CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Meraung Tengok Mayat 3 Anak Dibunuh Isteri Selesai Jalani Kuarantin

20-9-2021 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8020| Komen: 41

Description: Suara raungan seorang bapa menggemparkan sebuah kawasan kejiranan di New Zealand selepas mendapati tiga anak perempuannya terbunuh di kediaman baharu mereka di Timaru, wilayah Canterbury.
Suara raungan seorang bapa menggemparkan sebuah kawasan kejiranan di New Zealand selepas mendapati tiga anak perempuannya terbunuh di kediaman baharu mereka di Timaru, wilayah Canterbury.

Menurut jiran yang mendengar tangisan pakar bedah ortopedik, Graham Dickason, lelaki itu seperti hilang akal susulan penemuan mayat anak kembarnya, Karla dan Maya berusia dua tahun bersama kakak mereka, Liane, 6, ketika kejadian pada malam Khamis lalu.



Susulan insiden menggemparkan itu, isterinya, Lauren, 40, dihadapkan ke Mahkamah Daerah Timaru pada Jumaat atas pertuduhan membunuh.

Wanita itu tidak membuat sebarang pengakuan dan kini ditempatkan di unit kesihatan mental sehingga perbicaraan seterusnya di Mahkamah Tinggi Timaru pada 5 Oktober depan.

Hakim Dominic Dravitzki mengarahkan laporan di bawah Akta Jenayah New Zealand untuk mengesahkan keadaan kesihatan mental Lauren ketika pembunuhan tersebut.


Pasangan yang telah berkahwin selama 15 tahun itu dilaporkan baru selesai menjalani kuarantin wajib Covid-19 selama 14 hari di sebuah hotel selepas berpindah ke negara itu dari Afrika Selatan.

'Kami terdengar bunyi bising dan esakan Dickason selepas beliau kembali ke rumahnya," ujar jiran mereka, Jade Whaley.

Seorang lagi jiran yang prihatin, Karen Cowper pula berkata, lelaki tersebut meraung seperti diserang histeria dan hanya membisu apabila kami bertanyakan tentang keadaannya.

"Dia terpaksa ditenangkan seorang doktor yang tinggal berhampiran. Polis yang tiba kemudiannya membawa isterinya ke hospital," jelasnya.

Sementara itu, bekas jiran mereka di Afrika Selatan yang enggan identiti didedahkan memberitahu, pasangan itu begitu menyayangi anak mereka.

"Mereka sangat bersyukur kerana dikurniakan tiga zuriat itu berikutan pernah berdepan kesukaran untuk hamil sebelum ini," katanya.

Bekas pengasuh mereka di Pretoria dikenali sebagai Mendy Sibanyoni juga mengesahkan pasangan itu bukan keluarga bermasalah.

Setakat ini, punca kematian ketiga-tiga anak pasangan itu tidak didedahkan. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 20-9-2021 02:58 PM
Kesiannya. Covid psychosis ke
Quote edayildiz 20-9-2021 03:22 PM
aw that brings tears to my eyes ..hw could she do this?
Quote Freezfrozen 20-9-2021 03:22 PM
Sian nye.. stress jaga ank sorang2 ke caner..?
Quote Suchi 20-9-2021 03:25 PM
bulanbulat replied at 20-9-2021 02:58 PM
Kesiannya. Covid psychosis ke

Dia bukan covid kan depa kuarantin wajib 14 hari sbb baru sampai dr afrika selatan.

Pindah nak duk NZ plak, jiran2 pun tak sempat kenal lagi kot.
Quote salimrock 20-9-2021 03:29 PM
ada yg kata NZ ni negara aman,

jarang berlaku keganasan, gaduh2 ( dlm news la )


tp sekali saiko diorang datang, bahaya juga, bunuh terus...


Quote Firenzza 20-9-2021 03:32 PM
Murung sbb kena kurung kot
Quote HappyGumbira 20-9-2021 03:33 PM
aduhhhh kesiannya...
Quote pysharil 20-9-2021 03:40 PM
aduhh..comel plak tu anak2 dia
blh jd gila laki tu
Quote yururi 20-9-2021 03:43 PM
Sayangnya ayah pada anak2nya
Quote misc 20-9-2021 03:52 PM
Kesiannya kat budak2 tu. Mesti stress melampau sampai tak boleh berfikiran waras.
Quote JohnyEnglish 20-9-2021 03:55 PM
Aku rasa di x suka pindah NZ
Quote imanjannah 20-9-2021 04:01 PM
Allah.. sedihnya
Quote matchstick 20-9-2021 04:12 PM
Kesian..takut nt dia pulak yg murung lalu bunuh diri. Dh la nk dpt anak punya susah
Quote MsPercy 20-9-2021 04:33 PM
bulanbulat replied at 20-9-2021 02:58 PM
Kesiannya. Covid psychosis ke

Ade ke covid psychosis?
Quote noor2 20-9-2021 04:34 PM
Innalillah...ssdihnya baca
Quote Fortiori02 20-9-2021 04:47 PM
Kesiannya lah hai..
Quote naina 20-9-2021 04:48 PM
Dia bunuh cmne
Quote hareeeesah 20-9-2021 05:11 PM
Kalau tengok gambar memang nampak happy. & kita tak tau jugak apa jadi behind camera ke apakan.. kesiannya anak-anak kecik
Quote None68 20-9-2021 05:14 PM
Ke mmg ada masalah sebenarnya?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.342797 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top