CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Bertangkal Ditinggal Di Luar Pintu Hospital Swasta

15-4-2021 07:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4344| Komen: 17

Description: Seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.
Seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain  dalam kenyataannya memberitahu, bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang sedang bertugas di lobi hospital berkenaan pada 8.45 malam.


Difahamkan, sebelum itu, pekerja berkenaan terdengar tangisan bayi lalu bertindak menjejakinya sebelum menjumpai bayi itu di pintu keluar hospital terbabit.



“Sejurus kejadian itu, pekerja tersebut memaklumkan penemuan bayi kepada ketua jururawat yang bertugas.

*Pemeriksaan oleh ketua jururawat mendapati bayi tersebut diletakkan di atas lantai, lengkap berpakaian serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Turut dijumpai pada bayi tersebut ialah satu tangkal dipercayai kepercayaan kaum Cina,” katanya.


Mohd Padzli berkata, bayi tersebut  dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup hospital itu, terdapat seorang wanita yang sedang menggendong bayi dilihat berjalan di sekitar kawasan hospital namun tiada sebarang rakaman jelas di mana bayi berkenaan ditinggalkan.


Sumber:  MalaysiaGazette

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-4-2021 07:05 AM
Cina buang anak ka? Pandai lah juga cari hospital swasta. Indon buang anak kat ladang sawit ja.
Quote 3chanceno 15-4-2021 07:52 AM
Kesian baby nie..tak tahu siapa pulak yg akan menjaganya
Quote 3chanceno 15-4-2021 07:56 AM
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:05 AM
Cina buang anak ka? Pandai lah juga cari hospital swasta. Indon buang anak kat ladang sawit ja.

Indon dah tinggal dlm ladang kelapa sawit atau getah, di buangnya hampir dgn rumah je..asal settle baby tak de pat rumah!

Buang bayi ini merata eh,tak kira bus stop jke,tempat sampah ke atau surau ke..sedeh lihat persekitaran social sekarang ni
Quote dodolgemok 15-4-2021 07:56 AM
Org2 yg nak buang baby ni sila2 la gugel kat tmpat mana nak letak baby tu, dh la bodoh ngesek tak pakai alat perlindungan, nk buang baby pulak sesuka hati jah. Sekarang ni byk tempat letak baby hatch, xda cctv area tu so xperlu risau nampak muka ke apa. Selamat for both the baby dgan privacy of the mom. Sila jangan jadi bodoh!
Quote fishcracker 15-4-2021 08:03 AM
Moga membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat
Quote Carcosa 15-4-2021 09:02 AM
Letak atas lantai gitu je ke? Siannn lah budak tu. Apalah salah dia dibuat begitu... Murung dah meols
Quote Supersirap 15-4-2021 09:33 AM
Semoga pihak polis dapat menjejaki individu yang membuang bayi tersebut
Quote edayildiz 15-4-2021 09:41 AM
sepital swasta dia pilih..ke dia nmg beranak situ?
tmpt mana yg sesuai utk buang ank..tmpt yg sng org jmpa..tiberrr terfikir
Quote buapakperut 15-4-2021 09:53 AM
walaupun buang kat sepital swasta lengkap pakai mittenan onesie,tapi tetap durjana juga trrgamak buang baby . tapi lagi durjana yang bunuh baby sengaja/campak kat semak,tong sampah,campak kat tingkap tu. memang syeton
Quote dudaberhias 15-4-2021 09:58 AM
Tangkal?
Cina or Thai?

Mesti buddhist punya tangkal.
Quote nanasno 15-4-2021 11:15 AM
allahu kesiannya adik sayang ni. pelik cina buang buang anak ni. mcm tak pernah dengar ja. semoga membesar jadi anak sihat dan solehah ya adik. biasanya anak2 kena buang ni mmg treat as islam.
Quote Buritan 15-4-2021 12:01 PM
3chanceno: Indon dah tinggal dlm ladang kelapa sawit atau getah, di buangnya hampir dgn rumah je..asal settle baby tak de pat rumah!Buang bayi ini merata eh,tak  ...


Bagi aku.. aku mau.. anak cina aku nak.. anak indu aku tak mo.. koh koh
Quote ketambangkang 15-4-2021 12:02 PM
oo kat KPJ Johor..tp kenapa hantar baby tu ke HSA?? bukankah KPJ juga hospital??
Quote Artemesiaa 15-4-2021 12:12 PM
Dia letak dispital untuk pastikan ada orang jumpa, kalau dia niat tak nak ada yang jumpa pasti dah campak dalam hutan.
Quote slavehunter 15-4-2021 12:15 PM
Tak semestinye local cina punya anak, mungkin buddhist Myanmar ker,Thai,pinoy. Nasib baik baby hidup lagi kesian baby.
Quote puteribaya 15-4-2021 12:23 PM
ketambangkang replied at 15-4-2021 12:02 PM
oo kat KPJ Johor..tp kenapa hantar baby tu ke HSA?? bukankah KPJ juga hospital??

kebiasaan kalu melibatkan polis dan badan2 kjaan ..dia akan hantar ke hospital gomen..mudah dipantau
Quote ketambangkang 15-4-2021 12:26 PM
puteribaya replied at 15-4-2021 12:23 PM
kebiasaan kalu melibatkan polis dan badan2 kjaan ..dia akan hantar ke hospital gomen..mudah dipant ...

oo betul jgk tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057985 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top