CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1909|Reply: 3

Buat Ujian Makmal Jamin Keaslian Madu

[Copy link]
Post time 15-3-2021 04:27 PM | Show all posts |Read mode

Nur Raziana menuai madu kelulut.


Harian Metro

Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengusaha madu kelulut Orang Asli, Nur Raziana Ramli, 42, menghantar sampel madu ke Institut Genom Malaysia untuk menjalani ujian makmal bagi mengetahui keasliannya sebelum ia dipasarkan.

Katanya, institut itu menawarkan perkhidmatan berkenaan dengan kadar bayaran RM20.

"Saya akan menghantar sampel ke institut berkenaan untuk ujian makmal setiap kali membeli madu yang sudah siap dituai daripada Orang Asli.

"Ini kerana, ada segelintir daripada individu ini mencampurkan bahan lain di dalam madu berkenaan. Jadinya, keaslian madu itu sudah berkurangan.

"Sebaliknya, saya tidak berbuat demikian (ujian makmal) jika turun padang menuai sendiri madu berkenaan di ladang ternakan kelulut Orang Asli lain," katanya.

Nur Raziana yang sudah enam tahun mengusahakan ternakan madu kelulut berkata, bukan mudah untuk mengenal pasti madu yang terdapat dalam pasaran sama ada ia asli atau tiruan.

Katanya, pembuat madu tiruan semakin ke hadapan kerana rasa madu yang dihasilkan tidak ubah seperti madu asli.

"Setiap madu mempunyai khasiat tersendiri dan sebab itu, kita perlu memahami kandungannya.

"Madu mengandungi fruktos, sukrosa, glukos dan asid glukonik. Tetapi kandungan madu kelulut lebih kepada asid glukonik untuk mengawal asid perut serta gastrik," katanya.

Nur Raziana berkata, tanggapan ramai yang menganggap madu asli tidak dihurung semut adalah salah.

"Fruktos, sukrosa dan glukosa yang terkandung di dalam madu adalah gula semulajadi.

"Sepanjang pengalaman menceburi bidang ini, setiap kali menuai madu di sarang, pasti madu itu dihurung semut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 04:31 PM | Show all posts
i see....thanks for the info. I ingat kalau madu tu ada semut tak ori, recently ada abang ni jual madu asli ...disebabkan rasa kesian tgk dia diri panas panas i beli dua botol size botol kicap kecil yg kecik size tu rm30..to me mahaii la...tapi sbb kesian i belila dua botol. So i taste it and i have no idea asli or tak...but not semut so i assumed asli...hehehe sory bercerita pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 15-3-2021 04:31 PM
i see....thanks for the info. I ingat kalau madu tu ada semut tak ori, recently ada abang ni jual ma ...

Saiz tu biasa sebotol dah 30 hengget.kalu betul ori,dah murah la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:40 PM | Show all posts
Belibis replied at 15-3-2021 05:16 PM
Saiz tu biasa sebotol dah 30 hengget.kalu betul ori,dah murah la.

oh ye ke...xpelah either way rezeki dia dah kan...sy pun x pasti kira okayla tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list