CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kami rancang masak di tempat lain namun penuh’ - Tak tahan lapar antara alasan tertuduh kes masak mi segera di stesen minyak

22-5-2024 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15532| Komen: 88

Description: BENTONG – Tertuduh lelaki dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands memberitahu Mahkamah Majistret, di sini hari ini bahawa mereka merancang untuk ...


BENTONG – Tertuduh lelaki dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands memberitahu Mahkamah Majistret, di sini hari ini bahawa mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun lokasi tersebut sudah penuh.

Terdahulu, seorang ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; peniaga kedai makan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; pegawai khidmat pelanggan, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, 24, dan pembantu pergigian, Nur Anis Salleh, 24, dituduh di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua telah sepakat bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands, kira-kira pukul 1.30 pagi, pada 12 Mei lalu.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain dan dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.


Pada prosiding tersebut, Majistret Nadhratun Naiem Zainan mempersoalkan tindakan yang dilakukan tertuduh tersebut sebelum Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh.

Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan berada di laluan ke tandas.

Sementara tertuduh kedua, Nur Fatin berkata perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka telah lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan.

Loading FB Post...

Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 22-5-2024 09:22 AM
Konon hot ke tu. Acah2 hikers.. Sewa la Sewa ko nk buat gathering2 semua boleh
Quote Carcosa 22-5-2024 09:53 AM
Sundal batak jantan. Terpaling bakal isteri.
Dah kau batak sgt nak viral kan? Apsal yg ni tutup muka? Galak la siap pakai abaya, tudung itam bagai.
Yg sundal sekor tu, siap menyorok2 tapi bontot bulat, shape terbentuk bila dia jalan pakai abaya tu.
Setakat pakai H, bahhahahahhaa. Aku tertawa.
Quote noor2 22-5-2024 09:54 AM
Serius bodoh..otak kat bontot masing2...alasan pun bodoh...
Quote epullipan 22-5-2024 10:06 AM
tu bukan alasan..masa masak tak nampak pulak mcm org tak tahan lapor..ko bukan duduk negara susah nak dapat makanan
Quote syamzana 22-5-2024 10:10 AM
dah macam naik mahkamah syariah plak full black dress blake
iols kalau lapar nak set up itu ini tggu masak pelbagai blh mendatangkan amarah, baik la cari kedai makan
Quote L.U.S.M 22-5-2024 10:15 AM
Part masak tu mmg bodoh n salah
Tp yang paling bodoh n salah ialah g upload kt socmed..now viral muka masing2..xmemasal kena byr denda n ada rekod jenayah..dh tahu type M..buat la keje senyap2..ni bising..mendapatla.haha
Quote SalenaGomez 22-5-2024 10:15 AM
syamzana replied at 22-5-2024 10:10 AM
dah macam naik mahkamah syariah plak full black dress blake
iols kalau lapar nak set up itu in ...

Pegi tempat sejuk ni mmg lapar n dapat megi mmg syoklah. Cuma cari la tempat lain yg selamat. Cuma pelik dia kata byk tempat penuh? Pukul 1 pagi kot. Sure ada tanah lapang atas tu boleh je kalau nak masak2. Car park open tu pon rasanya kosong pepagi buta tu.
Quote Cyempaka 22-5-2024 10:19 AM
Miskin ke nak makan kat kedai? Ape cokia sgt makan megi je mampu.. kena masak sendiri plak tu
Budak2 ni terhegeh hegeh tergedik gedik masa keluar mahkamah. Budak2 kelas hujung kot, tgk keje pun sedih2 je semua. Ingatkan keje profesional nak belagak dgn honda segala
Quote Kurex 22-5-2024 10:20 AM
Alasan apa uols bagi ni.. kan dah dekat stesen minyak, beli la megi cup sorang 1 lepas tu makan kalau kau kebulur megi! Nak lebih kenyang beli la roti. Nanti pendakwa tanya kenapa tak beli makanan dekat stesen minyak, jawapan apa lagi uols nak bagitau
Quote Binodino 22-5-2024 10:32 AM
Bukan ke kat stesen minyak ada kedai? Makan la roti kot ye kebulur sangat pun. Kalau terbakar stesen minyak tu, geng kau je yang rentung takpela jugak. Ini orang lain jadi mangsa keadaan dek kebingaian korang.
Quote nazzse 22-5-2024 10:40 AM
Edited by nazzse at 22-5-2024 02:42 AM

Lapar tak menjadikan diri bodoh ya. Ni mmg bodoh sejak azali lagi. Alasan tu pun bodoh sekali. Kepala hotak dia bagi alasan tidak
memikirkan bahaya. Sia2 hidup 24 tahun tak reti nak fikir. Ada akal tak guna.

Betul la komen netz, otak hilang buat beli H
Quote shernazz 22-5-2024 11:13 AM
Dia tak tau Ada megi cup ke apa?
Adoi la...
Nak jugak masak.ala ala pengembara
Choi
Quote jazaa100 22-5-2024 11:16 AM
shernazz replied at 22-5-2024 11:13 AM
Dia tak tau Ada megi cup ke apa?
Adoi la...
Nak jugak masak.ala ala pengembara

Kannn....

Akk baru nk komen....setakat nk mkn maggi, kena bawak dapur, kuali, sudip minyak....aduhaiii...otak tertinggal kat mana le dorang ni...

Quote kepompong 22-5-2024 11:17 AM
i yg ada motorhome boleh masak dlm tu pun tak berani nak berenti kat stesen minyak utk hidupkan api kat compound gitu . Padehal kalau buat jugak nobody knows
Quote kaedahnya 22-5-2024 11:26 AM
bagi alasan macam tu boleh ringankan hukuman ke apa. diaorang tertangkap sebab upload kat media sosial or sebab stesyen minyak tu yang report sebab usaha menghalang & menghalau tak berjaya?
Quote green~tea 22-5-2024 11:34 AM
kaedahnya replied at 22-5-2024 11:26 AM
bagi alasan macam tu boleh ringankan hukuman ke apa. diaorang tertangkap sebab upload kat media sosi ...


I think its the latter... diorang buat bodoh jeeee abaikan usaha2 pekerja stesen minyak tegur kelaku diorang


Dan juga derang besor kepala sbb beramai and ada yang ter viral posting kat soc med.... maka polis kena buat tindakan segera
Quote lucky_peace 22-5-2024 11:37 AM
Kalau dah lapar sgt pergi la beli kt kedai stesen myk tu, lagi cepat x payah nak masak. Alasan x masuk akal, mmg korang saje nak cari nahas kt situ, siap bila ada bunyi siren blh lak letak statement mcm mengejek dlm video tu..
Quote kaedahnya 22-5-2024 11:39 AM
green~tea replied at 22-5-2024 11:34 AM
I think its the latter... diorang buat bodoh jeeee abaikan usaha2 pekerja stesen minyak tegur kela ...

nasib baik betul depa ni. pakat kena denda RM500 sorang ja.
staff stesyen minyak tu berapa orang je. tegur keras sikit silap silap kena pukul ke apa.
patut batalkan je lesen memasing eii geram aku.
Quote green~tea 22-5-2024 11:42 AM
lucky_peace replied at 22-5-2024 11:37 AM
Kalau dah lapar sgt pergi la beli kt kedai stesen myk tu, lagi cepat x payah nak masak. Alasan x mas ...

Semoga menjadi teladan buat makhluk2 bongok cheapskate mcm 15 ekor ni

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.110281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top