CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Apa Salah Saya Papa" - Anak LCW Sedih Kena Makan Jauh Dari Kawan Melayu

14-4-2021 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8001| Komen: 35

Description: Pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, jaguh badminton negara Lee Chong Wei berkongsi kisah mengenai perbualan dengan anak sulungnya yang berusia 8 tahun mengenai ibadah tersebut.
Pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, jaguh badminton negara Lee Chong Wei berkongsi kisah mengenai perbualan dengan anak sulungnya yang berusia 8 tahun mengenai ibadah tersebut.


Kredit foto: IG Chong Wei

Cerita Chong Wei, anaknya, Kingston Lee, 8 mempersoalkan kejadian yang berlaku sewaktu rehat di sekolah apabila dua rakan baiknya - Amli dan Syihan - enggan makan dan minum bersamanya.

Manakala gurunya juga meminta supaya Kingston atau panggilan manjanya Koko untuk makan agak jauh daripada segelintir kawan-kawan yang lain.

"Apa salah saya papa," kata Chong Wei mengulang semula kata-kata anak kesayangannya itu.

"Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.

"Koko @kingstonleekc, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu.


"Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina, India yang lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain," tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun menurut Chong Wei, anaknya menunjukkan rasa tidak puas hati dengan penjelasan tersebut dengan mempersoalkan mengapa dirinya perlu bertolak ansur, sedangkan dia tidak berpuasa.


Kredit foto: FB

"Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo (isteri) terus melanda ke atas tangan anak. 

"Tahulah saya dia pandai smash juga, tapi memang laju tangan dia kali ni," katanya merujuk kepada isteri, Wong Mew Choo, yang juga merupakan pemain badminton negara.

Jaguh badminton kesayangan ramai itu berkata dia menjelaskan bahawa jika tiada sikap tolak ansur sesama mereka, Amli dan Syihan mungkin tidak akan lagi berkawan dengan Koko.


Kredit foto: IG Chong Wei

Pada hantaran itu Chong Wei turut memuat naik gambarnya memakai baju Melayu berwarna biru lengkap bersampin dengan ucapan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam. 


Sumber: MalaysiaKini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-4-2021 08:08 AM
Koh koh.. kawan  anak aku dulu siap numpang mkn bekas mkn anak cina.. siap ckp sedap masakan ayam mak hang.. koh koj
Quote Nana_Man 14-4-2021 08:13 AM
Kesian ko ko...
Quote sarah82 14-4-2021 08:13 AM
Buritan replied at 14-4-2021 08:08 AM
Koh koh.. kawan  anak aku dulu siap numpang mkn bekas mkn anak cina.. siap ckp sedap masakan ayam ma ...

Hahahhaa.. lawak anak ang.. Wei.. Kata nak komen citer hantu kat thread aku.. Awat x tulis wei
Quote Buritan 14-4-2021 08:16 AM
sarah82 replied at 14-4-2021 08:13 AM
Hahahhaa.. lawak anak ang.. Wei.. Kata nak komen citer hantu kat thread aku.. Awat x tulis wei

Aku lupeee... hari tuu baca pas tu aku nak cepat pas tuu lupe
Quote sarah82 14-4-2021 08:16 AM
Buritan replied at 14-4-2021 08:16 AM
Aku lupeee... hari tuu baca pas tu aku nak cepat pas tuu lupe

Share la wei..
Quote Buritan 14-4-2021 08:18 AM
sarah82 replied at 14-4-2021 08:16 AM
Share la wei..

Ok.. aku tulis..nak pi korek balik
Quote saviour_09 14-4-2021 08:33 AM
kalo meleis mesti dah kena cop hassanah kheeennnnnn
Quote groundfloor 14-4-2021 08:42 AM
Syukur Alhamdulillah... Inilah Malaysia yg saya mahu... Saling bertolak ansur dan berkasih-sayang...
Quote sarah82 14-4-2021 08:59 AM
Buritan replied at 14-4-2021 08:18 AM
Ok.. aku tulis..nak pi korek balik

Muahahaha. Tqqa
Quote Zeatyisaac 14-4-2021 09:14 AM
Note: Bukan nama sebenar ....hehehe

By the way, baguslah DLCW hantar anak sekolah kebangsaan. (Merujuk pada nama kawan2 dan nasihat dari guru, I'm supposed, he sends his children to SK).
Quote LostStar 14-4-2021 09:16 AM
Buritan replied at 14-4-2021 08:08 AM
Koh koh.. kawan  anak aku dulu siap numpang mkn bekas mkn anak cina.. siap ckp sedap masakan ayam ma ...

jgn kata kawan anak ang.. daku dulu pon salah sorg yg mkn skali bekalan rakan2 cina yindia jua.. hahaha..

baguih dlc ni kan.. suke cara dia nak bg anak bkawan gan org melayu..
Quote depresio 14-4-2021 09:32 AM
Cikgu pon explain la skit kenapa n mengapa
Bebudak mestila keliru
Quote sranua 14-4-2021 09:33 AM
Aku masa sekolah dulu rilek je makan abc kat kedai cina...dah kedai melayu tutup..tekak ni mmg nak ABC..hayun je lah. Sekarang je lah dah beringat sikit. Dulu balun je.
Quote AbukRokok 14-4-2021 09:46 AM
kita xkisah pun makan kari lombu sebelah keling
lu apa mau taching? ini majoriti la anney yappa daaa
Quote Twirlyhoo 14-4-2021 10:15 AM
LostStar replied at 14-4-2021 09:16 AM
jgn kata kawan anak ang.. daku dulu pon salah sorg yg mkn skali bekalan rakan2 cina yindia jua.. h ...

Sama lah  siap pergi rumah lg mkn nasi goreng ayam. Mak dia kata takpe2, boleh mkn sebb ayam. I pulak jahil, sekolah rendah masa tu..mkn je lah. Masa mak dia hantar balik sekolah utk koko petang tu...baru dpt tahu mak dia niaga pork di pasar.  Still, disebabkan kejahilan yg amat sgt, tak tahu pun ayam katok pun tak leh mkn..eheh
Quote Artemesiaa 14-4-2021 10:16 AM
Eloklah si bapa dah tolong jelaskan kenapa dengan tepat mungkin cikgunya sibuk sampai lupa nak jelaskan kepada dia.
Quote SecretLuv 14-4-2021 10:29 AM
Pelik kenapa orang yang tengah berpuasa tak boleh tengok orang lain makan. Kalau aku, aku jenis tak kisah. Nak makan, silakan. Kenapa perlu nak tahan2 orang nak makan depan kita. Kita puasa kita kenalah pandai kawal nafsu. Nama pun puasa. Takkan baru godaan sikit makan depan2 pun boleh tergugat
Quote KIM.K 14-4-2021 10:48 AM
Cepat besar anak dato..dah 8 tahun. Cerdik dah dia..
Quote jazaa100 14-4-2021 10:56 AM
sranua replied at 14-4-2021 09:33 AM
Aku masa sekolah dulu rilek je makan abc kat kedai cina...dah kedai melayu tutup..tekak ni mmg nak A ...

sama lahhh.....

aku mkn abc kat kedai apek...sedap, ada sediakn garam atas meja....abc ada santan, letak garam sedap lah.....

yg blh stop mkn tu, kwn aku nama Sham...dia kata apek tu tgah potong buah....pastu hingus hijau dia kuar dari hidung.....perhhhh geli siot....sampai skrg bila aku lalu kedai apek tu, mesti teringat hingus hijau tu.....

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047557 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top