CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Chris Brown Disaman Pembantu Rumah

16-4-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2511| Komen: 1

Description: Penyanyi Chris Brown berdepan tindakan saman daripada bekas pembantu rumahnya, Patricia Avila selepas kakaknya, Maria diserang anjing peliharaannya.
Penyanyi Chris Brown berdepan tindakan saman daripada bekas pembantu rumahnya, Patricia Avila selepas kakaknya, Maria diserang anjing peliharaannya.

Tuntutan yang difailkan Avila di Mahkamah Tinggi Los Angeles itu mendakwa anjing milik Brown itu menyerang Maria ketika mereka sedang membersihkan rumah penyanyi berusia 31 tahun itu pada 12 Disember tahun lalu.

Menerusi tuntutan itu, Maria mendakwa dia digigit pada bahagian mata, kaki dan mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan hingga memerlukan dua pembedahan serta menerima rawatan beberapa hari di hospital.

Sementara itu, Avila menderita tekanan emosi yang teruk termasuk mengalami trauma, kemurungan dan serangan panik.

Foto: Billboard


Dalam tuntutan yang dikemukakan, Brown memelihara beberapa ekor anjing yang diletakkan di tempat selamat, namun pada hari kejadian seekor anjing seberat 45 hingga 90 kilogram berada di halaman belakang.

Ketika Maria ke kawasan itu untuk mengosongkan penyedut hampagas, anjing itu menerkam dan menggigitnya.

Sebaik mendengar jeritan kakaknya, Avila berlari keluar dan mendapati kakaknya berlumuran darah dan meminta pertolongan daripada penyanyi Gimme That itu untuk menghubungi talian kecemasan.

Avila menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya atas kejadian itu. Tuntutan itu dibuat atas alasan dirinya kehilangan pendapatan kerana tidak dapat bekerja, bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 19-4-2021 12:21 PM
omputeh ni undang2 depa bagus betul, marhaen pun mampu saman orka. kat sini?ermmm mls cita.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.170305 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top