CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5317|Reply: 3

[Tempatan] Negeri Sembilan beli 16 kereta rasmi baharu, elak kos selenggara tinggi

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:06 AM | Show all posts |Read mode
N Sembilan beli 16 kereta rasmi baharu, elak kos selenggara tinggi

https://www.freemalaysiatoday.co ... -selenggara-tinggi/

Bernama
15 May 2024, 08:22 PM


Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pembelian Toyota Camry bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu bagi menggantikan Honda Accord yang digunakan sejak 2019. (Gambar Bernama)

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, sebahagian daripada kereta baharu itu sudah sampai.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi menteri besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri, setelah lima tahun kereta sedia ada digunakan.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pembelian Toyota Camry bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu bagi menggantikan Honda Accord yang digunakan sejak 2019.

“Ia sekarang dalam proses dan sebahagian daripada kereta itu sudah sampai. Sebelum ini, Honda Accord lebih lima tahun digunakan, memang lepas lima tahun kena tukar, kalau tidak penyelenggaraan tinggi, kita tak mampu bayar.

“Bagi kereta lama, exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) boleh memohon untuk mendapatkannya dan ada bayaran dikenakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini.

Beliau berkata, kereta rasmi baharu itu juga melibatkan setiausaha kerajaan negeri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri dan mufti kerajaan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Aminuddin meminta pemilik tanah memangkas pokok di kawasan mereka, khasnya di tepi jalan utama yang dilihat berisiko tumbang, sekali gus mengelakkan perkara tidak diingini.

Beliau turut mengingatkan pemain industri memastikan kontraktor dilantik mengurus atau melupuskan sisa buangan industri di kawasan ditetapkan bagi mengelakkan pembuangan haram.

“Saya tahu pihak industri membayar kontraktor ini, tetapi operator menghantarnya ke tempat pembuangan sampah haram, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dan berkompromi dalam hal ini,” katanya mengulas aduan penduduk Kampung Jimah Lama meminta pihak berwajib mengambil tindakan susulan sebidang tanah persendirian di kampung itu dijadikan tapak pelupusan sampah haram.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau negeri PH tukar kereta baharu, semuanya halal & patut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:16 AM | Show all posts
selepas lima tahun kira logiklah, beli pun setakat camry.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 16-5-2024 08:12 AM
Kalau negeri PH tukar kereta baharu, semuanya halal & patut.

PM DSAI guna Camry PM yg dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.273579 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list