CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

FAuZiaH LatIfF-PEsONa

[Copy link]
Post time 25-12-2008 05:44 PM | Show all posts
HOUDINI minat JEE ker?
mentang2 JEE dah single balik..
HELIZA nk campak mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 05:45 PM | Show all posts
Buat kedua kalinya aku jatuh cinta semula dgn lagu MENJAUHKAN DIRI,ni semua gara2 drama GELORA DI HARI SARA..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:11 PM | Show all posts
tadi aku tgk channel Awani... kat bawah tu ada caption "kenali, Fauziah latiff- 11 jan Ahad 9mlm, sila email (aku lupa apa email tu"... ni lebih kurang 1st time aku tertengok bende ni... ada sape2 tau pasal bende ni ke? tak silap its sumthing "temu janji" ke ape entah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 08:31 PM | Show all posts

Reply #1063 kepakayam's post

kena tgk awani ni la ni..mesti ada prebiu time iklan tu nnt..

satu lg korang semua jom la vote FAUZIAH LATIFF utk PELAKON TV WANITA POPULAR x menang pun takpe la, dpt msk top 5 pun dh kira bagus..   
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 8-1-2009 08:31 PM
kena tgk awani ni la ni..mesti ada prebiu time iklan tu nnt..

satu lg korang semua jom la vote FAUZIAH LATIFF utk PELAKON TV WANITA POPULAR x menang pun takpe la, dpt msk top 5 pun dh kira ...



JOM!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 25-12-2008 05:45 PM
Buat kedua kalinya aku jatuh cinta semula dgn lagu MENJAUHKAN DIRI,ni semua gara2 drama GELORA DI HARI SARA..



a ah...lagu tu best...cuma kurang promosi je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 12:24 PM | Show all posts

Balas #1065 burung_pungguk\ catat

tak pasan pun jee ada kat senarai tuh...
jee takde prncgn nak rakam lagu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:24 PM | Show all posts
Gee, mesin dan kelajuan

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my



GEE melalui detik kehidupan dengan emosi gembira meskipun bergelar ibu tunggal.

--------------------------------------------------------------------------------


HIDUP sebagai ibu tunggal bukan sesuatu yang diharapkan oleh kaum wanita. Namun, jika itu yang sudah menjadi takdir, kita perlu menerima aturan dan suratan takdir.

Bagi Fauziah Latiff atau lebih dikenali sebagai Jee, dia juga berdepan dengan masa depan tanpa bekas suaminya, Johan Indot, 48, di sisi.

Jee yang sudah hampir tiga tahun bersendirian sudah pun belajar untuk menguruskan hidupnya seorang diri dan bersyukur dengan apa yang dinikmati hari ini. Maka, buat masa ini dia belum mempunyai sebarang niat untuk menerima cinta baru dalam hidupnya.

"Saya bukannya muda lagi. Usia saya akan menjangkau 40 tahun tidak lama lagi. Selepas melalui pelbagai dugaan, saya tidak kisah kalau hidup bersendirian.

"Kalau ada jodoh, baguslah. Kalau tidak ada pun saya tidak kisah. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Saya memiliki rumah, kereta dan anak-anak untuk menemani saya setiap hari.

"Saya bersyukur dengan hidup ini dan pada saya wanita perlu menjadi kuat walaupun berdepan dengan apa sahaja rintangan," katanya pada majlis mengumumkan Jee sebagai jurucakap produk kecantikan SK-II untuk 12 tahun berturut-turut.

Hidupnya kini dihabiskan dengan minat terbaru iaitu menunggang motosikal kuasa besar dan menyelam. Dia menunggang motosikal kerana menyukai mesin dan kelajuan.

Aktiviti menyelam pula memberikan dia peluang untuk mengenali dan mempelajari keindahan hidupan lautan. Malah, menyelam juga mampu memberikan tenaga positif kepada dirinya.

"Sudah lebih 20 tahun saya bekerja. Jadi sekarang adalah masa bagi saya untuk menikmati hidup. Saya mula menyelam sekitar tahun 2000 dan mendapati laut kita juga cantik. Jadi tidak kira di mana, kita sebagai penyelam dapat menemui hidupan baru di tempat berbeza.

"Namun, saya cuma tahu mengenai batu karang yang asas sahaja. Jadi setiap kali menyelam adalah satu pengalaman baru. Kali terakhir saya menyelam adalah bersama anak-anak saya, Jeffry Joaquim Indot, 10, dan Jeremy Jay Indot, 8, di Pulau Tioman pada tahun lalu," tambah Jee yang merupakan duta Coral Malaysia.

Selain daripada aktiviti riadah, Jee juga sibuk dengan tugasan sebagai ibu terutama selepas kedua-dua anaknya kembali bersekolah. Maka, Jee mengambil keputusan untuk berehat seketika dalam dunia lakonan serta nyanyian.

"Muzik masih menjadi keutamaan saya. Tetapi masih belum ada sebarang perancangan untuk merakamkan album baru. Saya juga telah menolak banyak tawaran berlakon kerana mahu berehat," tambahnya lagi.

Pernah terlibat dalam drama Gelora Di Hati Sara, Jee berpendapat dirinya masih lagi baru dalam dunia lakonan dan memerlukan lebih banyak masa untuk belajar.

"Lakonan adalah seperti tadika buat saya. Maka, saya perlu banyak belajar daripada mereka yang senior. Apa yang saya pelajari semasa berada di lokasi penggambaran lebih sebulan adalah nilai komitmen dan tanggungjawab.

"Namun, saya tidak mahu terlalu mendesak untuk bergelar seorang pelakon yang diterima ramai. Saya mahu lakukannya secara berperingkat kerana untuk dikenali sebagai pelakon hebat bukannya satu perkara muda," jelasnya yang anggun dalam gaun ungu.

Selesa sebagai jurucakap SK-II

Sudah menggunakan produk SK-II selama 12 tahun, Jee telah mencuba hampir kesemua produknya dan amat menyukai topeng muka. Baginya, topeng muka ini mudah untuk digunakan dan boleh dipakai pada waktu malam sehingga keesokannya.

"Pada mulanya saya memang mempunyai masalah dengan kulit saya tetapi bukannya terlalu teruk. Cuma kulit saya agak berminyak dan warnanya tidak sekata. Saya berasa sedih, marah dan risau dengan keadaannya. Namun, selepas menggunakan produk ini, ramai orang yang tertanya-tanya apa yang saya lakukan terhadap kulit saya. Inilah jawapannya,"ujarnya.

Menyatakan kulitnya lebih tua daripada usia kerana faktor kerja yang memerlukan masa yang panjang di luar dan memakai alat solek lebih daripada lapan jam, Jee sentiasa risau dengan keadaan kulitnya.

"Kini ditambah lagi dengan aktiviti menyelam, saya perlu lebih berhati-hati. Nasib baik dengan rangkaian penjagaan kulit ini, saya boleh menyelam tanpa perlu merisaukan kulit saya," tambahnya yang menasihatkan kaum lelaki juga perlu menjaga kulit mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 11:22 AM | Show all posts
bestnya layan DVD citer GDHS & Kudrat Iman... ...bleh konsentrat tgk tanpa gangguan iklan...

sesapa yg berminat utk memiliki dvd ni bleh la PM forumer HAZEL_2K...

(p/s: pssttt ni bukan promot tapi share info dgn semua fan Jee yg nak dvd ni.....kat kedai xder g )
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 10:53 AM | Show all posts
dgr cite drama GDHS akan disambung..akan shooting dlm bulan July nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 10:44 AM | Show all posts
Siaran ulangan drama GELORA DI HATI SARA

setiap JUMAAT, SABTU & AHAD bermula 12 April 2009 jam 6 petang di TV2

[ Last edited by  burung_pungguk at 15-4-2009 11:46 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:22 PM | Show all posts
pe citer tbaru kak jee ni..?

tau ape...aku tringin sangat nak jmpe kak jee....n duk sesame tgok video2 klip die tu...esp.yg kingsway 1989 dulu tu..dah 20 tahun wah...

kak jee  ni x de buat gathering ke ngan fans2 die...cam zianafolks tu aktif je...

tringin sangat nak jmpe kak jee...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:27 PM | Show all posts
1 more..

slama ni..aku mati2 ingatkan lagu Sehelai Daun Setitis Embun nyanyian Shasha tu adalah lagu Kak Jee....coz sore shasha tu cam sore kak jee time zaman2 sore minnie mouse kak jee....

cube korang dgr...but shasha ni cam sore idung tsumbat skit..but ade part2 yg memang cam sebijik....

pepun..kak Jee lg power...based on dat time la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by sok_suci at 14-5-2009 15:27
1 more..

slama ni..aku mati2 ingatkan lagu Sehelai Daun Setitis Embun nyanyian Shasha tu adalah lagu Kak Jee....coz sore shasha tu cam sore kak jee time zaman2 sore minnie mouse kak jee....

...


memang pn sorer si SHASHA tu ala2 Jee ...
bkn dia je, si KRISYA (lagu GEMERSIK) dulu pon org dok kata ala2 Jee..
ada lagi...si LIZA HANIM masa memula kuar dulu pon sorer dia ala2 sorer Jee masa muda2...LIZA HANIM penah wat tribute utk JEE & ADNAN AH dlm 1 persembahan dia kt HMI...Jee & Adnan pn dtg tgk show dia masa tu...

apa2 pon masing2 ada kelebihan masing2 dan telah melalui zaman masing2...
yg samanya: JEE, SHASHA, KRISYA & LIZA HANIM dipolish oleh ADNAN AH
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by sok_suci at 14-5-2009 15:22
pe citer tbaru kak jee ni..?

tau ape...aku tringin sangat nak jmpe kak jee....n duk sesame tgok video2 klip die tu...esp.yg kingsway 1989 dulu tu..dah 20 tahun wah...

kak jee  ni x de bu ...



apa kata ko contact P.A JEE...check kt official myspace dia...ada no tepon...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 03:57 AM | Show all posts
g je kat facebook dia... letak msg kat situ.. dia akan reply....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 04:56 PM | Show all posts
jom reramai g tgk teater TUN RAZAK THE MUSICAL kt IB...menampilkan JEE & RASHIDI ISHAK...Jee jd Tun Rahah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 06:23 PM | Show all posts
Best lakonan jee dalam teater tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 01:56 AM | Show all posts
dgr citer pojiah latip bakal rakam single.?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2010 07:30 PM | Show all posts
1079# sok_suci

tak tahu citer pun...rindu sgt kat jee..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090109 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list