CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
Post time 10-11-2006 03:55 PM | Show all posts
Nostalgia: Siang pembaca meter, malam main muzik
Oleh Zainuri Misfar


Osman Ahmad hasil lagu untuk 40 filem, sertai Orkestra MFP

KEUNIKAN lagu Seri Dewi Malam pernah dinyanyikan oleh Normadiah, kemudian Sanisah Huri sebelum disampaikan oleh Datuk Sharifah Aini.

Lagu Seri Dewi Malam dimuatkan dalam EP pertama Sharifah Aini pada 1974.

Ada catatan mengatakan semasa dinyanyikan oleh Normadiah, judul asal lagu itu ialah Dewi Malam. Lagu ini pernah dimuatkan dalam filem Putera Bertopeng arahan K.M Basker dan diterbitkan oleh Malay Film Production (MFP) pada tahun 1957.

Antara pelakon filem itu ialah Ahmad Mahmud (Datuk), Normadiah dan Latifah Omar. Dalam filem itu lagu Dewi Malam dinyanyikan oleh Saloma (Allahyarham Puan Sri).

Namun begitu, dalam membicarakan lagu Seri Dewi Malam yang liriknya ditulis oleh Datuk Jamil Sulong, seharusnya jangan dilupakan sumbangan penciptanya iaitu Osman Ahmad.

Nona Asiah atau nama sebenarnya Asiah Aman dalam memperkatakan lagu karya Osman pernah berkata, 揝aya memang senang menyanyikan lagu-lagunya yang malar segar dan menarik iramanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2006 08:46 PM | Show all posts
Roseyatimah: Hilang di mata, tidak di hati
10-11-2006
oleh WAHIDA ASRANI  

Tahun ini, sudah 19 tahun Allahyarham Seniwati Roseyatimah kembali menghadap Yang Esa, tetapi bagi mereka yang menyayanginya, masa yang berlalu itu seperti baru semalam.

Dia mungkin dikenali jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar, tetapi hakikatnya, dia lebih dari itu.

Bagi tiga insan yang paling rapat dengannya -- ibunya Neng Yatimah, suaminya Datuk Mustafa Maarof dan rakan artis yang merupakan rakannya sejak kecil Aziz Sattar, Roseyatimah adalah segala yang indah dan baik dan dia tidak ada penggantinya. Buktinya, sehingga hari ini Mustafa kekal menduda.

Betapa besar dan agungnya kasih sayang tiga manusia ini terhadap Roseyatimah hinggakan kenangan mereka mengenai seniwati itu pada majlis bual bicara Imbas Kembali anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baru-baru ini menyebabkan hampir semua 100 yang hadir sebak menahan sayu.



Pemergian Roseyatimah sehingga kini
masih dirasai bukan saja oleh ahli keluarga,
malah di dalam dunia perfileman juga



"Tak sangka dia yang pergi dulu" - Mustafa

Selama 19 tahun pemergian isteri tercinta, berkali-kali Mustafa ditanya bilakah dia akan mencari pengganti .

Malah, sepanjang berlangsungnya program itu, Mustafa sering 'disindir' oleh pengerusinya, Aimi Jarr dan panel lain, Aziz Sattar tentang status dudanya.

"Dia seorang isteri yang jujur dan memahami. Jika 10 perkara saya minta, lapan akan ditunaikannya. Cuma, saya tidak menyangka dia yang pergi dulu kerana sebelum itu saya menjalani dua kali pembedahan dan saya memang ingat, saya yang akan mati dulu," ujar Mustafa dalam nada sebak ketika menceritakan kisah hidupnya dengan Roseyatimah sehingga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin..

Menurutnya, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham berkali-kali memohon maaf daripadanya kerana merahsiakan tentang penyakitnya itu.

"Ketika saya dapat tahu dia ada penyakit kanser dan hanya mampu bertahan selama dua bulan saja, saya memang amat sedih. Saya bawa dia pergi dua buah hospital. Tetapi, dia amat tenang bila doktor beritahu dia sendiri tentang penyakitnya itu.

"Akhirnya selepas tiga hari pulang dari hospital, dia pun 'menutup mata'," tambahnya yang mendirikan rumahtangga bersama Allahyarham pada tahun 1967, ketika kedua-duanya bertugas di bawah satu bumbung di Studio Cathay Keris.

Rose minta ibu masak bubur dan ikan kurau


Bagi Neng, pemergian anak tunggalnya itu pada umur masih muda ada satu tragedi paling buruk pernah dialaminya.Masakan tidak, Roseyatimah pergi selama-lamanya selang tujuh bulan selepas pemergian suami tercinta, Jasni.

"Saya sayang pada dia. Dialah satu-satunya anak saya," luah Neng dengan diiringi deraian airmata.

Lebih memilukannya, Roseyatimah pernah meminta ibunya itu menyediakan bubur bersama tiga ekor ikan kurau sehari sebelum dia meninggal dunia.

"Saya masakkan untuk dia, tetapi dia yang mahu menyuapkan bubur itu pada saya. Perkara terakhir dia cakap pada saya, 'Mak mesti beri kasih sayang pada siapa yang memberi belas kasihan pada mak'.

"Rose seorang yang manja" - Aziz Sattar

Selain Tan Sri P.Ramlee, orang yang banyak membantu Roseyatimah menggilap nama di dalam dunia perfileman ialah Aziz Sattar, rakannya sendiri sejak kecil. Pada satu ujibakat yang diadakan oleh P.Ramlee, Aziz Sattar juga turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat peserta.

Sepuluh peserta dipilih oleh Aziz, dan salah seorangnya ialah Roseyatimah.

"Kemudian, P.Ramlee ambil dia berlakon Pendekar Bujang Lapok. Dari situ, kita sudah nampak bakatnya. Saya suka pada peribadinya yang sopan-santun dan manja. Malah, hubungan kami memang seperti adik-beradik," kata Aziz.

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka Rose mempunyai penyakit kanser memandangkan seniwati itu sering menasihatinya agar sentiasa memberitahu orang jika mempunyai sebarang penyakit.

"Saya sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir, beberapa jam sebelum dia meninggal. Dia hanya pesan supaya tolong tengokkan anak-anaknya," ujarnya.



Allahyarham seniwati Roseyatimah dipilih
sebagai tokoh 'Imbas Kembali' FINAS
untuk tahun ini


Pilu dan hening- hanya itulah suasana yang boleh dijelaskan sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Malah, sepanjang program itu, linangan airmata dan esak tangis mengiringi cerita yang disampaikan oleh Neng, Mustafa dan Aziz.

Antara seniman dan seniwati yang hadir adalah Wahid Satay, Hashimah Yon, S.Samsuddin dan Datin Umi Kalsom.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Zakiah Ahmad, Pengerusi FINAS Senator Datuk Jins Shamsuddin dan Pengarah Urusannya Mahyidin Mustakim.

Allahyarham Roseyatimah meninggal dunia pada tahun 1987 akibat penyakit kanser ketika berusia 44 tahun.

Antara filem yang dilakonkan olehnya ialah Lanchang Kuning, Seri Mersing, Jula Juli Bintang Tujuh dan Rumah Itu Duniaku.

Program bual bicara itu turut dirakamkan dan akan dibukukan sebagai rujukan untuk generasi akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 11:01 AM | Show all posts
Jarum Emas: Berjasa

Oleh Adam Salleh

SEBAIK dimaklumkan Deddy M Borhan  sebagai Tokoh Perfileman Finas 2006, saya kira ia seperti sindiran tajam buat orang filem itu sendiri. Aneh bunyinya tetapi hakikatnya begitulah, bila bergelumang dalam bidang seni, menjadi seniman atau seniwati, usah mimpi jasa yang pernah kita tabur ketika di kemuncak populariti akan dikenang kembali.


Sejak zaman orang filem di Singapura, bukan seorang dua tokoh filem veteran kita meniti hari-hari tua dengan rasa kecewa. Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee tidak terkecuali mengalami nasib sama.

Ramai anak muda dididik P Ramlee tetapi menjelang detik kematiannya, beliau dipandang sebelah mata. Saya kaitkan kembali M Borhan. Generasi alaf baru memang tidak kenal siapa M Borhan, tetapi bagi saya beliau seperti 憌ira
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:05 PM | Show all posts
Interaksi: Deddy cetus fenomena filem Melayu era 70-an


SEJAK mula menceburkan diri dalam industri perfileman tanah air sekitar 1973, bukan sedikit jasa dan sumbangan yang ditaburkan Deddy M Borhan.


Malah beliau sebenarnya 憄enyelamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 02:49 PM | Show all posts
Jarum Emas: Anugerah hebat tak ada trofi
Oleh Adam Salleh

PELAKON, penyanyi, pengarah dan penerbit filem, Deddy M Borhan dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Perfileman Finas 2006. Sesudah sekian lama menyepi, Deddy, anak jati Sabah yang menjadi penyelamat filem Melayu melalui syarikatnya Sabah Filem Productions pada era 1970-an, pasti bangga jasanya dikenang orang.


Melalui penganugerahan itu, Deddy menerima wang tunai RM30,000, selepang dan sijil yang disampaikan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Ketika melihat Deddy diselepangkan Rais, tertanya-tanya saya tiadakah trofi disediakan penganjur untuk anugerah hebat itu?

Tentu Deddy lebih bangga sekembalinya ke Sabah dapat ditunjukkan trofi kepada keluarganya sebagai kenang-kenangan di atas jasa dan pengorbanan dicurahkan dulu. Kalau nak dikata, Finas tiada modal tempah trofi, mustahil pula kerana untuk orang filem RM3 juta disediakan jika mahu menyertai dana filem cereka.

ADAM: Orang berbudi, kita berbahasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 02:22 PM | Show all posts
Petua Nora dapat bertahan
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed | Foto Koleksi NSTP




Bekas juara Bintang HMI 1992 itu tidak suka mengambil sikap terburu-buru dalam hidup

WAJAH serta tubuhnya pernah susut dan berisi namun penyanyi Hanya Satu, Nora, jarang sekali menyimpan rambut panjang melepas bahunya sejak bergelar penyanyi pada awal 1990-an.

Tentunya gaya dan potongan rambut pendek lebih sesuai dengan tubuhnya yang rendah.

揝ecara peribadi, saya sukakan gaya yang ringkas. Kalau ingin penampilan berbeza, saya akan pakai rambut palsu.

"Saya rimas berambut panjang. Apa yang penting dalam usia 33 tahun, saya mahu menjadi diri sendiri, gembira dan bersyukur dengan apa yang dimiliki,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2006 01:30 PM | Show all posts
HUSSEIN ABU HASSAN

DILAHIRKAN di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937, Huseein mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani (1961). Sejak itu, Hussein mula mengasah bakat dan dikenali melalui filem Tun Teja, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi, Loceng Maut, Bunga Padi Berdaun Lalang dan Bukit Kepong.

Pada peringkat awal dulu, Hussein selalu diberi watak bengis dan jahat tetapi ada sesekali, dia menerima watak komedi seperti mana dalam Nasib Do Re Mi dan Laksamana Do Re Mi. Beliau juga pernah berlakon dalam filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), Crazy Pikoy Goes To Malaysia (Filipina)dan Bailey Big Deal (Australia).

Pada 1975, Hussein yang memperisterikan Mahyon Ismail, menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.

Menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 9 September lalu, Hussein dalam usia 69 tahun, terus mencintai bidang lakonan. Bakat seninya berjaya diperturunkan kepada anak-anaknya, Dilla, Fairuz dan Faizal selain anak saudaranya, aktor Rosyam Nor.

Pernah membintangi kira-kira 100 filem dan drama tempatan, Hussein benar-benar terharu apabila menerima trofi Senimana Veteran ABPBH05 kerana inilah pertama kali dia menjulang trofi sejak berlakon lebih 40 tahun lalu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 01:30 PM | Show all posts
Insan seni terbilang diiktiraf
Ahad, Mar 05, 2006
Source : Berita Minggu

AZEAN IRDAWATI

KEBOLEHAN Azean Irdawaty dalam bidang lakonan begitu hebat sekali. Berikan apa saja karektor, baik, jahat mahupun lucu, semuanya dapat dihayati dengan berkesan. Itulah lambang anak wayang sejati.

Lakonan Azean boleh dinilai menerusi filem hebat seperti Langit Petang, Esok Masih Ada, Perjanjian Syaitan, Bintang Malam, Perempuan, Baginda, Sutera Putih, Layar Lara dan Anak Mami Kembali.

Lakonan TV beliau yang begitu berbekas pula termasuklah Kelahiran, Di Bawah Lembayung Petang, Ratu Jamu, Pengantin Popular, Dalam Hati Ada Cinta dan Miftahul Jamilah.

Bukti kehebatan Azean di layar lakonan ialah apabila meraih gelaran Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama dan Ketiga. Ini tidak termasuk banyak lagi gelaran lain dalam Anugerah Seri Angkasa RTM mahupun Anugerah Skrin TV3.

Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, dilahirkan di Alor Merah, Alor Star, Kedah pada 27 Februari 1950. Dalam usia 56 tahun kini beliau terus gagah dengan kerjaya lakonannya kerana mendapat sokongan padu daripada suami, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, serta tiga anaknya yang berbakat besar.

Mungkin ramai terlupa, Azean memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi pada 1967. Daripada kumpulan De Zed's, Azean mendapat peluang menyanyi solo di kelab malam sehingga 1982. Seterusnya, dia dilamar menjadi artis rakaman WEA (kini Warner Music) dan muncul dengan dua LP, Rahisaku Laguku serta Ada Kesediahan Di Matamu terbitan Datuk Ahmad Nawab.

Awalnya, pada era 1960-an, Azean diberi peluang muncul dalam filem dengan watak penyanyi bersama kumpulannya tetapi bakat lakonannya benar-benar diasah pengarah drama Zainuddin Noordin pada 1974. Sejak itu, karier lakonan Azean makin bercambah dan banyak menimba pengalaman dalam slot Potret Pekerti, Drama Minggu Ini dan Panggung RTM hingga membintangi banyak filem cereka termasuklah yang terbaru Diva Popular.

Ketika ini Azean juga semakin aktif berlakon teater. Sebelum ini dia pernah beraksi dalam teater Anugerah, Akulah Perempuan Itu, A Flight Delayed, Pelayaran Nur Atma, Nenek Tompok Hitam, Charlie's Auntie dan Otak Tak Centre dan terbaru dalam M Opera bersama Khir Rahman yang akan dipentaskan kira-kira dua minggu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 05:26 PM | Show all posts
Roseyatimah lalui cabaran jadi anak seni

Oleh Ellyna Ali

BIARPUN mewarisi darah seni daripada kedua-dua orang tuanya iaitu Jasni, penyanyi lagu untuk filem dan piring hitam terkenal serta Neng Yatimah (seniwati berkaliber), namun ia bukanlah satu laluan mudah untuk Roseyatimah (Allahyarham) menjadi bintang filem yang disegani.

Hakikatnya, dia juga harus bermula dari bawah sebagaimana segelintir pelakon wanita senior terdahulu seperti Normadiah dan Rosnani Jamil.

Malah, dia juga terpaksa bersaing dengan lebih 100 bakat baru yang lain dalam satu uji bakat terbuka anjuran Aziz Sattar pada sekitar 1957.

揇alam uji bakat itu, hanya 10 orang saja yang dipilih iaitu Roseyatimah, Rahmah Rahmat dan Siti Hawa Majid.

揂pabila cukup saja 10 orang yang dipilih itu, saya terus serahkan pada P Ramlee (Allahyarham) dan bila P Ramlee pula melakukan uji bakat terhadap semua yang dipilih itu, dia akhirnya memilih Roseyatimah.

揇ari situlah Roseyatimah diperkenalkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan dari situlah bakat lakonannya mula menyerlah.

揜oseyatimah juga seorang yang fotogenik di dalam wayang gambar dan tidak berat mulut untuk bertanya bagaimana caranya untuk berlakon dengan baik, betul dan berkesan,
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 06:45 AM | Show all posts
L. Ramlie dengan janda anak lima
JOYAH mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada penyanyi vateran kesayangan ramai, L. Ramlie yang cukup hebat dengan lagu Dara Pujaan.

Abang Ramlie pada ketika ini sudahpun berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji bersama beberapa ahli keluarga lagi. Beliau termasuk dalam kelompok jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama ke sana bersama dengan isteri tercinta, Kamariah Yatim serta anak dan menantunya Afidah Ramlie dan Khalid Abdul Rahman.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci khabarnya Abang Ramlie sempat meninggalkan buah tangan kepada peminatnya di Malaysia. Album Kenangan Bersama Dara Pujaan adalah hadiah Abang Ramlie kepada peminat yang merindui kemunculan semulanya.

Album terbitan Rosli Selasih ini diterbitkan oleh Metro Muzik Enterprise.

Yang menariknya Abang Ramlie sempat menyiapkan klip video istimewanya untuk album berkenaan. Nampaknya dara pujaan L. Ramlie sudah tak dara lagi tetapi sudah jadi janda anak lima sekarang. Kisah lucu tetapi penuh dengan nostalgia bersama Dara Pujaan ini dirakamkan dalam klip video Kenangan Bersama Dara Pujaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 07:45 AM | Show all posts
Nostalgia: Mak Neng bintang air mata
Oleh Zainuri Misfar


Watak sedih dalam pelbagai filem dilakonkan cukup berkesan walaupun dia sebenarnya periang, kelakar

JIKA Siput Sarawak hebat dengan aksi penggoda, Normadiah sebagai ibu tiri kejam, Sarimah, Maria Menado, Kasma Booty atau Latifah Omar dengan kejelitaannya, Neng Yatimah pula terkenal dengan jolokan pelakon 慳ir mata
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:55 AM | Show all posts
Aku sukalah topik nie.....leh terkenang balik artis lama2 yang banyak menyumbangkan tenaga dan bakti ke dunia hiburan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 03:19 PM | Show all posts
Raja Hamidah terharu

Oleh Mohd Nasif Badruddin

TIADA yang lebih membanggakan bagi seorang ibu selain melihat anak-anak yang dikandungnya sembilan bulan kini berjaya di depan matanya. Bagi anak lelaki, syurga adalah di bawah telapak kaki ibu, manakala bagi wanita syurga di bawah telapak kaki suami.

Bagi seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saat, 74, kerukunan keluarga besar yang disemai sejak anak-anak masih kecil terus subur walaupun semuanya sudah dewasa dan memiliki keluarga sendiri.

Menurut balu kepada pengarah filem Melayu tersohor, Allahyarham Salleh Ghani itu, walaupun anak-anaknya sudah dewasa, namun kasih sayang dan cara didikannya tetap sama seperti mereka kecil.

揂lhamdulillah saya masih lagi dipanjangkan umur dan dapat bergaul mesra dengan anak dan cucu yang membesar di depan mata saya. Tiada rahsia besar dalam hidup kami sekeluarga selain daripada menitikberatkan didikan agama terutamanya sembahyang berjemaah.

揝aya memberi kebebasan kepada anak-anak untuk berkerja dan melakukan apa saja hobi yang mereka suka, tetapi apabila tiba soal sembahyang, mereka mesti tepati waktu dan sembahyang berjemaah,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:01 AM | Show all posts
Nostalgia: Aziz berlakon sampai usia 81 tahun
Oleh Zainuri Misfar
zainurimisfar@bharian.com.my


Bekas pemandu lori dengan gaji RM50 sebulan terus abadikan diri pada dunia perfileman tanah air

揓OLOK motosikal ye, bang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 02:23 PM | Show all posts
J Sham masih aktif, berhasrat hasil album
Oleh Nor Akmar Samudin

PADA 12 Disember lalu, genap usia penyanyi lama, J Sham 62 tahun. Tiada yang diharapkannya melainkan kesihatan yang baik dan keluarga aman bahagia sehingga ke akhir hayat.

Bagi meraikan hari jadinya itu, isteri, Kamariah Abdul Rafar, 62 dan anak-anaknya, Sabrina, 32, dan Mohd Afta, 29 serta menantu, Razali Mohd Ali,38, dan anak angkatnya, Kamarulanizal Yusof (Puteh), 28, mengadakan jamuan untuknya di kediaman penyanyi itu di Sekamat, Kajang, Selangor.

揝aya tidak bercadang untuk mengadakan sebarang majlis tetapi apabila anak dan isteri tetap mahu meraikannya, saya ikutkan saja.

揃arangkali ini juga masa sesuai untuk menjemput ahli keluarga yang tinggal berhampiran berkumpul di sini,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:14 PM | Show all posts
satu kebanggaan kepada org Melayu yang punya bakat seni yang benar2 istimewa dan dikenang hingga ke hari ini...terima kasih wahai seniman dan seniwati terdahulu.Tiada yang lama..tiadalah yang baru...besar sungguh jasa mereka dalam perkembangan seni di tanahair kita...isshhh...terharu plak aku!walaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2006 03:31 PM | Show all posts
Nostalgia: Uji pernah guna nama samaran
Oleh Zainuri Misfar (zainurimisfar@bharian.com.my)


Kejayaan dapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian di Panggung Anniversary kuatkan semangat dalam seni suara

SESEKALI mendengar suara nyanyian Uji Rashid di corong radio, segera membawa pendengar ke muzik era 1970-an. Misalnya, lagu Semakin Rindu Semakin Sayang ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan seni kata oleh Chuari Selamat.

Begitu juga lagu Tangisan Semalam (Datuk Ahmad Nawab/Datuk Jamil Sulong), Namaku Terukir Di Hati Ku (Datuk Ahmad Nawab/Erna), Mengapa Di Rindu (Ahmad Wan Yet/Zain Mahmood), Kenangan Yang Tak Ku Lupakan (Datuk Ahmad Nawab/Bahyah Mahmood) dan Hendak Ku Tanya Terasa Malu (Datuk Ahmad Nawab/Chuari Selamat).

Semua lagu ini apabila dimainkan kembali di radio, boleh membawa pendengarnya kepada nostalgia 30 tahun lalu. Nama Ahmad Nawab juga bagaikan tidak boleh dipisahkan dengan Uji Rashid. Menerusi kegigihan dan kesabaran dari komposer dan pemuzik veteran itulah, Uji dikenali sebagai penyanyi sekarang.

Ahmad Nawab dikatakan sanggup mempertaruhkan gajinya semata-mata untuk memastikan Uji Rashid berjaya sebagai penyanyi. Ini kerana pada peringkat awal, Uji dikatakan gagal menjalani rakaman untuk album pertamanya menyebabkan syarikat rakaman EMI di Singapura enggan menerimanya lagi.

Namun begitu, Ahmad Nawab yang ketika itu pemuzik dan penerbit dengan EMI memohon ihsan syarikat berkenaan memberi peluang kali terakhir kepada Uji Rashid. Beliau dikatakan sanggup gajinya dipotong sekiranya cubaan memperkenalkan bakat baru itu gagal.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Harun Al Rashid pernah berkata, beliau mengakui pembabitannya dalam dunia anak seni secara kebetulan saja. Anak kepada pasangan Harun Al-Rashid dan Fatimah Noor Muhammad Fakir Khan pernah menggunakan nama samaran Fuzzette. Pembabitan awal dalam arena seni bermula sebagai artis budaya di Kompleks Budaya Negara (KBN).

Bersamanya pada masa itu ialah Hail Amir, Normala Omar, Ahmad Tarmimi Sireger dan Zulkifli Zain. Uji menjadi penari dan turut menyanyi dan berlakon. Bersama KBN, Uji pernah mengadakan persembahan kebudayaan di luar negara. Suatu ketika semasa pulang dari Paris pada 1977, beliau tampil dengan fesyen rambut 慞aris Look
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 10:51 AM | Show all posts
Nostalgia: M Amin berani cuba pelbagai genre filem
Oleh Zainuri Misfar


Allahyarham pernah jadi guru sementara, rendah diri, sedia bekerja dengan karyawan muda

WATAK terkenal yang pernah dipegang M Amin ialah sebagai Hang Tuah dalam filem Hang Jebat arahan Hussien Hanif (1961). Terdapat satu babak yang agak panjang memaparkan pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat lakonan Nordin Ahmad yang sarat dengan kemahiran persilatan.

Satu lagi lakonan M Amin yang dianggap memberi kesan besar ialah menerusi filem Cinta Gadis Rimba yang diarahkan L Krishnan (1957). Filem yang diadaptasi daripada novel Harun Aminurashid itu membawa kisah seorang pemuda menyintai gadis Orang Asli.

Dalam filem Putus Harapan juga arahan L Krishnan (1957), M Amin melakonkan watak pemuda kecewa memapah teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke puncak bukit. Walaupun handal sebagai pelakon, nama M Amin lebih menyerlah sebagai pengarah. Pada awal pembabitannya dalam dunia perfileman, beliau hanyalah pembantu pengarah kegemaran L Krishnan, ditawarkan kerja sebagai pengarah selepas Hussien Hanif mengarahkan filem di Cathay Keris.

Hasil kerja hebat M Amin ialah menerusi filem terawalnya di Cathay yang menampilkan beliau sebagai pelakon atau pengarah. Berdasarkan kontraknya dengan Cathay, beliau menerima gaji RM1,500 sebulan selain bonus RM5,000 bagi setiap filem yang diarahkan.

Selama 11 tahun dengan Cathay Keris, beliau mengarahkan 28 filem bermula dengan Lancang Kuning (1962) hinggalah kepada filem Hati Batu (1973). Filem Chuchu Datuk Merah (1962) dianggap sebagai karya unggulan (masterpiece) daripada M Amin. Filem ini dikatakan berdasarkan cerita daripada filem Jepun iaitu A Horse Thief.

M Amin juga berani mencuba pelbagai genre. Daripada filem bercorak purbawara, beliau beralih kepada genre muzikal seperti filem Muda Mudi (1970), yang berlatarkan dunia muzik rock抧抮oll dengan mengangkat Siput Sarawak memegang karektor sebagai Bette Davis. Filem ini juga turut membawa Anita Sarawak ke layar perak.

Beliau kemudian beralih kepada genre komedi Dua Kali Lima (1966). Filem itu dikatakan membawa mesej besar mengenai kemajuan, pemodenan dan kepentingan kesihatan.

Pada 1970, M Amin mengarahkan filem Aku Mahu Hidup yang diadaptasi dari filem I Want To Live lakonan Susan Hayward. Begitupun, penulis skrip filem itu, Hamzah Hussein menjelaskan Aku Mahu Hidup adalah kombinasi daripada Dosa Wanita dan Sial Wanita.

Filem Aku Mahu Hidup mengenai kesungguhan seorang wanita muda yang mahu menjalani hidup seperti manusia biasa dan berusaha melepaskan diri daripada kehidupannya

sebagai pelacur akibat paksaan serta ugutan dari bapa tirinya.

Pengarah filem, U Wei Saari tabik dengan kehebatan M Amin. Beliau menganggap M Amin adalah salah seorang pengarah filem ada kelas tersendiri di atas sumbangannya menghasilkan lebih 10 filem Melayu hebat semasa zaman keemasan filem Melayu.

Seorang lagi pengarah, Adman Salleh berkata, walaupun kaya dengan pengalaman, M Amin tetap seorang yang merendah diri dan tidak kisah bekerja dengan karyawan generasi muda. Adman pernah bekerja dengan M Amin dalam filem Paloh (2003) apabila beliau turut menjadi salah seorang pelakon untuk filem itu.

Daripada guru ke dunia filem

SEBELUM terbabit dalam dunia perfileman, M Amin pernah menjadi guru sementara di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau berkhidmat dengan pasukan polis di Depot Polis Ipoh, antara 1946 hingga 1950.

Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan memohon kerja di MFP. M Amin menyandang pelbagai tugas sehingga dipanggil berlakon di sisi Mariam dalam filem Kembar arahan S Ramanathan pada tahun 1950.

Pada tahun 1952, beliau membintangi filem Berbahagia Di Singapura arahan Jaafar Wariyo, yang turut dibintangi Siti Hanim dan Rohaya.

M Amin mempunyai hubungan baik dengan L Krishnan. Beliau sering menjadi penolong pengarah kepada Krishnan selain pernah menjadi penulis skrip untuk filem Hang Jebat (1961) arahan Hussien Haniff.

Menerusi pengalamannya dengan kerja di sebalik tabir, pihak studio mempunyai keyakinan untuk mengangkatnya sebagai pengarah. Filem pertama arahannya ialah Lancang Kuning (1962) yang menggandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

PROFIL: M Amin

Nama Sebenar: Muhammad Amin bin Haji Ihsan

Tempat Lahir: Kuala Kangsar, Perak

Tarikh Lahir: 1 September 1925

Meninggal dunia: 8 Januari 2003

Filem Lakonan (antaranya): Kembar (1950: arahan S Ramanathan), Berbahagia Di Singapura (1952: Jaafar Wariyo), Pontianak (1957: B.N Rao), Chinta Gadis Rimba (1958: L Krishnan)

Selindang Delima (1958: K M Basker), Orang Minyak (1958: L Krishnan), Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1961: K.M Basker), Hang Jebat (1961: Hussain Haniff), Wan Perkasa (1964: Nordin Ahmad) dan Rahsia Hatiku (1974: Naz Achnas)

Filem arahan:

1962: Lanchang Kuning

1963: Chuchu Datuk Merah dan Tajul Ashikin

1964: Ayer Mata Duyong, Rumah Itu Duniaku dan Panglima Besi

1965: Mata Dan Hati, Muda Mudi, Patong Chendana, Ikan Emas dan Gurindam Jiwa

1966: Anak Dara dan Dua Kali Lima

1967: Mat Bond dan Dosa Wanita

1966: Mat Bond (bersama Mat Sentul) dan Dosa Wanita

1969: Srikandi, Keris Mas dan Sial Wanita

1970: Aku Mahu Hidup dan Puaka

1971: Jahanam dan Semusim Di Neraka

1972: Satu Titik Di Garisan, Semangat Ular, Harimau Jadian dan Hati Batu

1974: Satu Penentuan

1975: Pertiwi

1981: Sumpah Semerah Padi

1982: Bertunang

1983: Manis Manis Sayang

1984: Di Ambang Kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 09:24 AM | Show all posts
A.Galak kuat menangis
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM


KALAU sebut nama Zakaria Ahmad yang memegang watak penting dalam drama kepolisan, Gerak Khas yang disiarkan setiap Jumaat, 9 malam di RTM2 mesti penonton tertanya-tanya siapa dia?

Pasti penonton tidak percaya kalau diberitahu bahawa Zakaria Ahmad itu adalah nama sebenar pelakon A.Galak, 65, yang memegang watak sebagai Sarjan Mejar.

Menurutnya, Galak adalah nama timangannya di kalangan ahli keluarga sejak kecil.

揂rwah nenek saya kata, waktu kecil saya kuat melalak (menangis) kalau hendakkan sesuatu barang. Orang akan kata, eh! budak ini galak betul nangisnya. Sejak itu keluarga panggil Galak.

揔alau saya beritahu nama sebenar pun orang tetap panggil A. Galak.

A itu untuk Ahmad. Tak sangka nama Galak itu bawa tuah pada saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 09:11 AM | Show all posts
Nostalgia: M Amin berani cuba pelbagai genre filem
Oleh Zainuri Misfar


Allahyarham pernah jadi guru sementara, rendah diri, sedia bekerja dengan karyawan muda


KAWAN LAMA:Mak Nani dan M Amin
turut membintangi filem memori.


WATAK terkenal yang pernah dipegang M Amin ialah sebagai Hang Tuah dalam filem Hang Jebat arahan Hussien Hanif (1961). Terdapat satu babak yang agak panjang memaparkan pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat lakonan Nordin Ahmad yang sarat dengan kemahiran persilatan.

Satu lagi lakonan M Amin yang dianggap memberi kesan besar ialah menerusi filem Cinta Gadis Rimba yang diarahkan L Krishnan (1957). Filem yang diadaptasi daripada novel Harun Aminurashid itu membawa kisah seorang pemuda menyintai gadis Orang Asli.

Dalam filem Putus Harapan juga arahan L Krishnan (1957), M Amin melakonkan watak pemuda kecewa memapah teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke puncak bukit. Walaupun handal sebagai pelakon, nama M Amin lebih menyerlah sebagai pengarah. Pada awal pembabitannya dalam dunia perfileman, beliau hanyalah pembantu pengarah kegemaran L Krishnan, ditawarkan kerja sebagai pengarah selepas Hussien Hanif mengarahkan filem di Cathay Keris.

Hasil kerja hebat M Amin ialah menerusi filem terawalnya di Cathay yang menampilkan beliau sebagai pelakon atau pengarah. Berdasarkan kontraknya dengan Cathay, beliau menerima gaji RM1,500 sebulan selain bonus RM5,000 bagi setiap filem yang diarahkan.

Selama 11 tahun dengan Cathay Keris, beliau mengarahkan 28 filem bermula dengan Lancang Kuning (1962) hinggalah kepada filem Hati Batu (1973). Filem Chuchu Datuk Merah (1962) dianggap sebagai karya unggulan (masterpiece) daripada M Amin. Filem ini dikatakan berdasarkan cerita daripada filem Jepun iaitu A Horse Thief.

M Amin juga berani mencuba pelbagai genre. Daripada filem bercorak purbawara, beliau beralih kepada genre muzikal seperti filem Muda Mudi (1970), yang berlatarkan dunia muzik rock抧抮oll dengan mengangkat Siput Sarawak memegang karektor sebagai Bette Davis. Filem ini juga turut membawa Anita Sarawak ke layar perak.

Beliau kemudian beralih kepada genre komedi Dua Kali Lima (1966). Filem itu dikatakan membawa mesej besar mengenai kemajuan, pemodenan dan kepentingan kesihatan.

Pada 1970, M Amin mengarahkan filem Aku Mahu Hidup yang diadaptasi dari filem I Want To Live lakonan Susan Hayward. Begitupun, penulis skrip filem itu, Hamzah Hussein menjelaskan Aku Mahu Hidup adalah kombinasi daripada Dosa Wanita dan Sial Wanita.

Filem Aku Mahu Hidup mengenai kesungguhan seorang wanita muda yang mahu menjalani hidup seperti manusia biasa dan berusaha melepaskan diri daripada kehidupannya

sebagai pelacur akibat paksaan serta ugutan dari bapa tirinya.

Pengarah filem, U Wei Saari tabik dengan kehebatan M Amin. Beliau menganggap M Amin adalah salah seorang pengarah filem ada kelas tersendiri di atas sumbangannya menghasilkan lebih 10 filem Melayu hebat semasa zaman keemasan filem Melayu.

Seorang lagi pengarah, Adman Salleh berkata, walaupun kaya dengan pengalaman, M Amin tetap seorang yang merendah diri dan tidak kisah bekerja dengan karyawan generasi muda. Adman pernah bekerja dengan M Amin dalam filem Paloh (2003) apabila beliau turut menjadi salah seorang pelakon untuk filem itu.

Daripada guru ke dunia filem

SEBELUM terbabit dalam dunia perfileman, M Amin pernah menjadi guru sementara di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau berkhidmat dengan pasukan polis di Depot Polis Ipoh, antara 1946 hingga 1950.

Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan memohon kerja di MFP. M Amin menyandang pelbagai tugas sehingga dipanggil berlakon di sisi Mariam dalam filem Kembar arahan S Ramanathan pada tahun 1950.

Pada tahun 1952, beliau membintangi filem Berbahagia Di Singapura arahan Jaafar Wariyo, yang turut dibintangi Siti Hanim dan Rohaya.

M Amin mempunyai hubungan baik dengan L Krishnan. Beliau sering menjadi penolong pengarah kepada Krishnan selain pernah menjadi penulis skrip untuk filem Hang Jebat (1961) arahan Hussien Haniff.

Menerusi pengalamannya dengan kerja di sebalik tabir, pihak studio mempunyai keyakinan untuk mengangkatnya sebagai pengarah. Filem pertama arahannya ialah Lancang Kuning (1962) yang menggandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

PROFIL: M Amin

Nama Sebenar: Muhammad Amin bin Haji Ihsan

Tempat Lahir: Kuala Kangsar, Perak

Tarikh Lahir: 1 September 1925

Meninggal dunia: 8 Januari 2003

Filem Lakonan (antaranya): Kembar (1950: arahan S Ramanathan), Berbahagia Di Singapura (1952: Jaafar Wariyo), Pontianak (1957: B.N Rao), Chinta Gadis Rimba (1958: L Krishnan)

Selindang Delima (1958: K M Basker), Orang Minyak (1958: L Krishnan), Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1961: K.M Basker), Hang Jebat (1961: Hussain Haniff), Wan Perkasa (1964: Nordin Ahmad) dan Rahsia Hatiku (1974: Naz Achnas)

Filem arahan:

1962: Lanchang Kuning

1963: Chuchu Datuk Merah dan Tajul Ashikin

1964: Ayer Mata Duyong, Rumah Itu Duniaku dan Panglima Besi

1965: Mata Dan Hati, Muda Mudi, Patong Chendana, Ikan Emas dan Gurindam Jiwa

1966: Anak Dara dan Dua Kali Lima

1967: Mat Bond dan Dosa Wanita

1966: Mat Bond (bersama Mat Sentul) dan Dosa Wanita

1969: Srikandi, Keris Mas dan Sial Wanita

1970: Aku Mahu Hidup dan Puaka

1971: Jahanam dan Semusim Di Neraka

1972: Satu Titik Di Garisan, Semangat Ular, Harimau Jadian dan Hati Batu

1974: Satu Penentuan

1975: Pertiwi

1981: Sumpah Semerah Padi

1982: Bertunang

1983: Manis Manis Sayang

1984: Di Ambang Kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062153 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list