066751 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top