CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM5,000 Terbang Kerana Lebih 10 Kilometer

3-6-2021 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2701| Komen: 7

Description: Kedegilan seorang individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengundang pada apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.
Kedegilan seorang individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengundang pada apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Dalam kompaun yang dikongsikan di media sosial hari ini, individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan keluar dari tempat tinggalnya melebihi 10 kilometer (km).


Kesalahan itu dilakukan di Jalan Tampoi, susur keluar ke Jalan Tebrau, di sini pada pukul 11.59 malam, 1 Jun lalu.



Atas perbuatan itu, dia dikenakan kompaun mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial sama ada menyokong tindakan pihak berkuasa atau sebaliknya mempersoal pemberian kompaun itu.

Namun majoriti daripadanya mempersoalkan mengapa individu terbabit berada di luar rumah pada masa berkenaan kerana tiada pejabat yang beroperasi pada waktu itu.


Ada antara mereka turut mempersoalkan adakah individu dikompaun itu berada di luar rumah pada masa berkenaan untuk melakukan kegiatan tidak baik seperti jenayah.

Beberapa pengguna media sosial turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertugas tanpa mengira masa dalam memastikan masyarakat terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain mengesahkan kejadian itu.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 3-6-2021 05:15 PM
10km dari tempat tinggal? Kalau rumah di dekat sempadan daerah sebelah, boleh ke cross ke sebelah sana dalam linkungan 10km? Atau masih lagi tak boleh cross daerah?
Quote nazzse 3-6-2021 05:16 PM
Nak mintak simpati, last2 kena kutuk.. Mendapatlah
Quote LadyCarefree 3-6-2021 06:16 PM
nono86: 10km dari tempat tinggal? Kalau rumah di dekat sempadan daerah sebelah, boleh ke cross ke sebelah sana dalam linkungan 10km? Atau masih lagi tak boleh ...


Xboleh rentas daerah. Pergerakan dalam daerah limit 10km.
Quote Missrarara 4-6-2021 12:00 AM
Ish, ish, ish. Sabo je la
Quote MontanaHannah 4-6-2021 12:14 AM
PKP ni mmg  gila

Jika diingat semula , pendatang haram ceroboh negara kita beratus kilometer hadap datang ,ceroboh negara kita ,dapat tangkap boleh di beri tawaran kerja ???????

Malaysia ni xperlu lama , lagi 2 tahun pun dah tenat sangat

masa tu kalau dajjal datang ,mmg ramai yg akan sembah dajjal sebab xtahan hidup terlalu susah.
Quote ctaz 4-6-2021 01:48 AM
PKP ni....
semua SOP kelaut dalam....


SABO jer la....
Quote lambretta67118 4-6-2021 04:48 AM
Pak muntrik gila.. rakyat bebal.. gilir2 sampai AJM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049090 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top