CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Arianna Kecewa Terlepas Sukan Sea

28-5-2015 11:12 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1333| Komen: 0

Description: Atlet ski air, Arianna Chow sah terpaksa menarik diri daripada mengambil bahagian dalam Sukan SEA ke-28 di Singapura berikutan mengalami kecederaan serius pada bahagian lengannya ketika bertanding di ...


Atlet ski air, Arianna Chow sah terpaksa menarik diri daripada mengambil bahagian dalam Sukan SEA ke-28 di Singapura berikutan mengalami kecederaan serius pada bahagian lengannya ketika bertanding di Terbuka Indonesia, Mac lepas.

Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) menyatakan bahawa mereka sudah memberitahu Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengenai keadaan Arianna.

"Saya sebenarnya sangat kecewa kerana tidak dapat menyertai Sukan SEA. Kalau boleh saya mahu memulakan latihan hari ini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan selain mendengar nasihat doktor dari Institut Sukan Negara (ISN).

"Ini demi masa depan saya dan ada perkara yang kita tidak boleh tergesa-gesa. Saya tidak sabar untuk kembali menjalani latihan, tetapi saya harap rakan sepasukan dapat mencatat kejayaan yang besar pada temasya itu," kata Arianna dalam kenyataan hari ini.

Pengurus pasukan, Hanifah Yoong berkata Arianna cukup handal untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara 'tricks' wanita dan juga dalam kategori wanita keseluruhan.

Hanifah juga mendedahkan bahawa Arianna tidak dapat meneruskan apa-apa persediaan selam empat bulan dan kini berusaha keras untuk pulih dengan bantuan fisioterapi.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.029320 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top