CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 4-2-2009 04:05 PM | Show all posts
Balas  #160 ilya\ catat

ko nak apa??? perlu ker aku ikut per minta an ko???

semua penyokong pkr suka mintak2...mintak adun...orang mintak dia punyer tak boleh...
kat sini aku nak tepek apa ikut hati dan naluri aku ar...tak ikut orang...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 4-2-2009 04:05 PM
Balas  #160 ilya\ catat

ko nak apa??? perlu ker aku ikut per minta an ko???

semua penyokong pkr suka mintak2...mintak adun...orang mintak dia punyer tak boleh...
kat sini aku nak tepek a ...

Memang perlu ko ikut sebab ko standby satu kolumn dalam board ni khas utk mengutuk dan menghanjingkan org..

So salahker kalau aku mintak yg bukan-bukan? manalah tau bila ko dah kasik apa yg aku mintak, aku akan termakan dengan dakyah ko.. kan bagus tuh..

Kat atas tu ko merapu meraban marahkan sapa?, skang ko tengah cakap ngan akukan? so cuba ko ketepikan dulu, org-org PKR yg ko mintak dia punyer, dorang tak layan, boleh??...

jadi dewasa sikit boleh tak sham... rilek ar jgn marah-marah, ko tetap tak hensem kalau marah-marah miahahaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 04:47 PM | Show all posts
lagi satu, aku dah naik muak tengok gambar tuh, dah biasa no.... anak murik sekolah yg pakai spek pun ada gak betulkan spek cenggitu... Apa hina sgt ker jari tengah tu?

Tok Nan, lagilah power siap org amek video lagik, cuba ko letak gambo anwar ni beserta gamba tok Nan Pahang tu sekali, barulah nampak ko ni manusia neutral...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by ilya at 4-2-2009 04:44 PM

Memang perlu ko ikut sebab ko standby satu kolumn dalam board ni khas utk mengutuk dan menghanjingkan org..

So salahker kalau aku mintak yg bukan-bukan? manalah tau bila ko dah kasik apa yg aku mintak, aku akan termakan dengan dakyah ko.. kan bagus tuh..

Kat atas tu ko merapu meraban marahkan sapa?, skang ko tengah cakap ngan akukan? so cuba ko ketepikan dulu, org-org PKR yg ko mintak dia punyer, dorang tak layan, boleh??...

jadi dewasa sikit boleh tak sham... rilek ar jgn marah-marah, ko tetap tak hensem kalau marah-marah miahahaahaha



aku akan termakan dengan dakyah ko - tidak ada dakyah yang aku lakukan...jika itu yang ko fikir adalah silap...disini hanya aku mahu semua orang melihat dan berfikir....

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". Surah At-Taubah , ayat 105.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 05:09 PM | Show all posts

Balas #163 ilya\ catat

aku tak neutral dari segi edeologi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 05:11 PM | Show all posts


ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2009 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 4-2-2009 05:08 PM



aku akan termakan dengan dakyah ko - tidak ada dakyah yang aku lakukan...jika itu yang ko fikir adalah silap...disini hanya aku mahu semua orang melihat dan berfikir....

Dan katakanlah ( ...

ko yakin ker ko tak menyebarkan dakyah??? nak tulis pikir 3, 4 kali bro...

p/s  : ada nada marahlah, kool ler bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 05:29 PM | Show all posts

Balas #167 ilya\ catat

jika itu yang difikirkan cik adik...ternyata silap...tidak ada dakyah...hanya petikan untuk renungan...

tulisan tidak bernada...tidak beritonasi...tidak berlagu...ingin tahu nada kene bertentang mata baru tahu nada marah atau tidak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 4-2-2009 05:29 PM
jika itu yang difikirkan cik adik...ternyata silap...tidak ada dakyah...hanya petikan untuk renungan...

tulisan tidak bernada...tidak beritonasi...tidak berlagu...ingin tahu nada kene bertenta ...

Even petikan yg berbau dakyah pun, bila ko klik OK then tercatuk kat dlm Thread ko ni, itu bukan menyebarkan ker...

Ko yakin apa yg di paparkan semuanya adalah benar??

dlm penulisan seseorang, bila terguris perasaan, org lain pun boleh mengagak, si penulis sedang ketap bibir menahan amarah atau sedang gembira, pura-pura gembira pun org lain boleh dpt tahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:55 AM | Show all posts

Balas #169 ilya\ catat

' siapa makan cili dia terasa pedasnya '

aku yakin dengan diriku. mahu bicara 'penulis' sila ym sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 5-2-2009 08:55 AM
' siapa makan cili dia terasa pedasnya '

aku yakin dengan diriku. mahu bicara 'penulis' sila ym sahaja.

huhuhu... keyakinan yg di paksa lain bro.... gue tahu le lu dah kena brainwash...
aku tak ske ber "ym" , buang masa dan tenaga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 09:06 AM | Show all posts

Balas #171 ilya\ catat

aku kene brainwash dengan anwar ibrahim 6 tahun...masuk lokap 1 kali tahun 1998 sebab anwar...tau ehh ko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 09:52 AM | Show all posts
HARAMJADAH KHALID MAKAN WANG RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI








Tan Sri Khalid telah menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai kos penyelenggaraan kenderaan SUV peribadinya LEXUS WQR 779. Tan Sri Khalid sendiri baru-baru ini mengaku kenderaan SUV jenama Lexus yang bernombor WQR779 ini merupakan kenderaan peribadi beliau

Seorang pegawai kanan perbendaharaan KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang dihubungi menyatakan secara dasarnya adalah satu kesalahan untuk mana-mana jabatan kerajaan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi, dalam isu ini menampung kos penyelenggaraan kenderaan peribadi Menteri Besar. Alasan bahawa beliau menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan rasmi tidak boleh diterima pakai kerana beliau mempunyai kereta rasmi selaku Menteri Besar. Ini bermakna kerajaan negeri bukan sahaja terpaksa menampung kos penyelenggaraan kenderaan rasmi tetapi juga kenderaan peribadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:08 AM | Show all posts





Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bota, Dato Nasaruddin yang membuat tindakan berani berubah kepada Pakatan Rakyat (PR), diharapkan dengan pengalaman beliau dapat membantu Kerajaan Perak.."Saya mengalu-alukan tindakan bijak ADUN Bota untuk sama-sama memajukan Negeri Perak, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin.

Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu. Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka. "Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun. "Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi. Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak. Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum. "Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya. Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_






Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit."Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya."Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:18 AM | Show all posts


[size=130%]Sekadar renungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:27 AM | Show all posts


Dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk :

LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.

Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.

Seterusnya:

NIK AZIZ SAMAKAN PENIPUAN ANWAR DENGAN SUNAH NABI !

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.

揚erancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 5-2-2009 09:06 AM
aku kene brainwash dengan anwar ibrahim 6 tahun...masuk lokap 1 kali tahun 1998 sebab anwar...tau ehh ko...

bukannya masuk kerja baru kena brainwash dulu ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:57 AM | Show all posts

Balas #177 ilya\ catat

masuk kerja??? aku kuar taun 2005...masa aku dapat tau apa disebalik gabungan Parti Siosalis (PRM) gabung dengan Keadilan...

tau tak makna warna merah dalam bendera keadilan???
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 5-2-2009 10:57 AM
masuk kerja??? aku kuar taun 2005...masa aku dapat tau apa disebalik gabungan Parti Siosalis (PRM) gabung dengan Keadilan...

tau tak makna warna merah dalam bendera keadilan???

dlm penjara sblm 2005 tu Lu masih bebudak lagi bro, standard ler memang senang nak brainwash bebudak nih

Merah???   Apa ada pada warna, klau dia letak kelabu asap sekalipun, org-org mcm Lu akan tetap cari makna di sebalik warna, same goes to org yg selalu main dengan nomor ekor bro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 11:11 AM | Show all posts

Balas #179 ilya\ catat

dalam lokap ada brainwash ker...??

masuk tak sampai 30minit pun...kih kih ...atas nama anwar...kih ih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077369 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list