CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bergambar Dengan Seungri, Dolla Dituduh Sokong Penjenayah - “Mungkin mereka tidak tahu tentang kes jenayah Seungri"

23-5-2024 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26824| Komen: 90

Description: KUMPULAN Dolla dikecam apabila foto mereka bersama bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri tular dalam media sosial sejak semalam.

KUMPULAN Dolla dikecam apabila foto mereka bersama bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri tular dalam media sosial sejak semalam.

Foto tersebut mendapat reaksi negatif susulan Seungri pernah terpalit dengan kontroversi berkaitan skandal pelacuran, dadah dan pengubahan wang haram di Korea.

Meskipun bertarikh 5 Disember 2023, rata-rata peminat menyifatkan Dolla tidak sepatutnya bergambar dengan individu yang mempunyai rekod jenayah seperti Seungri.

“Sangat kecewa dengan Dilla kerana sanggup bersama dengan penjenayah.

Memuja Seungri sangatkah? ‘Group’ macam ini nak dibanggakan apabila tunjuk sokongan kepada lelaki tersebut?” kata seorang netizen dalam aplikasi X.

Meskipun begitu, terdapat juga netizen yang bertindak mempertahankan tindakan Dolla bergambar dengan Seungri.

“Mungkin mereka tidak tahu tentang kes jenayah Seungri.


Anggap sahaja Dolla bergambar dengan artis, bukannya menjalin sebarang skandal atau kerjasama dengan Seungri,” komen netizen.

Sejak beberapa hari lalu, nama Seungri menjadi topik bualan netizen tempatan apabila didakwa berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan sebuah persembahan tertutup di ibu negara baru-baru ini.

Perkara itu mula mencuri perhatian ramai selepas tular video memaparkan dia membuat persembahan sempena sambutan ulang tahun individu kenamaan.

Terdahulu, pada 2021, Seungri dihukum penjara kerana terlibat dengan kontroversi dan skandal Burning Sun iaitu aktiviti pelacuran dan penyelewengan wang haram di Korea Selatan.

Menurut laporan media, Seungri dihukum penjara selama tiga tahun tetapi hukuman telah dikurangkan kepada 18 bulan sahaja sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-5-2024 11:59 PM
Ex bf raline


Quote Fly_over 23-5-2024 12:14 AM
seungri now berkuntum kat malaysia kan.. almaklumlah.. meleis batak kpop dan lembut hati maafkan penjenayah..
Quote matjerk 23-5-2024 12:20 AM
Bergambar Dengan Seungri, Dolla Dituduh Sokong Penjenayah - “Mungkin mereka tidak tahu tentang kes jenayah Seungri"

Aku baca SHURINGAI... hahahahha... ingat shuringai buat jenayah apa lah pulak ni
Quote mizzmimi 23-5-2024 12:43 AM
Birthday kenamaan mana tu?
Quote mizzmimi 23-5-2024 12:48 AM
Terkenyit2 terkemut2 muka masing2 bergambo ngan retis internationale
Quote slyfynx 23-5-2024 12:54 AM
Sangat kecewa dengan Dilla kerana sanggup bersama dengan penjenayah.


Persoalannya, sapekah DILLA?
Quote doubleA 23-5-2024 01:50 AM
Seungri je senyum normal kenapa 4 dollah tu terkemut kemek muka masing2 duck face pun ado pelik pulak tengoknya. Terlebih ala kpop dari kpop sendiri
Quote mizzmimi 23-5-2024 02:23 AM
doubleA replied at 23-5-2024 01:50 AM
Seungri je senyum normal kenapa 4 dollah tu terkemut kemek muka masing2 duck face pun ado pelik pula ...

Khen.. bajet comel lettew
Quote dedek12 23-5-2024 02:35 AM
Kesah pulak kahkah. Bukan pemenat depa
Quote hokeypokey 23-5-2024 03:16 AM
semua aku tak kenal
Quote rbmy 23-5-2024 07:11 AM
takpa.. sebab dorang dolah. tu sebab bole amik gmbar
Quote hasniey 23-5-2024 07:29 AM
Ewww xkan la xtau.dolla kan ala2 kpop
Kes burning sun kes besar kot.bangga bergambar dgn perogol.jijiks
Quote mzzenma 23-5-2024 07:39 AM
seungri ni kalau dulu dengar cakap abg2 bigbang dia..mesti tak jadi gini. Bongok betul. ikutkan nafsu sgt padahal dgn bigbang pun dah banyak duit
Quote DayangKirana 23-5-2024 07:42 AM
korean retis pon ramai dh palau kan seungri ni..
retis kite je gedix terhegeh2 nak wefie dengan heols.
Quote love_warrior 23-5-2024 07:45 AM
Jangan pulak si seungri bukak franchise burning sun kat Malaysia sudah. euwww
Quote Rogue98 23-5-2024 07:46 AM
Aku baru tgk kat tt pasal Seungri ni. Yg jemput dia dtg tu mesti gang2 dia gak tu. Polis n sprm tak reti nak siasat diaorang ke...atau sebab ada tan sri dlm tu.
Quote chep 23-5-2024 07:56 AM
slyfynx replied at 23-5-2024 12:54 AM
Persoalannya, sapekah DILLA?

Adik Dollah
Quote Minami2013 23-5-2024 08:07 AM
Betul ke seungri buka restoren kat sini?

Jgn pulak si dolla ni jadi mangsa mcm kes burning sun.
Quote lasagna 23-5-2024 08:10 AM
love_warrior replied at 23-5-2024 07:45 AM
Jangan pulak si seungri bukak franchise burning sun kat Malaysia sudah. euwww

ohh no! jgn sebut ada branch burning sun plak,
ckup laa company2 korean buat hal kat msia ni.
iols dlu prnh keje dgn co. korean kat Msia ni, haih buat hal btul.
nak menambahkan jenayah lagi tak perlu laa.. cancel sesiap!

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051013 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top