CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dego Ride Diharamkan, Gojek Bakal Diperkenalkan - Kerajaan Lebihkan Syarikat Asing?

21-8-2019 12:52 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3632| Komen: 18|Original author: Oleh: natrahn

Description: Perkhidmatan perkongsian motosikal popular di negara asing seperti di Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Kredit Foto - Google

Perkhidmatan perkongsian motosikal popular di negara asing seperti di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Oleh itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhasrat memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Walau bagaimanapun, cadangan Syed Saddiq mahu memperkenalkan perkhidmatan Gojek di Malaysia mengundang kritikan bahawa kementeriannya hanya menyokong syarikat asing berbanding syarikat tempatan Dego Ride, yang diharamkan operasinya pada 2017.


Kredit Foto - Free Malaysia Today


"Industri perkhidmatan perkongsian motosikal tidak akan dimonopoli oleh perusahaan Indonesia Go-Jek", kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memetik laporan The Star. 

"Ini bukan hanya untuk Go-Jek. Kita lupa bahawa kita mempunyai Dego Ride, yang telah menggajikan ribuan penunggang motorsikal. Penunggang motorsikal menyukainya, mereka dibayar dengan baik dan Dego Ride adalah alternatif yang bagus" kata Syed lagi.




Terdahulu, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan membanteras perkhidmatan teksi motosikal atas alasan ia mengundang risiko kemalangan lebih tinggi. 

Pada September 2018, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan bahwa Dego Ride tidak akan diluluskan untuk beroperasi kerana masalah keselamatan.

Dego Ride milik anak tempatan sepenuhnya yang diasaskan Nabil Faisal Bamadhaj mula diperkenalkan pada 2017 telah kembali beroperasi kembali walaupun tanpa kelulusan kerajaan awal September 2018 lalu di kawasan sekitar Lembah Klang termasuk Bangsar dan Jalan Raja Laut berikutan menerima permintaan tinggi dan mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.


Nabil Faisal Bamadhaj - Pengasas Dego Ride

Nabil Faisal Bamadhaj telah berjumpa sekali lagi dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan yakin bahawa Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan bersetuju untuk membenarkan Dego Ride kembali beroperasi kerana telah melakukan beberapa penambahbaikan bagi menjamin keselamatan penunggang dan pembonceng.

Kabinet dijangka akan memberi keputusan mengenai Gojek pada 21 Ogos 2019. 

Penulis berpendapat, keutamaan harus diberikan kepada anak tempatan atau syarikat tempatan ataupun perkhidmatan ini harus dikendalikan syarikat tempatan dengan memfokuskan pemindahan ilmu dari syarikat besar yang sudah berjaya membawa industri ini ke tahap yang membanggakan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-8-2019 01:15 PM
Nak try la.. Kot2 dapat yg hensem
Quote kookie92 21-8-2019 01:29 PM
orang nak bg negara lagi maju.... ni hmmmmmmmmmm
Quote haryatie 21-8-2019 01:35 PM
seram jerk nak guna
utk lelaki sesuai la kut..utk prempuan eeee..
x tau nak duduk mcm mana
nak pegang kat mana
lg pun membahayakan jerk
hilang lutut..atau kaki ke
xde la tringin nak guna

Quote kualibesi 21-8-2019 01:44 PM
gojek dengan laki je laa uolls. grab gigih la lagi naik ramai2
Quote meow_tompok 21-8-2019 01:49 PM
mohon kembalikan dego, diterajui org melayu
sedih bila baca keluhan2 org dibuang kerja, graduan tak dpt kerja sbb tak pandai ckp mandarin, pandai ckp mandarin pun still company cina taknak hire
mana2 yg menentang/menghalang bangsa melayu menguasi ekonomi Malaysia, mohon pangkah sajlaah mereka ni.

Pekerja Utusan yg tak dibayar gaji berbulan, bolelah apply. Ada la duit drpd takde kan



Quote mamapea 21-8-2019 01:50 PM
kalau kt malaysia ni aku mmg x berani nak naik...
tp kalau ke indonesia aku naik jer gojek & grab ride...
mungkin cara pemanduan kt sini & sana berbeza...
Quote meow_tompok 21-8-2019 01:51 PM
kualibesi replied at 21-8-2019 01:44 PM
gojek dengan laki je laa uolls. grab gigih la lagi naik ramai2

foodpanda pun ada je rider pompuan, yg ni tak mustahil ada rider pompuan gak

agak2 esok aku malas nak bawak kete pegi pasar, bolelah aku jadik acik melanggan gojek


Quote natrahn 21-8-2019 02:43 PM
Kurex replied at 21-8-2019 01:15 PM
Nak try la.. Kot2 dapat yg hensem

kurex hahahahaha
Quote natrahn 21-8-2019 02:45 PM
haryatie replied at 21-8-2019 01:35 PM
seram jerk nak guna
utk lelaki sesuai la kut..utk prempuan eeee..
x tau nak duduk mcm mana

yang sekarang dego ride dalam radius 3km je.. tak jauh... pasal rider perempuan tak sure tapi rider sume di bawah pemantauan sistem gps..so tak boel bawa laju..
Quote Artemesiaa 21-8-2019 03:22 PM
Masa travel di Indonesia nampak Gojek ni selain tolong hantarkan orang mereka juga buat service pernghantaran makanan sama
Quote RatuDunia94 21-8-2019 03:54 PM
Kurex: Nak try la.. Kot2 dapat yg hensem


Ke cuols yg jd rider gojek tu.. pastu cr customer jantan helok2 je.. pastu kena peluk dr belakang?
Quote natrahn 21-8-2019 04:10 PM
Artemesiaa replied at 21-8-2019 03:22 PM
Masa travel di Indonesia nampak Gojek ni selain tolong hantarkan orang mereka juga buat service pern ...

Gojek Indon banyak cabang services selain hantar orang, hantar barang, kirim barang, hantar makanan..
Quote sfrnna 21-8-2019 04:47 PM
hmm. ekonomi x menentu ramai buat grab la, food panda la, sekarang gojek. Smlam iols baru nampak mamat foodpanda melawan arus sbb dekat sikit ja dgn restoran yg dia nak p tu. orang bawak moto ni kalau bukan salah dia pun boleh patah riuk kalau accident. dah accident lagi la susah nak cari makan. Org malaysia ni, especially penang  dahla drive macam apaaa. yg buat gojek grab ni semua mesti kena kejar trip jugak kan.. hmm
Quote Lalalili66778 21-8-2019 07:58 PM
Aku setuju je.. baru rsa cam ada pakwe.. muahehehege
Quote natrahn 21-8-2019 08:04 PM
Lalalili66778 replied at 21-8-2019 07:58 PM
Aku setuju je.. baru rsa cam ada pakwe.. muahehehege

hahahahaha... tak pernah terfikir alasan ni
Quote diggerr 21-8-2019 09:22 PM
Approve dego dan gojek. Nanti akan ade competitive harga
Quote eizarz 21-8-2019 09:27 PM
idea menteri bbnu...konsep asal ade benda nak buat..nampak mcm ada kerja...
Quote eizarz 21-8-2019 09:31 PM
idea menteri bbnu...konsep asal ade benda nak buat,ini untuk negara mundur je la mangkuk..konon2 nampak mcm ada kerja...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070563 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top