CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Remaja Termasuk Budak 12 Tahun Bakar Rumah Sebab Bosan

14-4-2021 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2960| Komen: 14

Description: Gara-gara kebosanan, empat remaja perempuan di Pennsylvania, Amerika Syarikat membuat kerja gila dengan membakar sebuah rumah.
Gara-gara kebosanan, empat remaja perempuan di Pennsylvania, Amerika Syarikat membuat kerja gila dengan membakar sebuah rumah.

Mereka didakwa membakar rumah tidak berpenghuni di Pennsylvania sebelum memuat naik rakaman kebakaran itu di Snapchat.



Gambar hiasan

Memetik New York Post, polis menggunakan hantaran di media sosial itu bagi mengenal pasti suspek sebelum menahan empat remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 April lalu di sebuah rumah jenis duplex di Ferndale.

Ketua Polis Ferndale, John Blake berkata, remaja perempuan itu membuat pengakuan mereka membakar rumah itu kerana kebosanan.

Katanya, mereka menggunakan beberapa penyembur aerosol termasuk untuk serangga dan lysol untuk menyalakan api.

Sementara itu laporan menyebut, seorang pegawai polis dan bomba mengalami kecederaan ringan semasa memadamkan kebakaran itu.


Remaja berkenaan didakwa melakukan pembakaran, menyebabkan malapetaka, menceroboh dan membahayakan orang lain.

Mereka dibebaskan dan perbicaraan kes mereka akan berlangsung di mahkamah juvana di Cambria.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 14-4-2021 08:07 AM
Tak berpenghuni tak bermakna takde tuan
Sakit jiwa budak2 ni
Patut kena kaunseling sebagai hukuman
Quote DayangKirana 14-4-2021 08:11 AM
sesaje membakar sebab bosan?
bahaya ni.. ade ciri2 pyromaniac..
Quote Nana_Man 14-4-2021 08:15 AM
Bagi covid virus kt budak2 tu bagus. Biar tak bosan.
Quote BoongaKertas 14-4-2021 08:19 AM
Nana_Man replied at 14-4-2021 12:15 AM
Bagi covid virus kt budak2 tu bagus. Biar tak bosan.

legit cadangan ni. hahahah! tp kang bosan2, dia bantai batuk dpn nurse or doc plak sbb bosan dok isolated, so nak infect semua org plak.
Quote Nana_Man 14-4-2021 08:46 AM
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:19 AM
legit cadangan ni. hahahah! tp kang bosan2, dia bantai batuk dpn nurse or doc plak sbb bosan dok i ...

Hahaha.. bakar je lah budak2 tu... biar kojol cepat.
Quote haryatie 14-4-2021 08:51 AM
bebal betul
macam la xde keje lain yg lebih baik utk dibuat
nk hilangkan bosan tu
Quote BoongaKertas 14-4-2021 08:51 AM
Nana_Man replied at 14-4-2021 12:46 AM
Hahaha.. bakar je lah budak2 tu... biar kojol cepat.

agree, kecil2 dah mental mcm ni. besar nnti taktaulah mcm mana
Quote mrsbale 14-4-2021 09:03 AM
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:51 AM
agree, kecil2 dah mental mcm ni. besar nnti taktaulah mcm mana

Kalau tgk channel CI astrok tu, most serial killers dulu masa kanak2 suka abuse animals, buli others, main api (arson) etc for fun..
Bdk2 sekrg lak jenis do anything for socmed.
Quote Nana_Man 14-4-2021 09:29 AM
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:51 AM
agree, kecil2 dah mental mcm ni. besar nnti taktaulah mcm mana

Tu sbb kt US tu smpi ada channel Crime and Investigation. Citer pasal young killers pun ada.
Quote chinta89 14-4-2021 11:21 AM
besar2 nt jd ape laaaaaaaaa...
Quote tipah89 14-4-2021 01:36 PM
ingat bakar rumah sendiri, rupanya bakar rumah orang.
Quote gigahertz 14-4-2021 10:54 PM
DayangKirana replied at 14-4-2021 12:11 AM
sesaje membakar sebab bosan?
bahaya ni.. ade ciri2 pyromaniac..

i pernah buat bende ni masa i small dulu.
takde la small sangat around age 6 macma tu.
masa tu nak tau api berfungsi macma mana
so i bakar la bilik mak i.
setelah 20 tahun almari yang terlibat dalam
kes tu masih ada lagi. belakang almari tu hitam berlubang.
masa kejadian bapa i ada. mak i dah start jeling jeling....

yang kesian kakak i la dok lipat baju jadi mangsa tak tahu apa2
Quote CiliPadiSedap 3-5-2021 09:22 PM
Benih kokesen bukan semuanya menjadi
Quote nononcrux 3-7-2021 09:05 AM
Parents yg  bermasalah ke sbb bdk jadi mcm ni, they all kat US bukan aware ke pasal dispilin ank ni..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.197802 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top