CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izreen Azminda Demand?

12-12-2013 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12185| Komen: 31

Description: Dek Tercabar Dengan Kata-Kata Rosyam, Dia Mengambil Pelbagai Inisiatif Bagi Mengurangkan Berat Badannya Untuk Berlakon Dalam Drama Pertamanya, Sesuci Cinta Sofea Sebagai Pelakon Tambahan Di Samping Ro ...



BUKAN setahun dia melangkah ke dalam bidang seni dan bukan sekali dia menjadi mangsa 'sepak terajang' industri.
        
Dalam giat mencipta nama, dia pernah terjatuh dan hampir tidak di pandang, namun bagi Izreen Azminda, dia sudah membuktikan kehadirannya dalam industri seni bukan sia-sia.
        
Setelah lapan tahun bergelumang dalam dunia seni, Izreen membuktikan dia layak membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Perempuan Itu Ibuku), antara naskhah terbaik yang pernah dilakukannya.
        
Pernah membintangi drama Juvana (2011) yang turut memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik tahun yang sama, nama Izreen semakin menjadi sebutan ramai.
        
Walaupun memenangi trofi itu, dia menegaskan bahawa harga untuknya berlakon seperti sedia kala.
        

"Ia bukan sebagai batu loncatan untuk menaikkan harga tetapi saya menganggapnya satu pengiktirafan setelah sekian lama terlibat dalam industri ini.
        
"Harga saya masih seperti dulu dan saya tidak berani untuk 'demand' kerana risau tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya nanti," tegasnya.
        
Biarpun di awal kemunculannya, dia kurang dikenali namun lakonannya yang mantap dalam drama Tentang Dhia sebagai watak antagonis sedikit sebanyak membantu kerjayanya.

Ubah sikap
        
Mengimbas kembali permulaan kerjaya seninya, Izreen berkata dia dicabar oleh pelakon yang diseganinya, Datuk Rosyam Noor untuk menurunkan berat badannya.
        
"Saya masih ingat lagi, abang Rosyam merupakan orang pertama berani mencabar saya untuk kuruskan badan.
        
Dia (Rosyam) cakap jika saya berjaya tampil kurus, saya akan diambil untuk berlakon dalam drama arahannya," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.
        
Dek tercabar dengan kata-kata Rosyam, dia mengambil pelbagai inisiatif bagi mengurangkan berat badannya untuk berlakon dalam drama pertamanya, Sesuci Cinta Sofea sebagai pelakon tambahan di samping Rosyam dan Rozita Che Wan.
        
Menerusi drama tersebut, Izreen menerima banyak tawaran berlakon dan tidak selektif memilih pelbagai watak termasuk drama Atikah Najwa 2, Mendongak Ke Langit, Gerak Khas, Gelora Di Hati  Sara dan sebagainya.
 
Selain popularitinya yang meningkat naik, Izreen turut mengalami perubahan drastik dari segi sikap dan perangainya.
        
“Alhamdulillah, lama-kelamaan ramai yang nampak bakat saya. Sekarang ini sudah banyak perubahan yang saya alami.
        
"Kalau dulu saya bersikap ala tomboy dan kasar, tapi sejak jadi ibu saya lebih feminin.
        
"Dan mungkin juga sikap lama menyebabkan ramai penerbit sukar menawarkan kerja," ujarnya.
        
Dalam masa yang sama, dia juga mengakui agak lambat untuk dikenali dalam industri namun pengalaman yang dilaluinya sepanjang tempoh itu dijadikan sebagai proses pembelajaran.
        
Perkembangan lain, Izreen bakal muncul dalam drama berantai terbitan Suhan Movie berjudul 7 Suami Nik Yah, tidak lama lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 12-12-2013 12:41 PM
sheols meme kasar..
tp iols suka sheols dlm tentang dhia tu..
Quote pakwetizzaqyah 12-12-2013 12:50 PM
ais_kosong posted on 12-12-2013 12:41 PM
sheols meme kasar..
tp iols suka sheols dlm tentang dhia tu..

perempuan jahat mmg suka watak perempuan jahat
Quote bungakelabu 12-12-2013 01:44 PM
oooo kena kurus dulu baru boleh berlakon...
Quote cheida_mymee18 12-12-2013 01:49 PM
dia berlakon mmg best
Quote deananie 12-12-2013 01:52 PM
die mmg pandai berlakon
Quote bluecrystal 12-12-2013 01:59 PM
izreen dengan baby boy dia jadi cover Media Hiburan minggu ni...ada dalam tu cakap suami dia tak bagi dia berlakon adegan ranjang dan jugak tak bole berlakon dengan johan asaari..
Quote go_kart 12-12-2013 01:59 PM
salah sorang pelakon favret aii
Quote prettyuglybabe 12-12-2013 02:35 PM
dia berlakon bagus.. meli.. meli..
Quote tomet05 12-12-2013 05:09 PM
watak dia memang menjadi pun
Quote pakwetizzaqyah 12-12-2013 05:10 PM
go_kart posted on 12-12-2013 01:59 PM
salah sorang pelakon favret aii

aku suka dia belakon dalam cerita padang astro tu..dia punya loghat utagha tu seksi satu macam...
Quote mitnick 12-12-2013 06:14 PM
pelakon yg berbakat...
Quote RatuDunia94 12-12-2013 06:24 PM
dia ni Dewi Remaja 1 batch dgn Scha kan...
dia ni mmg pandai berlakon.. watak pun best2..
c Scha balek2 watak bodoh2 je.. sampai real life pun bodoh..
Quote juliez 12-12-2013 06:32 PM
RatuDunia94 posted on 12-12-2013 06:24 PM
dia ni Dewi Remaja 1 batch dgn Scha kan...
dia ni mmg pandai berlakon.. watak pun best2..
c Scha b ...


Okay la.. soalan i ni mmg agak bodoh sikit

Tapi betul ker scha real life pun bodoh?


Quote arianakhalid 12-12-2013 06:54 PM
bluecrystal posted on 12-12-2013 01:59 PM
izreen dengan baby boy dia jadi cover Media Hiburan minggu ni...ada dalam tu cakap suami dia tak bag ...

Kenapa dia dgn johan ashaari???
Quote wenza 12-12-2013 07:00 PM
Dia ni one of my febret artIs.
Bg je watak apa pun.ape ade hal.
Quote xtw 12-12-2013 10:24 PM
dia pndai berlakon...best!!
Quote bantal_busuk 12-12-2013 10:31 PM
suka tengok dia berlakon. yummy.
Quote copMohor 12-12-2013 11:56 PM
berapa berat badan dia masa mula2 tu?
Quote September14 13-12-2013 12:11 AM
Huduhnya pesyen rambut, dh la menang anugerah..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.095997 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top