CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maybank2u Palsu, Jangan Tertipu!

16-4-2021 06:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6405| Komen: 21

Description: Empat laporan polis buat melibatkan kes penipuan melalui pautan Maybank2u palsu yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM22,300.
Empat laporan polis buat melibatkan kes penipuan melalui pautan Maybank2u palsu yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM22,300.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, mangsa akan menerima emel yang kononnya dihantar oleh pihak Maybank.


“Dalam emel tersebut menyatakan bahawa akaun bank mangsa mempunyai masalah keselamatan.

“Mangsa kemudian diminta untuk menekan pautan yang disertakan dalam emel tersebut.


Kredit foto: Maybank2u

“Laman sesawang itu kelihatan seperti Maybank2u dan mangsa akan menekan pautan tersebut tanya menyedari yang ia adalah laman palsu.

“Mangsa juga akan diminat untuk mengemaskini butiran peribadi, kata laluan dan nombor telefon melalui laman sesawang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin lagi, mangsa kemudian akan mendapati wang dalam akaun miliknya akan berkurangan.


Ujarnya, dalam kes terbaharu, pautan laman sesawang palsu itu diperoleh menerusi iklan cabutan bertuah Maybank yang dipaparkan melalui Facebook.

“Orang ramai disarankan supaya sentiasa memastikan laman sesawang Maybank2u yang dibuka adalah benar-benar sama dengan alamat sesawang Maybank2u

“Segera berhubung dengan pihak bank sekiranya menerima emel yang mengarahkan anda untuk mengekaskini maklumat peribadi melalui laman sesawang Maybank2u,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599 jika mempunyai kemusykilan atau keraguan. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 16-4-2021 09:30 AM
Quote user.name 16-4-2021 09:31 AM
Quote user.name 16-4-2021 09:31 AM
Quote user.name 16-4-2021 09:32 AM
Quote user.name 16-4-2021 09:32 AM
Quote user.name 16-4-2021 09:33 AM
Quote ahlam_nabiha 16-4-2021 10:12 AM
jangan sesekali tekan link yang di emel ka sms ka..hati2
Quote Zizi999 16-4-2021 08:48 PM
Yang mesej dr celcom pun ade gk skang. Suh topup using credit card and get extra credit. And overseas transactions declined time nk shopping website overseas base, dan2 pehtu masuk mesej suh update passport la personal info la kononnya bank block utk urusan international. Merepek, bank mana la prihatin sgt nk pantau org shopping tk boleh byr terus contact tuu. Ni recently dpt anda layak mendapat MYSalam sila kemukakan butiran lengkap di link bla bla. Oh scammer
Quote notM 16-4-2021 09:06 PM
Meols selalu kalau login Maybank makesure keluar gambar dengan clue utk gambar tu...baru masuk password.
Quote mawar_mustika 18-4-2021 01:01 PM
dpt link melalui email @ msg jgn senang2 click
Quote Decaffeinated 18-4-2021 01:04 PM
notM replied at 16-4-2021 09:06 PM
Meols selalu kalau login Maybank makesure keluar gambar dengan clue utk gambar tu...baru masuk passw ...

dah macam2 security features bank buat untuk protect consumer tapi masih ada juga yang nak jadi bodoh.

biarkan je lah


Quote noor2 18-4-2021 06:09 PM
Selagi polis dalang disebalik scammer ni x dihukum teruk selagi tu masalah rompakan duit secara maya ni terjadi.... selagi rasuah wujud selagi tu jenayah berleluasa...
Quote MeghanK 18-4-2021 07:16 PM
notM replied at 16-4-2021 09:06 PM
Meols selalu kalau login Maybank makesure keluar gambar dengan clue utk gambar tu...baru masuk passw ...

penah call mebenk cek sumthing..orang mebenk pesan gitu jugak..tunggu keluar secure image ngan word kita set tu baru letak password..kadang yang jadi kes ni sebab customer kelam kabut letak password tak tunggu apa dah
Quote dani-rox 18-4-2021 07:19 PM
baru2 nih ai rajin layan bideo hackers vs scammers. kelakar hokeh, sampai TERbelajar mencarut dlm bahasa Hindi apapun, korang bole tengok cara scammers ni kelentong - selalunya mangsa dia org adalah org tua dan set2 yg tak reti sgt psl IT.


[youtube]DLzgQ35s9Os[/youtube]

[youtube]FO9mWvJAugQ[/youtube]

[youtube]YINWJKuHd5c[/youtube]

Quote shernazz 18-4-2021 07:39 PM
notM replied at 16-4-2021 09:06 PM
Meols selalu kalau login Maybank makesure keluar gambar dengan clue utk gambar tu...baru masuk passw ...

Ada yang tipu pung cenggitu uols
Laki.iols.pernah terkena..
Entah mcmana.boleh sama
Quote She-Ra 18-4-2021 07:59 PM
Memang akan taip penuh maybank2u.com.my
Login dan kendian pastikan gambar serta ayat yg kita set tu betul baru sahkan & masukkan password

Email ke wassap ke mmg tak layan
Quote che-cikL 18-4-2021 10:39 PM
user.name replied at 16-4-2021 09:31 AM

Yes, I received this notification via SMS also. Sempat click dan nampak address th lain. Terus iols called Maybank Service Centre maklumkan perkara ni. Maybank suruh block nombor tu, nombor dari Norway.
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2021 10:58 PM
Zizi999 replied at 16-4-2021 08:48 PM
Yang mesej dr celcom pun ade gk skang. Suh topup using credit card and get extra credit. And oversea ...

Tapi kad kredit/debit Bank Islam memang akan block urusan jual beli luar negara kalu tak shariah compliant macam order dildo sex toys guna Amazon USA, menyibuk jah Bank Islam ini dengan urusan peribody orang, macam duit bapak dia pulak yang bayar
Quote Zizi999 18-4-2021 11:59 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2021 10:58 PM
Tapi kad kredit/debit Bank Islam memang akan block urusan jual beli luar negara kalu tak shariah c ...

Baru tahu, mcm tu pulak bank islam rupenye. Hmm detail sgt brg nk dibeli pun amek tau. I punye case guna Maybank beli skincare, healthcare products gitu. Ada waktu boleh byr ade waktu tu block and dpt terus msj suruh update personal details by mesej ada yg minta no cvv terus.  Emel ktenye apple id and paypal blocked  or password attempts from others pun dpt kalau time aktif sgt transactions transfer or shopping. Emel tu nampak normal tp kt bwh tkde copyright infringement or ada satu dua huruf pelik kt link. Nak2 waktu i jd treasurer event kwn2 transfer to personal acc. Abisla meriah fon hahaha

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060114 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top