CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30560|Reply: 45

Sejarah: Dari jawi ke rumi.

[Copy link]
Post time 15-2-2005 01:20 AM | Show all posts |Read mode
Siapa boleh cerita sejarah macamana bahasa melayu tukar dari jawi ke rumi.

Contoh katala kita pergi Rusia.  Orang Malaysia tentu akan tulis perkataan russia tu dalam tulisan rumi, supaya senang sebut.

Jadi macamana ye sejarah tulisan melayu dirumikan.  mungkin ke sebab omputih tak boleh baca jawi, jadi dia orang pakai tulisan rumi?  Ini aku agak-agak aje la.  

Kemudian macamana pulak tetiba ada ejaan-ejaan standard bahasa melayu dalam tulisan rumi?

Siapa pulak yang bertanggungjawab atau siapa yang involve buat standard version ejaan rumi bahasa melayu?  orang melayu ke atau omputih?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 10:16 AM | Show all posts

salam,

Topik yg menarik...

Yg I tau..  kedatangan Islam tlh meningkatkan lagi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca di Nusantara.  Sebelum tu bahasa Sanskrit jadi bahasa ilmu.

Setelah kedatangan Islam abjad Arab-Jawi diperkenalkan.

Nanti I cuba cari info pasal abjad rumi lak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 04:38 PM | Show all posts
ni semua, British punyer keje lah niiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2005 11:33 PM | Show all posts
Hmmm tak jumpa lagi sejarah tulisan rumi ni...

Yg byk sejarah Bahasa Melayu... actually, penulisan dlm Bahasa Melayu adalah merangkap tulisan jawi dan rumi...

Nampak sgt bangsa Melayu tidak peka akan kepentingan penulisan sejarah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 12:13 AM | Show all posts
:hmm::hmm: nak citer dari jawi ke rumi ye....

aku nak mulakan dari jawi dulu.. nanti aku try carik macam mana jadi rumi... yg aku tau Pendita Za'ba yg memartabatkan tulisan rumi

Utusan Malaysia 5/11/2004

Sistem tulisan Jawi - Sinarnya merentasi zaman

..PERKATAAN yang baik umpama pohon yang baik, akarnya mencengkam tanah, pohonnya menjulang ke langit, ia menghasilkan buahnya pada setiap musim. Intisari maksud daripada surah Ibrahim ayat 25.
Pohon yang tinggi memerlukan akar yang kukuh. Tanpa akar, pohon akan rebah ke bumi. Dengan akar juga ia menyerap makanan agar kehidupan dapat diteruskan.

Bahasa Melayu umpama pohon, tulisan Jawi pula umpama akar. Melalui tulisan Jawilah bahasa Melayu membina kekuatannya pada zaman kegemilangan kesusasteraan Melayu.

Akar kekuatan tulisan Jawi terletak kepada sistemnya yang dinamik dan berpotensi menerima perkembangan.

Inilah di antara faktor yang menjadikan tulisan Jawi tetap bertahan merentasi perubahan zaman.

Secara umum, tulisan Jawi boleh dikategorikan kepada dua sistem, iaitu sistem ejaan dan sistem visual penulisannya.

Kebanyakan pengkaji menumpukan kepada aspek ejaan dan amat sedikit sekali yang mengkaji aspek perkembangan visualnya.

Oleh kerana potensi yang dimilikinya, kajian terhadap sistem ejaan Jawi masih terus dijalankan oleh pengkaji dari timur dan barat hingga hari ini.

Huruf Jawi merangkum 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan sebagaimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu, iaitu (Pa, Ga, Nga, Cha dan Nya) dengan satu abjad iaitu (Va) yang ditambah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Pedoman Ejaan Jawi (1986).

Kepelbagaian ini membolehkan tulisan Jawi diadaptasi ke dalam pelbagai bahasa di dunia, setanding dengan kemampuan tulisan Rumi.

Mungkin inilah di antara sebab mengapa tulisan Jawi berjaya menarik perhatian pengkaji dari timur dan barat.

Malah Shellabear dalam satu penulisannya pernah menyatakan kekagumannya terhadap keseragaman ejaan Jawi sebelum abad ke17M.

Nama-nama seperti Raja Ali Haji, Muhamad Ibrahim, Raja Haji Muhamad Tahir, Muhamad Said Sulaiman dan Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) adalah antara mereka yang berjasa dalam pengkajian Jawi.

Hari ini selain Juhari Moin, Hashim Musa dan lain-lain, kajian oleh Kang Kyoung Seock dari Korea turut menarik perhatian umum.

Para pengkaji telah membahagikan perkembangan tulisan Jawi kepada lima tahap perkembangan.

Pada peringkat awal tulisan Jawi menggunakan baris I'rab (atas, bawah dan sukun dan hadapan ) seperti tulisan Arab.

Ejaan Jawi pada abad ke 17M adalah lebih baku dan kurang menggunakan vokal alif, wau dan ya.

Sementara pada abad ke 18M lebih banyak vokal alif, wau dan ya digunakan. Pada abad ke 19M ejaan Jawi telah meninggalkan sistem ejaan lamanya dengan menggunakan huruf vokal secara lebih meluas.

Hikayat Abdullah menjadi contoh tahap transisi ejaan Jawi baru yang berlaku antara abad ke 19 dan 20M.

Pendita Za'aba telah menyusun panduan ejaan Jawi dalam Daftar Ejaan Jawi dan Rumi 1938/1949 dan telah diterima secara meluas dalam masyarakat Melayu.

Walau bagaimanapun pada tahun 1963, pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan secara tidak langsung telah menurunkan tahap penggunaan tulisan Jawi.

Menyedari kepentingan Jawi dalam pembangunan negara, pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran telah mewajibkan kurikulum Jawi di peringkat sekolah rendah agama. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran pernah menyatakan tulisan Jawi adalah warisan yang tidak ternilai harganya, khusus bagi masyara-kat Melayu.

Kini satu lagi langkah memperkasa tulisan Jawi telah diperkenalkan. Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Projek J-Qaf (Jawi, Quran, Arab & Fikah) yang bakal dijalankan pada tahun 2005 bermula dengan murid Tahun Satu.

Walaupun pelbagai jenis seni khat digunakan dalam menulis skrip Jawi sejak abad ke 13M hingga kini, penggunaan khat yang diadaptasi daripada seni khat Nasakh dan Farisi tampak lebih dominan. Mungkin ini disebabkan oleh kesesuaiannya dengan kelembutan budaya Melayu.

Dari situ, beberapa bentuk tulisan yang menarik telah berjaya dihasilkan. Di antaranya ialah gaya tulisan dalam Hikayat Hang Tuah yang menunjukkan bentuk tulisan yang unik dan tersendiri, yang diadun daripada gaya Nasakh serta Farisi.

Ciri-ciri tulisan tersebut menampakkan ciri-ciri kewibawaan dan karisma. Mungkin gayanya boleh menjadi titik tolak kajian bagi menghasilkan seni tulisan Jawi baku.

Ia bukan satu perkara mustahil, kerana tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa.

Jika orang Maghribi mempunyai tulisan Maghribi, Kufah dengan Kufinya, Iran dengan Farisinya, bukan mustahil umat Melayu akan mempunyai seni khat Jawinya suatu masa nanti.

Perkara ini disedari oleh segelintir seniman tempatan. Black & Brown sendiri telah membangunkan satu kajian mengenai bentuk seni khat Jawi.

Berbagai-bagai aspek diambil kira dalam kajian, malah kemungkinan penggunaan kaedah huruf besar, huruf sambungan dan juga teknik penulisan pantas turut menjadi subjek kajian di Black & Brown.

Kekuatan sistem yang dinyatakan ini menjadikan tulisan Jawi mampu menongkah arus zaman.

Permintaan terhadap tulisan Jawi perlu diperbanyakkan, walaupun dalam kepesatan penggunaan tulisan Rumi dalam era globalisasi.

Tulisan Jawi juga mencerminkan kekuatan umat ini dalam menghadapi arus zaman yang serba mencabar.

Kesedaran terhadap kebaikan tulisan Jawi akan menimbulkan penghargaan umat Islam Melayu terhadap kehebatan warisan sendiri.

Memang benar kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang di dunia, namun kata-kata ini hanya akan menjadi kenyataan apabila umat Melayu memiliki identiti budaya dan mendirikan agamanya.

Jika bukan suatu umat itu memartabatkan warisan bangsa dan agamanya sendiri, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkannya?

- Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam, penerbitan dan pengiklanan selama 15 tahun dan pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi selama 10 tahun.

Tel: 03-6156 5660 Faks: 03-6156 5661 E-mel: sisipanseni@blackbrown.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 12:33 AM | Show all posts
TULISAN JAWI TAKKAN HILANG DITELAN ZAMAN
Oleh Mohamad Hata Ghazali
Jabatan Kimia , Univ. Malaya


TULISAN jawi merupakan khazanah kekayaan bangsa dan tamadun kita untuk hampir 1,000 tahun manakala tulisan rumi baru berumur kira-kira 40 tahun sebagai tulisan rasmi di Malaysia. Demikian dinyatakan oleh Naib Canselor , Profesor Dato
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2005 12:51 AM | Show all posts
:stp::stp::stp: ni aku jumpa lagi pelik.. apsal tajuk dia tulisan korea?? org korea ke yg tulis artikel ni?? tapi takde rujukanpun sape yg tulis... macam manapun tetap menarik utk dibaca.... & jgn tanya aku kalau ejaan dia agak pelik... campur bhs indon kot??

은정이가 T.J 문자를 공부하는 방이예요

TULISAN JAWI 공부방
bab1
Bahasa malaisia sedang berkembang dan tulisan ruminya telah sehingga tulisan ini digunakan secara berleluasa sebagai alat kebudayaan barat.
말레이시아의 언어는 현재 발전하고 있으며 루미문자는 이미 서구 문화기구 처럼 자유롭게 이 문자는사용되어졌다

Pendahuluan1.1 Tujuan dan penting kagian ini
Bahasa Malaisia sedang berkembang dan tulisan ruminya telah maja sehingga tulisan ini digunakan secara berreluasa sebagai alat kebudayaan barat.
Tulisan rumi ini boleh disebut sebagai unsur asing yang juga boleh dianggap perintis dalam bidang bahasa tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah memperkembangkan
warisan sendiri pun sangat perlu dititikberatkan warisan ini tidak lain daripada tulisan Jawi bahasa Malaysia usaha menyelidili tulisan Jawi ini ada beberapa tujuan atau
kepentingan.

1.1.1 penimbaan bahan-bahan lama yang sangat berguna bagi sastrawan dan cendekiawan
Jika kita ingin menyelidiki kesusatraan kebudayaan masyarakat Melayu dan sebagainya maka kita mesti berbalik kepada bahan rejuan atau manuskerip lama kerana tidak ada
lagi bahan yang masih tinggal dalam tulisan pelawan atau bagi yang telah digunakan dalam masyrakat Melayu sebelum tulisan Jawi itu digunakan sejarah Merayu bermula
bersama-sama dengan tulisan Jawi orang yang mau menyelidiki unsur Melayu terpaksa mengkaji bahan-bahan yang bertulis dalam tulisan Jawi tetapi diantara bahan lama yang
berkenaan dengan bermacam-macam bidang itu banyak yang belum dirumikan dan digunakan justru karena tulisan rumi kuno sedikit banyak mengenalpastikan posisi tulisan Jawi ini sekarang

1.1.2 pewarisan tulisan Jawi kepada generasi akan datang
Batu bersurat terengganu yang dianggap sebagai bahan yang bertarikh lebih kurang 1303 masehi menunjukkan bahawa sejarah tulisan Jawi telah hampir tujuh ratus tahun lamanya.
(Lihat harun amin arsyad 1966:13). Selama dua ratus tahun ia sudah dengan berkembang selaras dengan berkembangnya agama Islam. Tetapi setelah orang Eropa masuk ketanah Melayu
pada tahu 1511, tulisan Jawi dikebelakangkan sehingga sama-sama menggunakan tulisan Rumi. Akhirnya tulisan Jawi telah hilang kedudukannya dalam bidang pendidulkan selepas peristiharan
akta bahasa kebangsaan pada tahun 1963, walaupun akta itu tidak melarang pergunaan tulisan Jawi.(Lihat uang had salah 1982:20).
Akibat pindakan tersebut penggunaan Jawi sedikit demi
sedikit mula merosok hingga tahun 1984. Pada tahun 1985
kementerian pelajaran menyadari kepentingan warisan ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi ini disekolah rendah agama memang wajar kita menyelidiki tulisan Jawi ini dan
mewariskan kepada generasi yang akan datang.

1.1.3 Tulisan Jawi sebagai ciptaan yang cemerlang.
Didunia ini Jawi hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja. Walaupun huruf ini berasal daripada bahasa Arap namun tulisan Jawi ini telah lama diubahsuaikan hingga sekarang
dan boleh disebut unsur Melayu. Pada zaman dahulu tulisan persi dan urudu pun coba diubahsuai daripada tulisan Arap hal sama berlaku
pada tulisan Jawi yang juga dikemaskinikan apa yang menimbangkan kalau tulisan Jawi ini dimausnakan maka metiara diri dunia Melayu ini akan hilang dengan kata
lain ciptaan yang cemerlang itu akan hilang dari dunia ini.


1.1.4 Kemudahan membaca

Membaca tanpa dasar tulisan jawi samalah seperti si buta berjalan tanpa. Dengan mempala jari huruf dan hukum-hukum dasar tulisan jswi kita akan burih mengetahui sebutan dengang lebih mudah laki. Walaupun sistem tulisan ini telah arab, namun tetapi mempunyai asas sistem tulisan arab sehingga orang yang mahir dalam tulisan jawi burih mendekati bahasa arab dengan lebih mudah. Di malaysia tulisan jawi lebih di titikberatkan sebab agama adalah agama islam. Ini boleh dikatakan dari antara agama dengan bahasa
ini. Umpamanya agama hindu berpasangan dengan bahasa, agama berpasangan dengan bahasa jawi, agama berpasangan dengan bahasa dan tulisan rumi dan agama islam berpasangan dengan bahas arab atau pun tulisan arab dan jawi. Di lihat dari segi perkaitan di atas itu boleh katakan agama islam tidak begitu berpasangan dengan tulisan arab dan jawi, keran tulisan rumi ini berasala daripada islam . Sehingga kalau kita mahu teguh dalam agama islam kita perlu menylidiki dan menggunakan tulisan jawi ini.Merumikan by lee,young-min

[ Last edited by eyka on 25-2-2005 at 01:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 12:51 AM | Show all posts
1.1.5 Mencari sistem baharu yang mudah


Dalam sistem lama ini ada beberapa masalah perkataan 'tupai' dan 'topi'
tidak boleh dibidakan kerana sistem sekarang menggunakan satu huruf
untuk dua atas tiga sebutan dan. Sekarang cara menulisnya
bermacam-macam sehingga orang awam tidak tahu tulisan yang baku.
Selaras dengan ini kita akan mencari satu sistem dengan
menganalisis tullisan kenu dan memperbandingkan beraneka ragam tulisan yang
terdapat dalam bahan-bahan lama itu.Merumikan by lee,young-min



1.2 Later belakang kajitan tulisan jawi.


Pengkaji erapah yang ialah Rev.W.G. Shellabear. beliau telah
menybut beberapa orang pengkaji lain berserta karangan mereka dalam karangan
beliau yang bertajuk "The Evolution of Malay Spelling"(1901).
Dr. Van Ronkel dengan karangannya dalam jurnal yang
bertajuk "Bidjragen tot de Taal Land-en "Indie Nederlandsch Volkenkunderan"
(di petik oleh Shellabear (76:1901), Robison, dengan karangannya yang bertajuk
"Malayan Orthography" (di petik oleh Dr. Gerth v. Wijk(83:1901)Shellabear
dengan bukunya bertajuk "Spraakleer der Maleische Taal"(Batavia, 1909)
Werndly, dengan "Mal. Spraakkunst"(87:h) De Hollander dengan karangannya
Letterkunde Handleiding tot de beoefening der Mal. Taal-en(1856:Breda) dan
ada juga pengkaji-pengkaji yang berhama V. Elbinck(81:h) Van de Wall(87:h)
Pieter Willemsz(89:h) A.B. Cohen Stuart(92:h) Dijnappel(103:h) klin


kert(103:h) Wilkinson(103:h) das lain-lain. melain dari pada pengkaji di atas masih
ada lagi pengkaji lain yang bernama W. Marsden dengan bukunya yang
bertajuk "A Grammar of the Malayan Languge".
selepas Shellabear ada juga yang telah membuat kajian mengenai
tulisan jawi ini. Beliau oleh R.O. Winstedt yang ter kenal dalam bidang
kesarjanaan melayu. dalam abad yang ke 18, 19 dan permelain abad 20 ini
untuk membutukan kesilapan yang dibuat oleh serejan-serejan lain. Mereka
mengumukakan teori-teori melalui menjareh-jareh dan buku-buku. Tetapi Shellabear
menganalisis dan membandingkan sistem-sistem yang lama dan fikiran-fikiran yang
di keluarkan oleh serejan-serejan sebelumnya. Serejan-serejan lain membinjangkan nahu
bahasa melayu, tetapi Shellabear meneliti perkembangan tulisan jawi.
selepas beliau, R.O. Winetedt pula menybut rumusan yang hampir serupa
dengan isi makalah Shellabear dalam buku yang bertajuk
"Mallay Grammar" (Oxford University Press, London 1957).

Diantara pengkaji setempat yang kita boleh sebutakan oleh menthi dan menti sebenarnya pengkaji tulisan
jawi melainkan hanya sekedari pengarang di hanya menggunakan
tulisan jawi dalam berkunya yang bernama punca
(di petik dari pada Shellabear(104:1901). Tetapi pula
terlibut dalam penylidikan dan menlima pengtahuan daripada sejan-sejan
eropah tadi. Meithalnya beliau mengarang satu makalah uang bertajuk
'Spelling Jawi' dalam 'Jouranl Malayan Branch, Royal Asiatic Society'(Vol. V1, Pt. 11, 1928)
selain dari pada buku yang bernama 'melayu' (tanding malim, 1949) dan
pelita bahasa melayu 1' 'kuala lapur,1965). Beliau telah menjadi
titik tepat bagi para serejan setempat untuk mengkaji dan pengkajian tulisan jawi kepada selepasnya. Teorinya
masih dipegang kuat oleh iebanyakan orang melayu. Pemikiran beliau masih
terus mempengaruhi kesarjanaan melayu. Sebagaimana yang di ketahui,
di uan bahasa ean pustaka, utusan melayu dan pustaka di uan pun telah
banyak di pengaruhi. Sejuk ke bakakangan ini lair pula para
serejan seperti, uang ami dan
lain-lain lagi.(lihat tulisan mereka dalam. dari segi tulisan jawi ini ada pula pengarang-arang seperti. Dan yang telah buku bertajuk
"belajar tulisan jawi" (1979). Selain dari pada para serejan yang
tersebut di atas. Ini ada pula pengkaji-pengkaji di korea dan di japun. Di sana
terdapun beberapa buku yang membincangkan mengenai tulisan jawi
ini.Merumikan by lee,young-min




1.3 Beberapa masalah dalam kajian tulisan jawi


Masih yang di hadapi mengkaji tulisan jawi oleh kekurangan
bahan atau manuskripnya. Walaupun ada sedikit namun biasanya tidak
di tulis. Menyusahkan pengkaji bahan-bahan
menurut kedangkala bahan athilinya ada tetapi bahan itu
belum di selidiki atau di analisis sehingga ada yang tetapi boleh di bantah
terhadap fikiran itu. Suatu lagi yang menyusahkan
ialh terdapatnya tulisan tangan yang susah hendak. maka sering kita beberapa kekeliruan tentang sesuatu huruf. bahkan ada
manuskerip yang tidak di simpan dengan baik sehingga halamannya tercarik
di sana dan ada juga hilng hurufnya. Selain dari pada masalah bahan, ada
pula masalah dari segi teori. Tidak ada teori yang baku mengenai
sistem tulisannya. Memang tepat kata pepatah 'lain lebut lain ikan'
kalau tidak ada teori yang baku maka pengkajiannya banyak terganggu.Walaupun
ter

dapat nagitu banyak masalah dalam jawi namun. Jarang di dapat
orang melayu yang kurang berminta pada tulisan jawi ini. Masalah yang
berbagi-bagi itu semestinya di bincangkan di meja.
Tetapi ramai orang yang boleh membiscangkan berbagai-
bagai segi tulisan jawi ini. Maka jaka tidak ada pengkaji dalam
sesuatu bidang maka bidang itu sudah tentu terus merusut dan
akhirnya akan lenyap.Merumikan by lee,young-min


Bob 2

Sejarah pembantukan dan perobahan sistem tulisan jawi

2.1 Pendahuluan


Sejuk tahun 1303, tarikh batu berserut terangganu di jumpai,
tulisan jawi tekah banyak berkembang, walaupun telah melalui
berbagai-berbagai kesulitan sehingga sekarang, namun tulisan jawi
masih hidup bersama-sama kita. Oleh itu kita boleh meramalkan bahawa
tulisan jawi akan terus di gunakan oleh menyarikat melayu dan
menyarikat malaysia amang.
Penggunaan tulisan jawi yang cemerlang ini telah meresut
penggunaan hyruf rumi sejuk pengaruh barat masuk ke tanah melayu. Tetapi
kini kerajaan malaysia terus menggalakkan penggunaan tulisan jawi.
Berkata tindakan ini tulisan jawi mulai berkembang semula sehingga
sekolah randah dan sekolah pun menjadikannya mata palajaran yang
wajib.(siala sukatan palajaran bahasa malaysia sekolah randah dan
sekolah untuk tingkatan 1, 2 dan 3)

Meskipun tulisan jawi telah di gunakan oleh khalayak ramai
semenjak tujuh ratus tahun yang lalu namun belum bayak di selidiki
dari segi sejarah kembangan, sistem tulisan dan lain-lain. Melalui
kajian ini saya cuba mengesan perkembangan kata-kata tertentu walaupun saya
akan menemui banyak halangan yang tidak terduga oleh keran kebanyakan
manusekerip yang lama tidak bertarkh oleh kerana ini saya juga
melumpat-lumpat dari semada kesemas supaya jejak per kembangan
tulisan jawi dapat di kesan dengan lebih tepat lagi.
Merumikan by lee,young-min

2.2 Analisis perkembangan tulisan jawi dalam pengejaan perkataan


Untuk mengudahkan ke paheman, saya mengemukakan contoh-contoh perkembangan
perkataan tertentu mithalnya:
(2.1)
(contoh dalam (2.1) ini hanya sekadar memperkenalkan secara kasar bentuk-bentuk
tulisan dalam tahap perkembangannya. Untuk perbincangan tentang tarikh dan
sumber tulisannya lihat 2.4, 2.5, 2.6, 2,7 dan 2.8 dalam bab ini).
Sebagaimana yang dapat di lihat dari pada contoh di dtas, sesuatu perkataan
biasanya mempunyai beberapa bentuk athali hampir serupa dengan
huruf arab keran di langkapi dengan unsur-unsur arab umpamanya tanda
tashdid, baris dan lain-lain. Tetapi bentuk yang ketiganya boleh di anggap
sebagai unsur yang sejari sebab tidak mempunyai tashdid atau apu-apu
baris. Bentuk yang paling akhir itu adalah yang di gunakan sekarang atau yang
akan di gunakan atau tidak akan di gunakan langsung. Tetapi


bentuk yang pertama meseti sampai kepada bentuk yang terakhir walaupun masi
yang di ambil cukup penjang sekali untuk sampai kesana. Halangan utama
adalah kata-kata yang baku 'maka', 'jaka' dan 'pada'. alif yang sebenarnya
di dalamnya itu nggan di nyatakan sebariknya di tinggalkan dengan bentuk yang
telah di bakukan. Ini betul-betul melambatkan perkembangan tulisan jawi
yang sangat cakap.Merumikan by lee,young-min


2.3 Tahap-tahap perkembangan


Kita sudah melihat lurutan perkembangan dari hingga akhir seperti.

Dalam (2.1) di atas. sebagaimana yang di tujukkan, bentuk yang pertama telah
melalui beberapa langkah. Langkah yang pertama oleh untuk menghapuskan
baris dan sukun yang ada pada bentuk athal langkah yang ke dua oleh untuk
menghilangkan tashdid yang masih ada pada alograf yang ke dua. Tetapi kadang-kadang
langkah yang pertama dan yang ke dua ono sekaligus tercapai selapas itu, jika
sampai pada tahap yang ke tiga kita tidak lagi dapat melihat
unsur-unsur arab. Kita hanya menemui bentuk yang terdiri daripaea sekedar dua
atau tiga kesunaan sehaj. Bentuk ini bahawa tulisan arab
melayu itu susah terlapas daripada pengaruh arab. Dengan di
tulisan jawi masih menggunakan cara tylisan arab sejati. Walau
bagaimanapun langkah yang ke tiga ini bersambungan dengan langkah yang ke empat,
langkah yang ke empat ini oleh untuk menyatakan vokal yang ke dua dari bel

akang.
Tulisan berbentyk ono sebenarnya lebih mudah di bach tetapi vokal akhir
masih belum terng, sehingga dengan sendirinya langkah yang ke lima itu
satu langkah untuk satu baris di atas ke sunaan yang
terakhir. Dengan di binadakan kata "kami" dengan
"kamu". selapas langkah ini tamat kita sampai pada alograf yang
terakhir. Langkah yang proses untuk menukerkan baris dengan
vokal yang akhir. Di sebutkan oleh bahawa beberapa perkataan
telah berkembangan cepar sehingga telah smpai ke paea alograf yang terakhir,
paea hal perkataan lain masih terhanti paea langkah yang lebih
keran terikat oleh hukum-hukum atau kaedah yang telah dibuat oleh serejan-serejan
yang ternama paea masa itu. Ke banyakan perkaataan itu sudah sampai ke pada bentuk yang terakhir, oleh
itu sekarang inilah masanya untuk menukerkan perkataan yant belum sampai


bentuk yang terakhir itu sesuai dengan contoh perkembangan yang telah
di capai oleh perkataan yang serupa jenis vokal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2005 01:03 AM | Show all posts
tak tau la aku dah lari topik ke tak.. tapi kalau nak tau bagaimana wujudnya tulisan rumi ni kena tau... bermula dari jawi jugak...

ni ada aku jumpa kat http://www.arsip-milis.s5.com/sosbud17.htm

HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami
kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan
dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang
serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan
tersebut.

Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat
menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya.
Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan
ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman
sepenuhnya.

Dalam menerima hakikat persempadanan politik yang memecahkan kepulauan Melayu
kepada negara Indonesia dan Tanah Melayu (Malaysia), namun sebagai seorang yang
mempunyai kesedaran sejarah dan budaya, serta semangat ukhuwah yang mendalam,
Hamka tetap tidak dapat melepaskan dirinya daripada ikatan kemelayuan yang
serumpun seagama, serantau sebudaya.

Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan
antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu.

Demikian mendalamnya cinta Hamka terhadap umat dan bumi Melayu sehingga ketika
Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, beliau ikut menyambutnya
dengan penuh rasa terharu.

Untuk memahami kepeloporan Hamka dalam perjuangan Melayu, kita perlu pula
memahami definisinya tentang orang Melayu, Hamka tidak menanggapi Melayu dalam
pengertian sempit etnik yang dicirikan oleh darah dan daerah. Menurutnya, sudah
tidak ada lagi orang yang benar-benar berdarah Melayu murni. Untuk
mendefinisikan Melayu, beliau mengambil kriteria yang digunakan oleh Rasulullah
s.a.w ketika mendefinisikan Arab iaitu siapa sahaja yang berbahasa Arab.
Demikian pulalah Hamka mentakrifkan Melayu, iaitu setiap orang yang berbahasa
Melayu - berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa
Melayu. Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan pepatah
Melayu ``bahasa menunjukkan bangsa''. Memang bahasa adalah cerminan jiwa dan
pancaran budi. Kerana itu terdapat pula ungkapan ``bahasa jiwa bangsa'' di
samping rangkaian kata ``budi bahasa''.

Selain mencirikan bangsa, bahasa Melayu juga memainkan peranan utama sebagai
pemersatu rumpun Melayu yang terpisah-pisah dalam ribuan pulau dan ratusan
dialek bahasa.

Bahasa yang mampu menjadi wahana perpaduan itu menurut Hamka harus bahasa yang
murni, iaitu bahasa Melayu yang tidak terlalu banyak menyerap kalimat-kalimat
Jawa, Sanskrit atau yang selainnya. Meskipun namanya sudah menjadi bahasa
Indonesia, tetapi pada hakikatnya ia adalah bahasa Melayu.

Bertolak daripada hakikat itulah Hamka memperjuangkan bahasa Melayu dan
memelihara kemurniannya dengan penuh rasa cemburu. Bukan beliau tidak menyedari
bahawa bahasa harus dinamik, maju dan berkembang, dan untuk itu ia harus
bersedia meminjam dan menyerap kata-kata asing seperlunya. Yang beliau tentang
ialah keinginan untuk mencabut bahasa Indonesia dari akarnya iaitu bahasa
Melayu.

Sementara itu berlaku pula proses peminggiran tulisan jawi akibat himpitan
tulisan rumi. Ini terjadi di Indonesia dan kemudian diikuti oleh Malaysia.
Penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan
pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Dalam konteks
Malaysia ini dilakukan menerusi strategi pemberian citra yang segar kepada
tulisan rumi sebagai lambang kecerdasan, dan citra sebaliknya untuk tulisan
jawi.

Selain bahasa, ciri kemelayuan yang lebih penting lagi ialah Islam. Hamka
menyedari adanya kelompok rumpun Melayu yang tidak beragama Islam, namun beliau
tetap melihat bahawa nama Melayu memang tidak dapat dipisahkan daripada Islam
berasaskan hakikat bahawa kebanyakan orang Melayu adalah Muslim. Keislaman umat
Melayu Muslim itulah yang selamanya menjadi tumpuan perhatian dan keprihatinan
Hamka. Baginya, Islamlah yang menjadi teras kekuatan mereka dan sekali gus
menjadi faktor pemersatu yang mendasari semangat kebangsaan.

Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat
menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas
ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.

Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan
pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air,
beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa.
Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu
kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.

Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat
Islam (ajaran tauhid) sebagai ``sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang
sebenarnya.'' Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila
beliau menyatakan, ``Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya
tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya
dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain
berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau
dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci'' (Hamka,
1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat
sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah
manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya
dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau
memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap ``Kaum Muda'', tetapi setelah
menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik ``kaum Tua-kaum
Muda'' itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu.

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar
pertengahan tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum
intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya
dengan kata-kata, ``Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar,
yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri'' mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu
menjadi `badut-badut' yang setia, mengilmiahkan kebohongan.'' (Hamka, 1971:
244-246)

Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka. Dalam sejarah pembinaan
semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan
menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Ternyata Hamka dapat menerima ``kebangsaan''
dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan
nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep
kebangsaan, tampaknya Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil
jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan
nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme,
perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil, ``yang di awak segala benar,
yang diorang segala bukan!'' Semangat semacam Hitlirisme itu pasti akan membawa
kehancuran sebagaimana yang terjadi kepada Jerman. (Hamka, 1981:199).

Sebagai ulama, Hamka cukup memahami persoalan mengaplikasikan Islam dalam
konteks sosiobudaya Melayu. tulisan-tulisnya tentang agama tidak sekadar
pemaparan ajaran Islam dalam bentuk teks tanpa konteks. Beliau ternyata cukup
peka dengan realiti zaman dan lingkungannya dan berusaha membuktikan bahawa
Islam memang sesuai dengan setiap masa dan nusa. Tafsir al-Azhar yang
menumental itu banyak sekali mengandungi bahan-bahan tempatan baik berupa
sejarah mahupun budaya serantau. Dalam kaitan ini, beliau membahas
masalah-masalah seperti pusaka tinggi dalam Adat perpatih dan isu raja-raja
perempuan dalam sejarah kesultanan Aceh. Mungkin inilah yang disebut sebagai
fikah Indonesia seperti yang digagaskan oleh rakan seangkatannya. Hasbi
al-Siddiqi. Hamka tampaknya kecewa kebudayaan Islam rantau ini kurang
diperkenalkan ke dunia luar.

Nyatalah Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi;
sasterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama pemikir yang terkenal sebagai
singa podium dan pahlawan pena.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 01:56 AM | Show all posts
كونبينشين توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>4. Ciri-ciri Sistem Ejaan Jawi Za'ba



4. CIRI-CIRI SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:
4.1- Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan Melayu itu sendiri. Di antara lain:

(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;

(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak perkataan pula.

(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.

(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej Tanjung Malim" bergilir-gilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar Maktab. (10)

(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat-dapatnya". (11)

(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.

(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". (12)

4.2- Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun projek itu dimulakannya dalam tahun 1918.

4.3- Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya dalam merumuskan sistem ejaan Jawinya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 02:34 AM | Show all posts
eyka banyak membincangkan perkembangan jawi ....

ibnur hendak tahu mengenai perkembangan rumi, bagaimana dari jawi ke rumi

mok nik pun ada buat search kat google..kebanyakkannya semua mengenai perkembangan tulisan jawi dan bila masuk bab rumi, sedikit sebanyak menyentuh Bahasa Melayu.

rasanya ada sebuah buku mengenai perkembangan tulisan rumi ini keluaran percetakan USM, mok nik lupa nama buku itu, kat rumah di KB ada buku itu,nanti insyallah bila balik msia bulan 5 ini, akan mok nik cut and paste tentang buku ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 01:59 PM | Show all posts
I baru dpt info lisan bhw tulisan rumi juga dipelopori oleh cendiakawan SITC  spt Pendeta Zaaba, Harun Aminur Rashid dll...

Dan tulisan rumi diterapkan sepenuhnya dlm sistem pendidikan semasa Tan Sri Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran pd thn 60an...

Rasanya pelajar2 linguistik tahu sejarah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2005 12:02 AM | Show all posts
tulisan rumi mula diperkenalkan di Tanak Melayu oleh mubaligh2 Kristien di sekolah2 mubaligh bertujuan untuk menyebarkan agama kristien pada kurun ke 19.

Asas 50 ( satu pertubuhan penulis tahun 50-an) lah yang bertanggungjawab sepenuhnya meluas dan menghapuskan tulisan jawi...Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 di Singapura pada 12 -13 April 1952, telah menmgsyorkan tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi. Syor ini telah di tolak pada Kongres 1 tetapi telah diterima oleh Kongres 2 di Seremban pada 1 dan 2 Januari 1954, seterusnya diterima oleh Penyata Razak.

Di sinilah bermulanya penghapusan terhadapan tulisan jawi !:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2005 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2005-2-25 00:51:
Tetapi setelah orang Eropa masuk ketanah Melayu pada tahu 1511, tulisan Jawi dikebelakangkan sehingga sama-sama menggunakan tulisan Rumi. Akhirnya tulisan Jawi telah hilang kedudukannya dalam bidang pendidulkan selepas peristiharan akta bahasa kebangsaan pada tahun 1963, walaupun akta itu tidak melarang pergunaan tulisan Jawi.(Lihat uang had salah 1982:20).
Akibat pindakan tersebut penggunaan Jawi sedikit demi sedikit mula merosok hingga tahun 1984. Pada tahun 1985 kementerian pelajaran menyadari kepentingan warisan ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi ini disekolah rendah agama memang wajar kita menyelidiki tulisan Jawi ini dan mewariskan kepada generasi yang akan datang.




Mungkin sini jawapan dia.  Nampak macam orang melayu sendiri yang bertanggung jawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2005 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 2005-2-27 00:02:
tulisan rumi mula diperkenalkan di Tanak Melayu oleh mubaligh2 Kristien di sekolah2 mubaligh bertujuan untuk menyebarkan agama kristien pada kurun ke 19.

Asas 50 ( satu pertubuhan penulis tahun  ...



1950 - 1954 : Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) - Singapura.
Tokoh utama
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 03:33 AM | Show all posts
Jawi bukanlah tulisan orang melayu sendiri kerana ianya jugak berasal dari tulisan arab. Mungkin boleh dikatakan bahasa melayu tidak mempunyai tulisan yang tersendiri, kalau nak dikatakan sanskrit sebagai tulisan melayu, pun agak sukar diterima kerana sanskrit juga ada bahasa yang tersendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2005 01:34 PM | Show all posts
lebih baik kalau kita cipta sistem abjad kita sendiri. Tapi aku heran gak, Mengapa ada sesetengah bangsa diciptakan dgn tulisan mereka dri awal dan sesetengah lagi tidak? Mcm Melayu, Vietnam (yg ni guna tulisan rumi, jiran dia Thai, Laos, kampuchea dan Burma ada tulisan sendiri), Pakistan (guna tulisan Arab, sedangkan golongan Bengali/Hindi & Tamil ada tulisan masing). :hmm::stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 01:42 PM | Show all posts
aku berharap satu hari jawi jadi bahasa atau huruf diguna pakai oleh rakyat malaysia....sebab dgn tulisan rumi...sedikit sebanyak menjauhkan orang dari celik huruf al quran...dan lebih teruk membuat huruf alquran asing dari mereka...tetapi dgn perkembangan yg malaysia alami skg...aku raser cam sesuatu yg luar biasa jer kalau terjadi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 09:49 PM | Show all posts

Melayu harus risau tulisan jawi berkubur

PULAU PINANG 8 Feb. - Masyarakat Melayu di negara ini haruslah mengambil sesuatu langkah bagi menghidupkan semula tulisan Jawi ekoran tulisan itu telah `berkubur' apabila akhbar Utusan Melayu Mingguan - satu-satunya akhbar dalam tulisan jawi - kini telah dihentikan penerbitannya.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penutupan penerbitan akhbar Utusan Melayu Mingguan seharusnya dipandang sebagai satu kematian kepada warisan bangsa kerana tulisan jawi adalah satu pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama lebih 600 tahun.

Katanya, masyarakat Melayu tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat tulisan jawi menghilang dari ufuk budaya dan persoalan berat ini menuntut penyelesaian daripada orang Melayu sendiri.

Beliau berkata, apabila penerbitan akhbar tulisan jawi dihentikan pada 29 Januari lepas, adalah jelas orang Melayu tidak mempedulikannya sedangkan pada hakikatnya ia bererti kematian kepada sebahagian jasad budaya warisan Melayu itu sendiri.

``Tidak ada orang yang mendengus, tidak ada orang yang mempolemikkan kematian ini dan minat terhadap tulisan jawi telah menurun,'' katanya pada ucaptama bertajuk Unsur-unsur dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negarabangsa Malaysia sempena majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan Awam anjuran Majlis Perundingan Muhibah di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Naib Cancelor USM, Datuk Prof. Dzulkifli Abdul Razak.

Rais berkata, apabila akhbar Utusan Melayu yang mengoborkan politik dan perjuangan Melayu berdekad-dekad lamanya mati kerana tidak dibeli lagi oleh orang Melayu dan dalam masa yang sama populariti bahasa Inggeris berterusan seperti apa yang berlaku sekarang, suatu ketika kelak akhbar-akhbar bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama.

Katanya, jika peredaran zaman menjadi alasan sehingga bangsa Melayu tidak lagi berminat dengan tulisan jawi, bukan sahaja budaya Melayu akan terjejas malah perpaduan Melayu juga tidak akan tercapai. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 09:56 PM | Show all posts
Sebenarnya...  melayu  ni  tadak   tulisan  sendiri  ...  kebanyakan  bahasa  dan  tulisan  pun  diambil   dari  tamadun  lain
tulisan  jawi  ni pun  diambil  dari   org2  Arab   ....   rumi  pula  diambil  dari  inggeris

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.082607 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list