CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buka Sekolah Bising, Pergi Bercuti Boleh Pula!-Michael Ang

17-9-2021 07:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2433| Komen: 1

Description: Pengarah sensasi Michael Ang bengang dengan mentaliti sesetengah rakyat negara ini terutama golongan ibu bapa yang ‘bising’ apabila kerajaan memutuskan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka, ...
Pengarah sensasi Michael Ang bengang dengan mentaliti sesetengah rakyat negara ini terutama golongan ibu bapa yang ‘bising’ apabila kerajaan memutuskan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka, tetapi dalam masa sama bertindak berani membawa anak-anak keluar bercuti.


Kata Michael, 45, ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan tentang tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah tetapi berpusu-pusu keluar bercuti selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.


Foto: IG

“Selamat Hari Malaysia. Tapi layakkah kita sambut? Tak faham dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu ini, keselamatan anak-anak.

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti, berkelah berpusu-pusu, tak takut pula!


“Tolong fahamkan aku pasal apa yang kalian fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kalian, janganlah jadi sampah masyarakat ya,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.



Perkongsian pengarah drama itu menerima respons daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perkara tersebut.

Mereka menyifatkan rakyat negara ini gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk melakukan aktiviti riadah apabila ramai bersesak-sesak di beberapa lokasi tumpuan seperti yang berlaku di Air Terjun Sungai Pisang, Batu Caves baru-baru ini.

“Ini bukan lagi kerajaan yang gagal. Hadap risiko sendiri lah. Tengok sungai penuh macam tu, kalau salahkan kerajaan juga tak tahu lah,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu lah. Saya rasa nanti keluarlah tanda pagar rakyat gagal pula,” jawab Michael. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-9-2021 07:33 AM
Ni bukan gosip.. melainkan mikel ang mengaku ada account hornet / grindr

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.080310 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top