CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menyesal ‘Tambah’ Bini Sebab Niat Tolong Janda – "Anak Tiri Layan Aku Macam Baik, Isteri Kedua Layan Aku Macam Hamba."

16-3-2024 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22414| Komen: 40

Description: Boleh dikatakan isu melibatkan poligami dalam rumah tangga semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Boleh dikatakan isu melibatkan poligami dalam rumah tangga semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sudah pasti, poligami merupakan satu perkara yang disukai segelintir lelaki namun tidak bagi seorang individu ini apabila dia tampil meluahkan penyesalan selepas ‘tambah’ isteri.


Menerusi aplikasi X, seorang individu tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua.


Menurut individu berkenaan, selepas dia bertindak berkahwin lagi, layanan isteri pertama sudah tidak mesra seperti sebelum ini.

"Aku lelaki yang menyesal kahwin dua. Isteri pertama dah tak manja macam dulu, anak kandung dah benci aku.

"Anak tiri layan aku macam baik, isteri kedua layan aku macam hamba."

Individu tersebut menambah bahawa jika dia diberikan ruang untuk memutarkan semula masa sudah tentu dia tidak akan berpoligami.

Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa sebab dirinya mendirikan rumah tangga sekali lagi hanyalah untuk membantu isteri kedua yang dahulunya merupakan seorang janda.


Walau bagaimanapun, wargamaya tampil memberikan komen dan pandangan bahawa itulah padah yang perlu dihadapinya kerana memilih untuk berpoligami.



Sumber: Aplikasi X/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 16-3-2024 09:16 PM
Treat people the way you want to be treated

Wife dah tak mcm dulu pi kahwin lain .. pi tambah masalah bukannya nk selesaikan masalah

Sama2 la kita ambil ikhtibar ..
Quote Firenzza 16-3-2024 09:23 PM
Sepatutnya ko tnya la ex laki bini no 2 ko peel buruk dia sblm menikah
Quote sharlenetexas 16-3-2024 09:53 PM
Padan muka!

Quote manamana123 16-3-2024 10:29 PM
laki tak bersyukur
Quote najib888 16-3-2024 10:45 PM
Setiap tindakan mesti kena tau risiko.. nasib hang la..
Quote hasniey 16-3-2024 10:56 PM
Konon nk tolong janda.tah2 selama ni isteri yg tolong cukupkan itu ini.kalau x anak xde la benci sgt dgn bapak dia kalau pandai tanggungjawab.
Ckp je la kahwin sbb nafsu.janda tu mesti cantik kan.xpon jenis yg ckp manja.
Quote DeLuna85 16-3-2024 11:50 PM
Memang padan muka
Quote Tinot7 17-3-2024 12:25 AM
hasniey replied at 16-3-2024 10:56 PM
Konon nk tolong janda.tah2 selama ni isteri yg tolong cukupkan itu ini.kalau x anak xde la benci sgt ...

Iols speku janda tu jenis ckp manja.. sbb tu sanggup diperlakukan spt hamba..
Quote Decaffeinated 17-3-2024 12:59 AM
Anak Tiri Layan Aku Macam BANK la tuan tanah, bukan BAIK

betulkan tajuk
Quote cm_vungtau 17-3-2024 02:15 AM
Nak tolong tolong je la, dah kenapa kena kawin?
Quote zehra2 17-3-2024 02:43 AM
mesti org ada² kan.. kalo tk berduit, tkde nya lah hadap sgt.
Quote csham 17-3-2024 06:21 AM
Terlajak perahu boleh undur..terlajak kawen tanggung la akibatnya..

Patutnya mamat pujuk la anak bini first..n then didiklah anak bini kedua.. mamat ni pemalas la..semua benda org nk serve dia mcm raja..
Semua benda x jadik dgn sia sia...ni semua nk senang ja ..usaha nk improve keadaan x nak. Padan lah muka
Quote Samerosie 17-3-2024 06:27 AM
Adan uker. Niat nak tolong kan ha betulah tu tolong jadi bank dgn tolong jadi hamba hahahahahaha
Quote rosmahisham 17-3-2024 06:30 AM
Ntah lah slu yg kawen lebih dr sorang ni hidup huru hara duit habis..kecuali 1st wife tu redho,mmg dia yg pinang in sha Allah ok..x  de penyakit cari penyakit!
Quote ninja boy 17-3-2024 06:35 AM
Dah terlajak x boleh gostan
Quote Suchi 17-3-2024 08:58 AM
Kesiannya, jd cemana kita nak bantu dia nih
Quote chinta89 17-3-2024 09:44 AM
padan la muka
Quote midori888 17-3-2024 10:02 AM
ceraikan jer dedua, carik bini baru....hahahaha
Quote ice_sky92 17-3-2024 12:10 PM
Ini pun masuk berita ke? Apooo

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.465018 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top