CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

FAuZiaH LatIfF-PEsONa

[Copy link]
Post time 17-5-2004 03:06 PM | Show all posts
kecik-kecik dulu minat jugak....sore dia sedap jugak..skarang tak minat dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2004 03:13 PM | Show all posts
kenapa?

sbb sore dia dah tak mcm dulu eks?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2004 04:07 PM | Show all posts
semalam aku gi lah kedai CD yg aku beli CD Jee ni dulu (kat KLCC)...sajer je...mana tau kot2 ada CD2 baru kuar...maka terjadi la satu kejadian bencana alam yg dahsyat...terkezuttt tenuk aku bila harga CD Jee dah naik ke RM 45-00 hinggit...haprak punya kedai...nasib la masa ku beli dulu RM 39-90 hinggit jer...

apa2 pun CD ni memang patut dilayan...cuma yg buat aku keciwa ialah ia tidak di DIGITALLY REMASTERED...puas aku belek2...tak der pun tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2004 07:42 PM | Show all posts
dah beli dah album ni..

memang berbaloi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2004 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 17-5-2004 16:07:
semalam aku gi lah kedai CD yg aku beli CD Jee ni dulu (kat KLCC)...sajer je...mana tau kot2 ada CD2 baru kuar...maka terjadi la satu kejadian bencana alam yg dahsyat...terkezuttt tenuk aku bila ha ...


nasib baik ko dah beli awal...

kat kedai kotaraya tu menten harga dia RM40...

hehehe aku dah beli CD TIADA NOKTAH CINTA(happy R), GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU(EMI) dan juga PETIKAN SYAHDU VOL 1(EMI)....

banyak lagi CD yg takder...akan berusaha terus utk mencari CD2 lama JEE...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2004 11:07 AM | Show all posts
nak mintak tolong ngan u all semua..

klu u all pegi kedai kaset kat tempat u all (esp luar KL)..tolong2lah tengokkan CD2 lama FAUZIAH LATIFF nie..ada beberapa lagi CD yg takder utk lengkapkan my collection..Di sekitar KL rasanya memang dah takder...haritu my fren ada jumpa CD TIADA NOKTAH CINTA kat sitiawan-perak...so, tak mustahil CD2 lama JEE ni masih ada lagi...tentang harga saya tak kisah..tentang upah pun tak kisah jugak..

CD2 YANG DICARI

FAUZIAH LATIFF
1. DIGAMIT MEMORI(RM100 pun sanggup beli)
2. KAU MERUBAH SEGALANYA(Rm100 pun takper)
3. KINI(desperately needed)
4. KOLEKSI EMAS VOL 1-AKU MASIH SPT DULU
5. EPILOG MEMORI GELITA(ni yg paling tak mustahil ada lagi)
6. PETIKAN SYAHDU VOL 2(keluaran HAPPY RECORD..bukan EMI)

AISHAH
1. AISHAH II

tolonglah jenguk2kan yer kat kedai berhampiran tempat tinggal anda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2004 03:48 PM | Show all posts
aishah II tuh sin macam pernah ternampak kat kedai cd dlm cm...kire macam cd lama laa..tak tau laa ada stok lagi ker tak..but i can say all the songs in that album is very beautiful..melody n lyrics...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2004 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 31-5-2004 15:48:
aishah II tuh sin macam pernah ternampak kat kedai cd dlm cm...kire macam cd lama laa..tak tau laa ada stok lagi ker tak..but i can say all the songs in that album is very beautiful..melody n lyric ...


TQ FOR THE INFO..

HARI NI JUGA AKAN KE CM...:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2004 07:34 PM | Show all posts
Dulu i minat juga kat Fauziah Latif ni tapi bila dah lama dia tak buat lagu yang menyayat hati, dah kurenggg minat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2004 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 31-5-2004 15:48:
aishah II tuh sin macam pernah ternampak kat kedai cd dlm cm...kire macam cd lama laa..tak tau laa ada stok lagi ker tak..but i can say all the songs in that album is very beautiful..melody n lyric ...


semalam dah ke CM kat sana ada 2 kedai kaset kan?

satu kat GROUND FLOOR-HORIZON MUSIC
satu kat 1st floor-MUSIC MAGIC

2-2 tempat takde langsung bayang2 album AISHAH II..balik2 tunjuk album AISHAH NO 1-POP KLASIK..tolonglah...

pastu org kat MUSIC MAGIC tu kata utk album SONY spt AISHAH dan NING memang SONY takkan keluarkan lagi CDnya...
harapanku kian pudar...harap2 dapatlah korang di luar kl sana menolongi aku ini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2004 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 31-5-2004 11:07 AM:
nak mintak tolong ngan u all semua..

klu u all pegi kedai kaset kat tempat u all (esp luar KL)..tolong2lah tengokkan CD2 lama FAUZIAH LATIFF nie..ada beberapa lagi CD yg takder utk lengkapkan my ...


kalau aku jumpa, aku kasik tau ko ye KOSE...tapi ko kena la bersaing ngan aku...hehehe...aku pun cari gak album lelama dia ni...mungkin susah nak dpt...maklum la barang antik...tapi aku coba la ya!!!!

P/S: kalau dpt cam ner nak kontek ko...???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2004 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 1-6-2004 10:48:


kalau aku jumpa, aku kasik tau ko ye KOSE...tapi ko kena la bersaing ngan aku...hehehe...aku pun cari gak album lelama dia ni...mungkin susah nak dpt...maklum la barang antik...tapi aku coba la ...


hehehe..

saya pun boleh tolong u gakzz untuk cari CD2 tu..

CD apa yg u belu ada?

APA SEBENARNYA ada tak? my fren ada jumpa kat PERAK..

nanti saya PM u okay..tq.
Reply

Use magic Report

throughtherain This user has been deleted
Post time 1-6-2004 12:47 PM | Show all posts
aku nak semua cd-cd ning. oops, tersalah post kat thread ni lak. sape ley tolong?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2004 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2004 02:53 PM | Show all posts

review album di BI POP

dipetik dari BI POP
tarikh: 30/05/04

Jom melakar kenangan bersama Jee

DULU siapa yang tidak kenal dengan Fauziah Latiff atau lebih popular dengan Jee. Dari zaman belasan tahun lagi, Jee sudah dianggap sebagai trendsetter dalam industri muzik tanah air. Rambutnya, suaranya, gayanya di pentas malah cara dia berpakaian menjadi ikutan anak muda.

Apatah lagi lagunya yang banyak melakar kenangan suka duka pahit manis perjalanan dirinya sebagai seorang artis. Album Di Sebalik adalah simbol kerja seni dan bak kata Jee sendiri sebuah luahan yang dicuit dari hati.
Memuatkan 33 lagu, album Di Sebalik adalah kompilasi lagu dari album lalu termasuk dua lagu baru. Mengandungi dua CD, Di Sebalik pada CD pertama dimulakan dengan satu lagu baru berjudul Menjauhkan Diri. Dan seperti biasa, Jee nampaknya begitu selesa dengan dua gandingan insan seni yang menjadi saksi kejayaan demi kejayaan yang diraihnya. Ross Ariffin dan lirik oleh Juwie.

Sebuah lagu berentak perlahan, Menjauhkan Diri jelas menampilkan kematangan Jee dari segi kawalan vokal. Pernah terdengar tidak lama dulu selepas Jee lama berehat dari dunia seni kerana menumpukan masa untuk keluarga, kemampuan nyanyiannya agak menurun. Tetapi menjauhkan diri membuktikan yang Jee masih utuh.

Malah, Jee kini tampil berani menyumbangkan nukilan dengan menggubah lagu Detik (juga lagu baru) yang dimuat dalam CD kedua bersama Rudy Etton. Entah mengapa, Jee tetap memilih rentak perlahan untuk lagu kedua ini dan tidak rentak yang lebih up-beat. Mungkin ada kejutan besar dalam album penuh terbaru Jee nanti siapa tahu.

Apapun, Di Sebalik elok dijadikan antara koleksi terbaik sumbangan Fauziah Latiff yang hingga kini tiada lain yang seumpamanya.


Antara lagu yang dimuatkan termasuklah Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Teratai Layu Di Tasik Madu, Sandarkan Ke Bahuku, Bukan Kemahuan Fikiran, Di Muara Sepi, Aku Sebutir Pasir, Sahabat dan banyak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2004 05:49 PM | Show all posts
walaupun album ni cuma kompilasi dan ada lagu2 yg pernah dikompilasikan sebelum ni tapi DISEBALIK... mendapat review yg cukup bagus dikalangan wartawan dan peminat hiburan tanahair...so pada yg masih ragu2 dgn album ni boleh la beli sekarang...sesungguhnya kenangan lama memang sukar dilenyapkan...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2004 06:05 PM | Show all posts
dlm bnyk2 album solo JEE, yg mana satu korang rasa paling BEST...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2004 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 1-6-2004 18:05:
dlm bnyk2 album solo JEE, yg mana satu korang rasa paling BEST...


takde satu pun album solo JEE yg hampeh..

aku paling suka

1. SAHABAT
2. EPILOG MEMORI GELITA
3. JEE 98
4. APA SEBENARNYA
5. TIADA NOKTAH CINTA

sumer bestla..kecuali album 1st tu yg kurengg sikit..namun tetap tak masuk kategori hampeh..

ko plak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 3-6-2004 09:00 AM:


takde satu pun album solo JEE yg hampeh..

aku paling suka

1. SAHABAT
2. EPILOG MEMORI GELITA
3. JEE 98
4. APA SEBENARNYA
5. TIADA NOKTAH CINTA

sumer bestla..kecuali album 1st tu yg ...



dan calon2 bg gegendang telinga aku lak ialah :-

1. kau merubah segalanya ( memang merubah segalanya pasal JEE...:clap::clap: )
2. epilog memori gelita ( killer album!!! :clap::clap::clap: )
3. yg lebih kau cinta...( walau pun tak cukup 10 lagu...:hmm::hmm

album2 yg lain tu bagus jgk...tapi yg 3 diatas paling aku suka dr segi lagu2 nya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2004 10:36 AM | Show all posts
sapa komposer2 yg korang rasa JEE patut bekerjasama selain ADNAN, ZUL MAHAT, ROSS ARIFFIN dan MANAN NGAH??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065218 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list