CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Selamat Lepas Dipatuk, Leher Dibelit Tedung Selama 2 Jam

20-9-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5005| Komen: 27

Description: ‘Berpantang maut sebelum ajal’, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di India dilaporkan masih hidup selepas dipatuk dan dibelit ular tedung pada bahagian lehernya selama dua jam.
‘Berpantang maut sebelum ajal’, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di India dilaporkan masih hidup selepas dipatuk dan dibelit ular tedung pada bahagian lehernya selama dua jam.

Lapor NDTV, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Wardha, Maharashtra.



Kredit foto: YouTube

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Purvi Gadkari itu dilaporkan sedang tidur ketika kejadian.

Rakaman video yang menunjukkan mangsa dalam keadaan dibelit ular berbisa itu pada bahagian lehernya menjadi tular di laman sosial.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang tidur dan seekor ular tedung secara tiba-tiba menjalar di atas badannya.

Ular tedung itu kemudian mematuk bahagian tangan mangsa.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mendengar nasihat ibu bapanya dan baring tanpa melakukan sebarang pergerakan selama hampir dua jam.




Purvi juga diminta untuk bertenang dan tidak panik ketika ular tedung itu membelit lehernya.

Mangsa kemudian dipatuk ular sekali lagi di bahagian tangannya sebelum meninggalkan kanak-kanak tersebut.

Purvi dikejarkan ke hospital berhampiran dan dirawat selama empat hari dan berjaya diselamatkan.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke
Quote harisbee 20-9-2021 10:54 AM
kelip2_07 replied at 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke

Wujud ke..silap2 call bomba esok baru sampai
Quote matamata 20-9-2021 11:02 AM
kelip2_07 replied at 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke

Benda ni silap2 kat pedalaman India, kudos to mak bapak sbb bertindak secara betul,  tak panik tak tentu pasal... Pihak penyelamat mungkin amik masa lama untuk sampai
Quote kelip2_07 20-9-2021 11:06 AM
matamata replied at 20-9-2021 11:02 AM
Benda ni silap2 kat pedalaman India, kudos to mak bapak sbb bertindak secara betul,  tak panik tak ...

mgkin lah..kita cni sng kn col2 jer smpai..tu pn kdg2 komplen lg..sbb nape bomba xsepantas kelajuan cahaya smpai tmpt kejadian
Quote supernaturalee 20-9-2021 11:40 AM
kelip2_07 replied at 20-9-2021 11:06 AM
mgkin lah..kita cni sng kn col2 jer smpai..tu pn kdg2 komplen lg..sbb nape bomba xsepantas kelajua ...

kes kt srwk
marah lmbt smpi penerajang bomba tu

jd kes polis dh pun kn

ngong


Quote matamata 20-9-2021 11:51 AM
Mungkin ular tu cuma bagi "dry bite" which was patuk tanpa inject bisa... Mostly ular tak inject bisa kalau dia tak terancam atau nak makan mangsa... Dia pun kena jimat2 bisa dia sbb ambik masa nak reproduce bisa tu
Quote LadyCarefree 20-9-2021 12:11 PM
kelip2_07: mgkin lah..kita cni sng kn col2 jer smpai..tu pn kdg2 komplen lg..sbb nape bomba xsepantas kelajuan cahaya smpai tmpt kejadian


Kat cambodia kalau call bomba nanti dapat bil.
Quote Scheherazade 20-9-2021 12:13 PM
Ngeri. Nasib baik budak tenang2  dgr ckp mak ayah dia.
Quote LadyCarefree 20-9-2021 12:13 PM
Diorang memang xboleh bunuh ular kan? Ada some places diorang terpaksa duduk dgn ancaman ular masuk rumah dsb. I ingat nama Shetpal saja sbb tgk doku.
Quote darkness 20-9-2021 12:16 PM
supernaturalee replied at 20-9-2021 11:40 AM
kes kt srwk
marah lmbt smpi penerajang bomba tu


Aku masih ingat kes tu. Nasib baik saman tu kena tarik balik..
Quote kelip2_07 20-9-2021 12:31 PM
supernaturalee replied at 20-9-2021 11:40 AM
kes kt srwk
marah lmbt smpi penerajang bomba tu

gilerr

elok bomba ltk dia ats pokok
Quote Mini.Me 20-9-2021 01:13 PM
Seramnyaa...kalau aku dah gigil2 badan menangis meraung da...sangat takot dan geli ngan ular
Quote supernaturalee 20-9-2021 01:22 PM
darkness replied at 20-9-2021 12:16 PM
Aku masih ingat kes tu. Nasib baik saman tu kena tarik balik..

bgs ha bomba tu tarik balik saman ye

"on your face!!!" gitu kan


Quote imanjannah 20-9-2021 01:30 PM
eee ngeri baca
Quote Adrif 20-9-2021 02:05 PM
ade inchek JPAM di sini?

apa perkara yang sebetulnya, sewajarnya dilakukan bila nampak ular gini?

atau in case ada yang dah kena pagut dek ular, apa perlu buat?

terima kasih daun keladi
ko busuk cam tak mandi
Quote Imkhai 20-9-2021 02:19 PM
sah2 bdk ni akan dipuja seumur hidup ala2 dewa
Quote tumpanglalu74 20-9-2021 02:40 PM
Yang lelaki ade ulor dalam seluor tu aritu yang dok berdiri entah berape jam tu.  Aku bukan buad lawak.  Memang ulor.  Topik kat sini xugak kan dulu?
Quote KamikuP 20-9-2021 02:47 PM
matamata replied at 20-9-2021 11:51 AM
Mungkin ular tu cuma bagi "dry bite" which was patuk tanpa inject bisa... Mostly ular tak inject bis ...

Oo ada dry bite ye? Mmg ular ambik masa utk replenish bisa dia balik ye? Meools baru tau
Quote nononcrux 20-9-2021 03:25 PM
kesiannye kena patuk lagi tu.. mujur selamat

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top