CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India Bangga Jadi 'Negara Terpantas Di Dunia' Suntik Lebih 100 Juta Dos Vaksin

12-4-2021 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1817| Komen: 5

Description: Kerajaan India mendakwa menjadi `negara paling cepat di dunia’ yang berjaya menyuntik lebih 100 juta dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.
Kerajaan India mendakwa menjadi 'negara paling cepat di dunia' yang berjaya menyuntik lebih 100 juta dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Usaha itu berjaya dilaksanakan ketika gelombang kedua pandemik Covid-19 melanda negara republik itu.


Menurut kementerian kesihatan, India berjaya mencapai jumlah itu dalam tempoh 85 hari sahaja berbanding Amerika Syarikat (AS) yang mengambil masa 89 hari dan China pula selama 102 hari.


WARGA emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Mumbai. - AFP

India hari ini merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 152,879 kes dan lebih 800 kematian baharu akibat Covid-19.

Terdapat laporan mendakwa program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan secara besar-besaran berdepan dengan beberapa kekangan.

Baru-baru ini, media melaporkan hampir sebahagian besar negeri di India mengalami kekurangan bekalan vaksin Covid-19.


Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan menafikan laporan tersebut dan menegaskan mempunyai 40 juta dos vaksin lagi.

Kerajaan India juga menyifatkan isu kekurangan bekalan vaksin Covid-19 itu sebagai dakwaan tidak berasas.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-4-2021 12:32 PM
memanglah makan kari takde gejala vaksin.  
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2021 02:57 PM
Manakala Malaysia negara paling lambat dalam dunia
Quote xy_daen 12-4-2021 03:12 PM
Wtf laju giler...
Quote tripleid 12-4-2021 03:51 PM
100juta/85hari = 1.2juta penduduk divaksin sehari
Quote jalfa 12-4-2021 03:56 PM
Inilah dibilang sembang kari

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.048446 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top