CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Makan Daging Lembu Mentah, Cacing Pita 59 Kaki Keluar Dari Dubur

25-3-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3071| Komen: 17

Description: Punca kepada sakit perut yang dialami oleh seorang lelaki warga Thailand akhirnya terjawab, selepas seekor cacing pita dikeluarkan daripada duburnya.
Punca kepada sakit perut yang dialami oleh seorang lelaki warga Thailand akhirnya terjawab, selepas seekor cacing pita dikeluarkan daripada duburnya.

Apa yang mengejutkan, cacing pita tersebut berukuran 59 kaki, di mana ia merupakan ukuran terpanjang yang pernah direkodkan di negara itu dalam tempoh 50 tahun.

Pada mulanya, pesakit berusia 67 tahun dari wilayah Nong Khai, mengadu 'kembung perut' sejak awal Mac.


Kredit foto: Viral Press


Dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, di mana doktor kemudian mengambil sampel najisnya untuk menjalankan kajian.

Hasil kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi 28 larva berjangkit dan doktor percaya ia berpunca daripada daging lembu yang tidak dimasak.


Doktor kemudian memberikan ubat kepada pesakit tersebut sebelum cacing keluar dari duburnya pada keesokan hari.

Menerusi rakaman yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit, kelihatan dua orang pegawai meletakkan cacing pita tersebut di atas plastik bagi menunjukkan ukuran sebenarnya.

Dr Schawanya Rattanapitoon, yang mengetuai pasukan itu berkata: "Keadaan ini disebabkan oleh tabiat memakan daging lembu mentah. Parasit ini dapat hidup dalam badan manusia selama lebih dari 30 tahun

"Namun pada masa kini, ia tidak bertahan lama kerana kita telah ada ubat-ubatan," katanya. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 25-3-2021 09:18 AM
pelik2 je
Quote husna_amal 25-3-2021 09:25 AM
daging mentah2 pun dia boleh makan.
Quote chinta89 25-3-2021 09:31 AM
yg suka mkn daging masak ala2 x masak tu.. ada risiko ape ek. tgk ramai yg suka mkn daging still merah2. bak kata mat salleh kalau daging terlalu masak, masakan tu kira failed.

padahal dlm islam mknn kena masak elok kan.
Quote ultra78 25-3-2021 09:32 AM
Antara sebab aku dah stop makan sushi yg ada daging mentah..
Quote green~tea 25-3-2021 10:36 AM
steak medium kira takleh makan ke apa ni? tp kan ada treatment dry aged ke gitu...  
Quote Levespa 25-3-2021 10:39 AM
chinta89: yg suka mkn daging masak ala2 x masak tu.. ada risiko ape ek. tgk ramai yg suka mkn daging still merah2. bak kata mat salleh kalau daging terlalu masa ...


ada risk dapat  jangkitan parasite.. toxoplasma gondii.. org yg pregnant elakkan.. bahaya utk baby.. org yg lemah immune pun kena elakkan..boleh dapat brain lesions..
Quote kechikchomel 25-3-2021 10:52 AM
citer 911, ada satu episod lebih kurg mcm ni. tapi orang tu suka makan sushi.
Quote ladybugz 25-3-2021 11:05 AM
yes.. sbb nilah i prefer makan steak welldone ye. makanan yg x masak dgn baik sbnrnya terlalu byk risikonya. tp setiap kali i mintak well done kat kedai steak mesti diorg buat muka n acah2 i ni not cultured on steak. n ade siap chefnya refuse to welldone my steak duk medium jugak.
Quote Mina2215 25-3-2021 12:09 PM
Kaalu cacing pita lembu tu namanya Taenia saginata. Memang hidup kat usus. Boleh mencapai panjang ikut usus hos tu sendiri. Biasanya seekor cacing pita tu dalam 1 badan hos pun cukup
Quote Artemesiaa 25-3-2021 12:20 PM
Wah panjangnya nasib dapat dikeluarkan
Quote clarizsa 25-3-2021 12:49 PM
Eeuuwwwwwwwww
Tapi i terliur gak tgk daging separuh masak
Quote dodolgemok 25-3-2021 12:54 PM
Mat salleh makan steak tartare mentah je tuh aman2 jah hidup
Quote tikusmontok 25-3-2021 01:52 PM
coach Hyun Joo-yup dalam boss in the mirror selamba derk jer mkn daging mentah
Quote tipah89 25-3-2021 02:33 PM
tengok mukbang korea pun depa rajin nau makan daging mentah, tapi baisanya dia da potong halus2 la pastu marinate dgn sos...
Quote yebit157 25-3-2021 03:36 PM
apa rasa ye makan daging mentah? sedap ke? tak liat ke?
Quote paz 25-3-2021 04:49 PM
Uiii panjangnya. Takut lah seram.
Quote Simunggu 26-3-2021 10:03 AM
jangan jangan ini org pun suka makan daging babi mentah...patut pun ada cacing pita..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.134507 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top