CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tersuka Tanpa Sengaja Suami Orang? Apa Nak Buat Ni!

22-9-2016 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8133| Komen: 21

Description: Suami orang, yang sudah berkahwin dan beranak pinak, yang itu jugalah yang anda mahu.
Oleh Adib Za

Kata orang kehidupan memang sukar dijangka. Hari ini anda membenci wanita yang merampas suami orang. Namun, beberapa tahun kemudian siapa sangka anda bakal menyukai lelaki yang sudah berkahwin. 


Adakah perasaan ini salah atau sebaliknya? Ya, sudah tentu. Namun, kadangkala cinta itu buta. Suami orang, yang sudah berkahwin dan beranak pinak, yang itu jugalah yang anda mahu. 

Jadi, apa yang harus dilakukan? Bertenang sahaja, ikuti langkah di bawah, moga ia dapat membantu anda menangani perasaan tersebut.





1. Jangan ikut perasaan, ikut kata minda waras

Segeralah sedar bahawa tindakan anda menyukai lelaki tersebut adalah salah. Jangan biarkan perasaan anda terus terbuai-buai di awangan, sebaliknya pendam ia sedalam mungkin. 

Jangan sampai anda sendiri mula berasa tak selesa dengan perasaan anda ini. Sebab itu, segera lupakan dia dan perasaan anda!


2. Tahan nafsu

Rasa membuak-buak ingin bersama si dia, namun tak dapat dilakukan kerana dia milik orang. Anda jangan biarkan nafsu menguasai diri anda dan berkata "aku juga layak, mengapa tidak?". No! itulah nafsu dan terlalu mengikut kata hati. 

Malah, kadang kala anda hanya terlalu obses dengan lelaki tersebut, dan bukan rasa cinta yang sebenar. 


Foto: Carian Google


3. Fikirkan di pihak si dia

Bayangkan anda berada di tempat lelaki itu, adakah anda akan meninggalkan anak dan isteri hanya untuk mengecapi cinta baru dengan wanita lain?

Sudah tentu jawapannya tidak. Lagipun, fikirkan juga perasaan wanita lain yang mungkin sengsara disebabkan anda ingin dan berasa layak untuk bahagia? Ya, anda layak untuk bahagia, namun bukan atas penderitaan orang lain tau! Ingat tu! - CARI 
22

Bagus
26

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 22-9-2016 08:00 PM
cc @CikSiti07
bleh rujuk artikel sini
Quote che_kembang 22-9-2016 11:13 PM
bertepuk sebelah tgn x kan bunyi
Quote eurasia_nur 23-9-2016 01:07 AM
Hehehe.. letaklah diri kita di tempat isteri lelaki itu
Quote MariaClara 23-9-2016 03:18 PM
btol tu..kena letak diri kita kat tpt lelaki tersebut...bayangkan..tp ade gak yg org xnk pk...lantak kau la katenyeeeee asalkan aku bahagia
Quote tompie 23-9-2016 03:53 PM
che_kembang replied at 22-9-2016 11:13 PM
bertepuk sebelah tgn x kan bunyi

orang lelaki mmg mengamalkan konsep kecik tapak tangan............
Quote mu@h@h@ 23-9-2016 06:36 PM
Tlg la elakan. Klau kawen pun bkn masalah akn selesai.. akan ada je perasaan xpuas ati smpai ke tua...
Quote mujer_in_espejo 24-9-2016 12:44 AM
Dah kawin tapi miang. Tu la laki. Last2 suruh pmpuan jaga hati sndri.. pkirkan org lain. Jadi  laki?  Mohon tepek skali tips2 laki yg dah kawin tp miang gatal begatal
Quote terma2nkondisi2 24-9-2016 07:04 AM
mujer_in_espejo replied at 24-9-2016 12:44 AM
Dah kawin tapi miang. Tu la laki. Last2 suruh pmpuan jaga hati sndri.. pkirkan org lain. Jadi  laki? ...

alaaa mujer ni.. perspektif tred ni melihat pada pihak pmpuan...

kalau nak tips2 laki miang gatal, mujer boleh bukak tred baru... kan? kan? kan?   
Quote mujer_in_espejo 24-9-2016 04:55 PM
terma2nkondisi2 replied at 24-9-2016 07:04 AM
alaaa mujer ni.. perspektif tred ni melihat pada pihak pmpuan...

kalau nak tips2 laki miang ga ...

Malas lah. X pndai mngarang.  
Quote purpledesire 24-9-2016 10:49 PM
Jangan cuba rampas hak orang jika kita tak suka hak kita sendiri dirampas..dan jangan sesekali kita hidup gembira diatas penderitaan dan kesedihan orang lain..

Quote cikputih15 24-9-2016 11:29 PM
kalu berani nak kan suami org. kena berani berdepan dgn isteri org tu jugak. :zz
Quote ninnakarinna 25-9-2016 09:03 AM
Nasib baik dah kawin.xde la dugaan mcm ni.

Tp seingat aku masa anak dara dulu, ada la 2 org laki org sibuk nak try. Xde plak aku melayan.

Siap yg sorang tu kantoi dgn bini dia. Bini dia call aku knapa kacau laki dia.trus aku jawab "sy x nak pun laki akak tu..laki akak tu dah la bla2..bla2.." aku kutuk laki dia..hahahaha padan muka.
Quote sue_0684 25-9-2016 10:01 AM
ninnakarinna replied at 25-9-2016 09:03 AM
Nasib baik dah kawin.xde la dugaan mcm ni.

Tp seingat aku masa anak dara dulu, ada la 2 org laki  ...

haha..gud ..
actually it takes 2 to tango.kalo dua2 ekor melayan mmg menjadi. dan kalau laki tu ada suka ppn lain x pyh nk serang ppn tu, pi balik dan tanya laki sendiri kenapa, apa sebab.
ppn je asyik di salahkan, kalau nusyuz ppn jgk salah padahal punca tu dari laki.kalau nasihat suh taat, ppn jgk kena buat dulu.peranan suami tu mana?
padahal bila islam datang, wanita lah yg nabi kita angkat martabatnya dulu.


ehh pnjg lak aku bebel.dah le komen kat hang...haha..
Quote ninnakarinna 25-9-2016 11:08 AM
sue_0684 replied at 25-9-2016 10:01 AM
haha..gud ..
actually it takes 2 to tango.kalo dua2 ekor melayan mmg menjadi. dan kalau laki tu a ...

Haha..bagus je ko ckp gitu. Mmg betul aku tengok lelaki sekarang peranan nya x brapa nak ada. Takut la jugak. Anak aku 2 2 laki. Minta2 la besar jd lelaki bertanggungjwb.amiin.
Nak cite.semalam ada misi dtg umah ckp pasal vaksin.

Laki aku ckp awk la dengar. Segan sebab pompuan. Situ je dia dah pass peranan dia sebagai ketua keluarga kat aku.

Bukan la berkira. Tp sebab misi byk pompuan.so pompuan la lebih afdal berurusan dgn diorang. Ni 1 contoh dr byk situasi la. Tu sebab lelaki mcm x bleh nak stand out sgt skrg.

Haha..aku pun membebel kat ko.

Quote sue_0684 25-9-2016 04:29 PM
Edited by sue_0684 at 25-9-2016 04:34 PM
ninnakarinna replied at 25-9-2016 11:08 AM
Haha..bagus je ko ckp gitu. Mmg betul aku tengok lelaki sekarang peranan nya x brapa nak ada. Taku ...


kuikui..ok jer
no harm la sis..

tp mmg btol pon situasi la ni mcm tu.tp ye lah, dok debat pon tarak guna jugak sis.nnti ada je yg ckp, patut ler ank dara tua, bnyk  bangkang..cmna x balas balik dah cara nya mmg x kena.

tp at last bg aku, diam tu lebih baik.berbalas pendapat dgn org bodoh, dgn kita skali jd bodoh.susah nk jmpa yg boleh agree to disagree..

ehh..nop,bkn bodoh sebnanya, tp ego tinggi melangit, x boleh nk tone down sikit,dgr pendapat org.asyik ppn nmpk salah,nmpk bodoh,nmpk bengap.kebanyakan aku jumpa mcm ni..

diorang lupa nak hala cermin ke diri sendiri.
Quote Innrukia 25-9-2016 09:54 PM
sue_0684 replied at 25-9-2016 04:29 PM
kuikui..ok jer
no harm la sis..

patutla andartu byk sgt bebel & tunjuk pandai
Quote sue_0684 25-9-2016 10:04 PM
Innrukia replied at 25-9-2016 09:54 PM
patutla andartu byk sgt bebel & tunjuk pandai

kahkah..kita jd andartu sbb bnyk tunjuk pndai kak.jd lesson learnt nya kena jd bengap,bodoh dan ikut je apa org jantan ckp.baru boleh jadi solehahahah..
typical malaysian..
Quote ninnakarinna 25-9-2016 10:28 PM
sue_0684 replied at 25-9-2016 04:29 PM
kuikui..ok jer
no harm la sis..


Ye la. Bangkang ke x..yg penting jodoh di tgn tuhan.memilih x salah. Memang kena pilih. Kalau beli ikan pun pilih2. Lagi pulak ni hal hidup bersama.kalau boleh nak seumur hidup kan.

Yg lain2 tu abaikan je.
Quote sue_0684 26-9-2016 06:24 AM
ninnakarinna replied at 25-9-2016 10:28 PM
Ye la. Bangkang ke x..yg penting jodoh di tgn tuhan.memilih x salah. Memang kena pilih. Kalau beli ...

pilih yg sesuai dgn diri sendiri je sis.bkn  nk ikut apa org ckp.nk puaskan hati semua org tp sendiri merana.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.386653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top